Tuesday, February 3, 2009

Try Your Patience

Dalam keluarga saya, memang kena banyak bersabar. Semuanya gara gara ayah saya dengan sifat cool nya. Biasalah, kami kan Melayu tulen. Takde campur arab ke afrika ke india ke cina ke omputeh ke. So, sebagai Melayu tulen. Kitaorang kena lah play the part. Seperti yang dikatakan tentang definisi Melayu mengikut UrbanDictionary. Untuk lebih penghinaan, klik sini.

"Malays are dumb, lazy, stupid, dumb again…they are so stupid & lazy that they want to take control of everything. Everything also they want. Opening up a petrol station also u need to be a malay....."

In another word, he just meant;

"Malays are a bunch of cool, laid-back people who sit around do nothing yet can get everything they want, when, how and wherever they want it. All the tauke have to be Malay too."

And so I'll take it as a compliment. :DDDDDDDDD
Ok, I lied. At first I was boiling too. But then again, when I think about what they're saying is sort of true, what's the point of being angry. They can see us however they want and we still do dominate the country. Muahahahaha! *evil laugh*. And of course I'm too lazy to bash them back, because newsflash, I'm Malay!. LMAO. Whatever lah kan. Say what you want to say, you're the one pissed off. We lazy lazy lazy Malays are just too lazy to give a crap about it.

Ok, enough said. Thats not really why I'm blogging anyways.

Cuba lihat bila ayah saya tidur. Bila dia tidur? Dia akan tidur bila dia baca buku atau pakai komputer atau makan dan worst come to worst he might even sleep while he is smoking. Ayah saya ni kelakar orang nya. Dia suka buat lawak. Salah satu lawaknya yang paling kelakar ialah;

"Waktu kecik dulu ayah putih, dah besar baru ayah hitam. Umi pulak, waktu kecik dulu dia hitam dah besar baru dia putih."

Jadi, sejak kecil aku tak sabar sabar nak besar dan melihat transformation kulit aku. Tapi tak jadi jugak. Tak cukup besar lagi kot.

Bila ayah saya tidur, semua orang akan iri hati. Sebab cara dia tidur sungguh mengasyikkan. Waah, macam dah seribu tahun tak dapat tidur. Dia tidur begitu lena dan dengan khusyuknya. Sama seperti dia membuat pekerjaan lain. Ayah saya memang seorang yang fokus, sewaktu dia baca buku dia fokus, begitu jugalah fokusnya ketika tidur. Ye, dia sangat fokus sewaktu membaca buku sehingga dia tidur (mungkin mimpi baca buku juga?).

Ayah saya was a student. Dia baru sahaja menamatkan PhD nya di Bradford tahun lepas jadi sebelum ini dia memang asyik dengan buku je. (In case you're wondering buku apa dia baca). Sekarang ni saya bukan di rumah saya di Ampang. Dah balik nanti saya upload gambar buku buku dia insyaAllah.

Tentu sahaja tidur senyenyak itu senang dikejut. After all, he sleeps often, right.

Antara babak aku mengejutkan ayah aku:

Umi: Syarah, kejut ayah bangun
Syarah: Ayah bangun. Ayah bangun. Ayah bangun. (dengan nada semakin kuat)
Ayah: Hmmmmmmmm
Syarah keluar dari bilik.
10 minit kemudian.
Umi: Syarah, dah kejut ayah tak? dah masuk asar ni. Suruh ayah pergi masjid.
Syarah: Dah.
Syarah pergi masuk bilik semula
Syarah: Ayah bangun la! Umi suruh pergi masjid, solat asar. Ayah! Ayah! Bangun la!
Ayah: Hmmmmm... Ye, ayah dah bangun ni. (dengan mumbling dan mata yang tertutup)

Adegan tersebut berulang-ulang 10 kali sehingga sejam selepas waktu mengejut ayah baru lah ayah bangun dari tidur dengan kata kata seperti:

"Humphh, ya Allah dah pukul **, cepat Hakim, Imran siap nak pergi masjid".

Begitulah ceritanya. Memang di mana mana pun macam tu. Antara victim kena bersabar dengan mengejut ayah aku ialah aku. Manakala pentorture nya pula biasanya terdiri dari Umi dan nenek aku.

Jadi, ini adalah antara salah satu bukti aku tak dapat gene ayah aku. Sebab aku jarang tidur dan bila aku tidur pun senang je nak kejut. Seperti dialog yang aku selalu cakap kat umi aku

"Kalau inilah anaknya."
Menandakan kalau aku ni lah anak dia tak payah lah risau sebab aku kan anak mithali *cough cough*.

Lagi 6 bukti:

1. Ayah aku tinggi, aku tak.
2. Ayah aku kurus, aku tak.
3. Ayah aku gelap, aku tak. *cough*
4. Ayah aku suka baca buku, aku tak.
5. Ayah aku tak suka tengok TV, aku tak.
6. Ayah aku suka shopping, aku tak. *cough*

Warning: Entry ini mengandungi banyak white lies.

Oh ye, aku lupa pulak apa yang mendorong aku untuk menulis entry ni. Hehehe.
*Drumroll*....

Sebab aku baru dapat gaji. Oh yess, aku sayang ayah aku. Ye la, kalau tak, nak sayang ayah siapa lagi?

Sebab 2 hari sebelum itu, aku mintak gaji in advance dia refuse nak bagi. Lalu aku tarik muka. Hari ini, setelah mengecek e-mail baru lah aku tahu ayah aku dah mentransfer RM4 ke Maybank account aku. Terima kasih Maybank. Oh ya, gaji aku kena tolak seringgit sebab dah 2X aku mintak nota kaler hijau sebab nak keluar punya pasal. In another word, desperate. So sekarang gaji aku berjumlah RM4 dah masuk. Alhamdulillah.

Tak sia sia usaha aku duduk rumah sepanjang bulan.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang