Tuesday, February 24, 2009

Popcorn 'N Everyday

Ok panggil lah aku couch potato, aku tak kisah. Eh aku ingat lagi semasa di bangku sekolah, aku membaca satu buku kecil. Nipis sahaja, seperti phamphlet. Buku tentang TV. Tidak, bukan TV guide. Tetapi tentang agenda di sebalik TV itu. Apa kesan TV terhadap kita.

Dan tentunya, aku terpengaruh dengan buku itu. Namum begitu, aku sendiri masih belum mampu meninggalkan kotak maksiat itu. Aku pernah juga terfikir kalau aku dah ada keluarga sendiri nanti aku tak nak letak TV dekat rumah. Sebab itu lah hakikatnya, TV itu hanya lah propaganda untuk menentukan dan mengawal gerak geri umat manusia.

Kalau tak percaya, sila la pergi duduk atas sofa dan buka TV anda.

Semalam rempit. Hari ini impak maksima. Aku tak sabar nak tunggu filem tentang lumba lori pula. Tentu lebih seronok.

Semakin hari industri tempatan memikirkan cara cara yang lebih kreatif untuk merosakkan lagi muda mudi tempatan.

Aku rindu nak tengok filem dan drama berkisar tentang kehidupan kampung. Ada baik nya, ada buruknya. Aku sendiri tak pasti.

Tapi sesuatu yang aku pasti,

aku dah bosan menonton filem filem dan drama drama berkisar tentang kehidupan mak mak datin dan anak anak bodoh mereka yang hanya reti menghabiskan duit mak bapak. Begitu juga dangan mak bapak mereka yang tak habis habis dengan anak ayam lah, anak ikan lah anak berudu lah dan macam macam lagi.

Aku juga dah bosan menonton filem yang dihiasi dengan Melayu Melayu yang bernama Kaisara atau Kirana atau Kera dan macam lagi walhal hakikatnya kebanyakan orang Melayu bernama Siti Aishah dan Muhammad.

Aku juga dah bosan menonton filem tentang sekumpulan pelajar yang pergi ke aparment tinggalan atau rumah tinggalan atau hutan tinggalan walhal hakikatnya nak keluar dari rumah tinggalan mereka sendiri pun susah.

Aku juga dah bosan menonton filem atau drama yang dibintangi oleh Melayu yang putih melepak macam tak pernah keluar dari rumah sejak lahir tambahan lagi Malaysia ini memang panas terik. Walhal hakikatnya, orang Melayu majoriti nya berkulit sawo matang atau kuning langsat atau coklat tahi kalaupun mereka tak pernah keluar dari rumah sejak lahir.

Aku juga dah bosan menonton filem atau drama yang di letakkan unsur unsur hindustan. Di mana hero dan heroin akan ke tengah kota menyanyi lagu hindustan yang di terjemahkan dalam bahasa Melayu. Walhal hakikatnya, orang Melayu memang banyak yang bersifat perkauman lebih lebih lagi kepada kaum Samy Vellu. (Ya, ini sesuatu yang memalukan).

Aku juga dah bosan menonton filem yang mana penduduk kampung berhabuk cakap English. Kalau betul pun mereka fasih berbahasa Inggeris tak ada kerjanya sekampung nak cakap Enlish 24/7. Walhal hakikatnya, warga kampung masih ramai yang tidak fasih berbahasa Inggeris sedang ahli politik leka menentukan syllabus yang terlebih ambitious. Akhirnya yang ketinggalan bangsa sendiri juga.

Aku juga dah bosan menonton filem yang di penuhi dengan Mat Salleh celup yang berpura pura tak reti berbahasa Melayu. Yang baru bercuti di London selama seminggu. Walhal hakikatnya, Anita Sarawak yang 10 tahun bermustautin di Vegas pun boleh fasih berbahasa Melayu.

Aku juga dah bosan menonton filem atau drama tentang rockstar wannabe. Yang selalu sahaja di potray kan orang Melayu itu hanya sibuk nak jadi rockstar atau rempit atau impak maksima sementara anak anak Cina dan India terkejar kejar menjadi doktor dan ahli politik demi membantu bangsa mereka.

Orang Melayu pula tak habis habis merendahkan bangsa sendiri. Nak cakap Bahasa Melayu pun malu. Entah apa yang di malu kan. Walhal hakikatnya asal usul mereka berasal dari kemaluan Melayu juga.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang