Monday, February 2, 2009

Aku Jiwa Berisi

Aku sebenarnya memang tak suka menyinggung perasaan orang (pergh). Jadi, suatu hari dahulu waktu aku baru je balik dari UK. Aku pun decided nak berjumpa dengan kawan comel aku yang bernama Dianah.

Dianah pun ajak aku tengok wayang cerita Harry Potter. Yang sebenarnye, aku tak suka tangok cerita fiction macam Harry Potter atau Twilight atau ape ape aje cerita fiction lagi. Tapi aku tak kisah lah.

Anyway, masuk wayang, aku pun apa lagi, tidur. Ok, aku tak tidur sepanjang the whole movie. Aku tidur waktu tengah-tengah movie je. Dan memandangkan aku tak suka cerita Harry Potter. Waktu aku tidur pun aku bermimpi.

Aku bermimpi tentang cerita yang takde kena mengena dengan Harry Potter pun. Tapi mimpi aku sangat pelik, beyond your wildest imagination. Mimpi aku datang bersalang seli. Sekejap mimpi ini sekejap mimpi itu. Semuanya pun mixed up.

Orang kata, kita akan mimpi apa yang kita sedang berfikir dengan obsesnya. Maksud nya, kalau kita puasa dan tak sabar nak makan, bila kita tidur kita akan mimpi kita makan. Sebab terlampau fikir nak makan. So, kiranya banyak betul lah benda dalam fikiran aku ni sebab aku mimpi macam-macam.

Ok, lepas tu aku bangun. Pelik, kepala aku tak rasa pening dan mata aku tak rasa berat. Betul ke tadi tu aku mimpi. Kemudian, blank. Mataku tertutup balik. Aku tak sedar ape ape.

Tak lama lepas tu, aku bukak mata, tengok aku masih dalam wayang. Tapi movie dah nak habis. Lepas movie habis, baru aku keluar dari wayang, pergi bilik air.

Muka aku. Mata aku merah, menandakan aku baru bangun tidur. Mascara aku pun dah messed up. Lepas tu, baru lah aku sedar. Yang mula-mula tu, aku tak tidur. Aku pejam mata dan berfikir sahaja. Kali kedua tu baru aku tidur. Macam biasa, aku tak mimpi apa-apa.

Aku rasa sedih. Sebab aku nak mimpi yang aku pura pura mimpikan itu. Aku pun nak juga mempunyai mimpi-mimpi yang best best macam yang kawan aku selalu cerita kat aku pasal mimpi dia. Aku pun nak mimpi macam Sue Ann Joe seperti mimpi dia tentang Edward Cullen dan macam macam lagi.

Ternyata, aku tak dapat bermimipi juga. Siapa la yang aku cuba menipu. Berpura-pura mimpi konon. Dan sekejap aku terfikir, mungkin kah jiwa aku kosong? Sebab tidur aku pun kosong. Tapi macam mana jiwa aku boleh kosong sedangkan badan aku berisi.

Bukan ke orang selalu kata "Body & Soul". Ternyata kombinasi itu tak benar. Walaupun badan aku berisi tapi jiwa aku macam tak je. Aku pun tak tahu. Imaginasi aku dah terbantut.

Mungkin sebab aku tak suka tengok cerita fiction.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang