Saturday, January 31, 2009

Kisah Aku dan Bas

Ye, bas. Bas lah. Giant steel yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk bergerak ke sana ke mari. Dan ini kisah aku dan bas. Kenapa kisah aku menarik? Sebab aku ni jenis manusia yang sangat dependent. Lebih lebih lagi dengan overprotective mum, aku bertambah tambah dependent kepada semua orang sekeliling aku. Dan ini lah kisah aku dan bas.

Sesat Barat

Ye, literally. Aku tersesat di Negara Barat. Semuanya bermula sewaktu aku pulang dari sekolah. Dan seperti hari-hari biasa, aku akan menunggu Hakim keluar dari kelasnya untuk pulang bersama-sama menaiki bas. Namun begitu, pada hari keramat tersebut, Hakim keluar kelas lambat. Aku pula menunggunya dari luar sekolah dengan gelisah. Berbagai-bagai idea yang berlari difikaran aku. Kenapa agaknya dia lambat? Mungkin dia dah pergi kot. Lalu, dengan hati yang resah gelisah, aku pun terus pergi ke bus stop. Kemudian mengambil bas yang berhenti di ditu.

Ye, sewaktu naik lagi hati aku masih resah. Lebih-lebih lagi bas yang aku naiki itu kelihatan agak berbeza dari bas-bas yang biasa aku naiki. Tapi aku lupakan sahaja perasaan aku itu. Mungkin hanya syaitan yang mahu menakut-nakut kan aku dan menimbulkan was-was di kotak fikiran aku. Lalu bas pun terus bergerak. Tetapi, anehnya jalan yang dilalui berbeza dengan jalan yang biasa dilaluainya. Kebimbangan pun meruap ruap di hati aku.

Namun begitu, aku tunggu sahaja. Cekalkan hati dan meyakinkan diri aku yang aku tidak menaiki bas yang salah.

Bas pun bergerak lagi. Menuju dari satu stesyen ke stesyan yang lain. Satu satu stesyan aku perhatikan entah entah ada yang berdekatan dengan rumah aku. Tapi tidak. Hingga akhirnya, bas itu berhenti dan kesemua penunggang pun turun dari bas tersebut. Hati aku bertambah resah. Lalu driver itu pun memberitahu aku perkara yang paling tidak ingin aku dengar, "This is the last stop". Hati aku gugup. Mata aku berkaca. Aku sebatang kara ber bekalan 1 Pound Sterling di tanah orang.

Aku pun turun dari bas. Bas itu berhenti di sebuah dewan. Di dewan tersebut terdapat berbagai manusia yang kebanyakan nya membawa beg beg luggage. Aku pun tertanya tanya. Di mana aku ini. Aku terlalu takut. Lalu aku hanya berdiri dan menangis. Menangis bagaikan a little girl lost. Ok, memang patut aku menangis aku was a little girl lost.

Kemudian, aku didekati oleh 3 orang wanita. Mereka bertiga ternampak aku berdiri menangis di dalam uniform biru pekat aku. Salah seorang deripada mereka, seorang wanita Negro yang tinggi dan cantik menanya kepada aku "Are you okay?". Lalu aku bilang kepada mereka bahawa aku sesat dan perlu kembali ke rumah ku di BD7. Lalu seorang kawan nya mencelah. Wanita British itu mencadangkan agar aku pergi ke kaunter dan beli tiket bas ke BD7.

"Kring!". (Ok, aku tipu, phone aku tak bunyi "kring"). Aku memandang di skrin telefon bimbit aku, tertera "Hse". Aku sudah cuak. Apa agaknya aku nak beritahu kepada mak aku ni. Lalu aku jawab dengan nada yang teresak-esak. Mak aku pun dengan nada nya yang terlampau risau, meninggikan suaranya dan tanya mana aku dan Hakim. Aku pun menjawab tak tahu. Dan lagi satu yang aku jawab yang tak boleh blah gila, "Aa rasa Aa dekat airport kot". Memandangkan terdapat banyak orang membawa beg luggage bersama mereka. Itu sahaja yang terlintas di fikiran aku. Airport.

Kerana ketakutan yang meruap-ruap, aku kemudiannya mematikan telefon bimbit aku. Aku pun berjalan ke kaunter dan beli tiket kembali ke rumah aku.

Oleh kerana ini ialah pengalaman pertama aku menaiki bas seorang diri, aku tidak tahu langsung yang kita perlu memicit loceng apabila tiba di destinasi. Sebalikanya aku menganggap bas itu akan berhenti di setiap stesyen. Tetapi, alhamdulillah sewaktu aku balik ada orang yang menunggu di stesyen tersebut lalu bas itu berhenti.

Dengan nafas lega, aku pulang ke rumah. Setiba di rumah, aku ceritakan segala-galanya. Ye dan seperti yang aku sangka, mereka gelak. Dan pada hri itu bertambah lah pengtahuan aku kerana pada hari tersebut baru aku ketahui itu BUKAN airport tetapi terminal bas. Ok, fine gelak lah sekuat mana yang kamu mahu. Gelak lah. Aku pun tersenyum dan terfikir "Comel jugak aku ni." Hahahahaha.

Tidak Sesat dan Tidak Barat

Oleh kerana pengalaman aku yang menakutkan tetapi menggelikan hati orang ramai, aku menjadi agak takut menaiki bas. Dan sejak hari itu, aku vow untuk tidak lagi menaiki bas berseorangan.

Hinggalah pada suatu hari. Hari Jumaat. Aku merancang untuk berjumpa dengan teman teman aku di AEON Bukit Tinggi. Tetapi Hakim object kerana dia kata dia perlu solat Jumaat. Aku pun mencadangkan agar dia pergi solat di Masjid Bukit Tinggi.

Kami pun menaiki bas menghala ke Bandar Bukit Tinggi. Di fikiran aku, dia akan menghantar aku ke Bukit Tinggi lalu ke masjid. Tetapi tidak yang seperti aku sangka. Sebaiknya Hakim turun di Masjid dan tingglkan aku berseorangan. Sewaktu itu, walaupun aku cuak tetapi aku tabahkan hati dan fikir "Tak apa, dekat saja". Lagi 2-3 stop sampai ke AEON.

Tetapi, tidak pula. Selepas stop kedai Aladdin, bas itu menghala ke jalan lain. Hati aku sudah gelisah. Mata aku sudah berkaca. Tembahan lagi pada hari Jumaat jadi tidak ramai penumpang Melayu. Aku cuak. Cuak yang meruap-ruap. Di kotak fikiran aku, aku teringat perisitiwa aku dengan bas sebalum ini.

Bas iru terus bergerak berhanti dari datu stop ke stop yang lain. Semua nya tempat tempat yang begitu ganjil di mata aku. Aku gelisah. Hingga apabila bas itu berhenti di satu stop ini, kelihatan begitu ramai-ramai pemuda pemuda yang macam muka Melayu berpusu pusu menghala ka bes. Aku terlalu cuak lalu aku ke tempat duduk belakang kerana disitu terdapat 2 orang pelajar sekolah.

Aku gagahkan diri aku dan bertanya "Ni nak pergi JJ Bkt Tinggi ke?". Selepas aku mendengar jawapan yang aku ingini. Hati aku terasa begitu lega. Aku hembus nafas kuat-kuat.

Tak lama lepas itu, bas itu pun tibalah ke AEON. Ye, bas itu mengikut jalan lain. Hati aku begitu lega. Aku pun bergagas turun dari bas dan pergi mendapatkan teman aku. Aku jumpa mereka dan aku peluk mereka kuat kuat. Alhamdulillah bisik hati aku.

Dan tersebut ialah kisah aku dan bas. Moga moga aku tidak akan menghadapi situasi seperti itu lagi. Amin.

Thursday, January 29, 2009

Petua Meraban

Haha. Ok, Ok petua ponteng sebenarnya. But tak nak tulis dekat title sebab takut nanti ada orang google "Petua Ponteng", jumpa article ni pulak. Tak Nak, Tak Nak. Ini hanya sekadar menceritakan experience semata-mata, tidak berniat untuk memudaratkan mana-mana pihak lain. Hehe.

First of all, saya hanya suka ponteng pada subject yang cikgu dia crappy sahaja. Harap maklum. Maksudnya, kalau cikgu itu tidak memberi effort dalam mengajar kitaorg saya pun tak ada effort untuk belajar lalu ponteng. Hee.

i.e. Sewaktu pelajaran Add Math, walaupun saya tak benci subject tu (berikutan saya suka modern math), jadi saya takde lah tak suka add math BUT because cikgu yang ..... (tak tahu lah nak ckp apa), saya jadi malas nak belajar lalu ponteng almost every lesson. But then, dekat luar saya menebus balik dengan mer-rajin kan diri saya belajar add math. hehe.

i.e. #2 Sewaktu pelajaran Sejarah. Walaupun saya clueless (sebab tak penah belajar sejarah dari form 1 - 4) dan saya tak berminat pun nak belajar sejarah (sebab saya rasa sejarah tu tak diperlukan pun) tetapi disebabkan Cikgu Mai yang sangat passionate mengajar sejarah saya menjadi berminat terhadap pelajaran Sejarah. Lantas, tidak pernah terlintas pun di fikiran saya untuk memonteng kelas sejarah.Hee.

Saya ponteng pelajaran yang saya malas nak belajar

i.e. Pelajaran seperti EST, English, Fizik, etc. (tapi 3 ni favourite lah) hehe.

Jangan lah ponteng pelajaran yang kedatangan nya direkodkan.

i.e. PJ dan Agama (sebab nanti kantoi la)

Jangan lah ponteng sesuatu pelajaran secara konsisten

Bermakna (selain add math), saya hanya ponteng subjek subjek secara berselang-seli. Hehe. i.e. Saya sekali-sekala dalam seminggu saya ponteng EST, minggu depan tak pula. Instead, ponteng Biologi. dan seterusnya.

Ponteng lah dengan org yang lebih teruk

i.e. Sekali itu, sewaktu pra-spm, saya dan seorang sahabat ponteng kelas lalu kami lepak di pondok. Di pondok lagi sebelah pula terdapat sekumpulan pelajar Cina yang turut sama memonteng. Lalu, (jeng jeng jeng), Penguin lalu dekat tepi tuh dan terus menjerit-jerit dengan suaranya yang menjengkelkan itu,
"Pelajar!"
Saya buat-buat tak dengar
"Pelajar, kamu pekak ke?"
Lalu saya toleh
"Kamu form berapa?"
Saya diam
"Pelajar! Kamu pekak ke?"
Lalu saya jawab "form 5" dan terus beredar dari kawasan itu.
Manakala, sekumpulan pelajar Cina itu masih berlengar-lengar di pondok dengan selamba badaknya.
Lalu, Penguin pun bengang dan pergi ke arah pelajar-pelajar Cina tersebut lalu kami off the hook lah.
Kemudian Kami naik ke kelas yang kosong dan menjumpai lagi 2 pelajar lelaki yang turut sama ponteng. Hehe.

Jangan lah terserempak dengan cikgu subjek yang korang bakal ponteng

Sebab nanti dia ada potensi teringat yang korang terserempak dengan mereka tetapi tiada pula dalam kelasnya.

Gunakan masa ponteng sebaik mungkin

i.e. Sewaktu ponteng, biasanya saya akan terrserampak dengan mana mana cikgu lalu mengoffer kan pertolongan terhadap cikgu tersebut. Antara pertolong yang pernah saya berikan termasuklah, mangambil kan payung di bilik guru, menghantar kertas soalan sejarah pada kelas S4, etc. Jadi sekurang-kurang nya masa ponteng itu terisi dengan perkara yang baik.

Gunakanlah masa ponteng untuk belajar

i.e. Kami menggunakan masa ponteng untuk belajar atau buat homework tuition.Ngehehe.

Hotspot Ponteng

1. Surau. Sangat ideal, sebab orang tak ramai datang di sini. Cuma sekali sekala kalau ada cikgu datang solat. Itu pun biasanya mereka tidak menghiraukan pelajar di situ. Chances of kena kantoi amatlah tipis. Hee.

2. Kantin. Tak berapa strategik sebab cikgu selalu lalu-lalang di situ. So memang senang gila kena kantoi. Selain itu, di deretan sebalah kantin terdapat pula kelas-kelas.

3. Bilik Kaunseling. Ini gila ideal sebab bilik ini selesa dan mempunyai entertainment. Bilik kaunseling ni rasa mcm balik rumah, lepak lepak atas sofa sambil mendengar radio dan makan. Haha. Walaupun begitu, bilik kaunseling jarang di target kerena kadang kadang ianya tutup apabila tiada guru kaunseling yang menjaga.

4. Pondok. Sangat tak ideal sebab senang gila kantoi. Haha. Tapi selalu je lepak sini, pengawas boleh sahaja assume kita duduk situ sebab tangah rehat, etc.

5. Tandas. Tak pernah try. Kalau nak tahu best ke tak try lah sendiri.

Warning: Try at your own risk. Haha.

Wednesday, January 28, 2009

Ceritera Makanan

Saya tak suka makan nasi
nasi putih Pictures, Images and Photos
Kenapa? Tidak, bukan sebab saya suka makanan barat, etc. Tapi sebab saya malas.
Bila makan nasi sekeluarga, saya makan dengan sangat lambat dan saya selalu habis yang last sekali. Jadi saya tak suka makan nasik. Sebab tu lah saya ambil nasi sikit saja. Bukan sebab saya diet.

Saya tak suka makan laksa
Laksa Pictures, Images and Photos
Kenapa? sebab saya pun tak tahu. Sebab saya rasa macam tak sedap kut. Laksa Penang ke Johor ke semua pun saya tak suka.

Saya tak suka makanan laut
Seafood Stew Pictures, Images and Photos
Seperti lala dan kerang dan apa apa yang lebih kurang mcm tu. Tetapi sekali sekala saya makan ikan dan saya akan makan udang kalau saya rajin nak kopek kulitnya. Ikan bilis pula, saya hanya makan yang kecil sahaja.

Saya tak suka makan Spaghetti
Spaghetti Pictures, Images and Photos
Sebab saya rasa spghetti tu macam masam.

Saya tak suka makan daging
Kari Daging Pictures, Images and Photos
Sebab daging tu keras. Saya mengambil masa yang terlalu melampau lama untuk mengunyah daging. Jadi saya mengambil keputusan untuk tak makan daging. Tak kiralah samada daging lembu, atau kambing, atau kibas, atau apa apa yang halal atau tak semua daging pun saya tak suka.

Saya tak suka makan sayur
Sup Sayur Pictures, Images and Photos
Kenapa? sebab tak sedap. Saya pernah cuba makan sayur, tapi tak jadi. Muka saya akan menjadi biru sebab rasa mcm nak muntah. Tak kiralah samada bawang atau bayam atau sawi, semua pun saya tak suka. Kalau makan makanan seperti cekodok saya akan keluarkan dahulu sayur-sayur nya sebelum saya makan.

Banyak lagi yang saya tak suka, tapi penat lah nak tulis.

Jadi, di sebab kan saya tak suka makan, saya tak suka juga masak.

Instead, saya suka baking sebab saya suka makanan yang manis.


Saya suka baking cookies
Cookies Pictures, Images and Photos
Eh silap, ini bukan cookies nya. Ini saya. Hehe.
cookies Pictures, Images and Photos
Rupa cookies saya lebih kurang macam ini lah. Memang lazat dan di sukai ramai terutamanya saya. Kakak saya kata cookies saya mcm duat 5 sen. Sebab saya buat kecik kecik. (Supaya senang nak makan)

Saya suka buat kek batik
Kek Batik Coklat Pictures, Images and Photos
Memang sedap gila. Tapi saya pernah buat sekali sahaja itu pun atas pertolongan Kak Ikin. Kali ke dua saya buat kek itu tidak menjadi kek batik sebaliknya menjadi kek salah bikin. Hehe.

Saya suka buat tiramisu
Tiramisu Pictures, Images and Photos
Ala-ala begini lah rupa tiramisu saya. Saya membuat tiramisu di dalam bowl yang besar. Tiramisu juga ialah kegemarn saya sebab senang nak buat. Tetapi malangnya, jarang buat sebab salh satu ingredient dia, iaitu 'Philadelphia cheese' agak mahal. Jadi saya jarang buat dan juga atas alasan nutritional value yang consist of banyak gila fat dalam satu hidangan tiramisu.

Saya suka baking kek
kek coklat Pictures, Images and Photos
Ok, ini bukan kek yang saya buat tapi hanya di copy dari internet. Yang saya buat dekat computer lain. Kalau ada masa nanti saya akan upload kan.

Saya suka buat Portugese Egg Tart
Photobucket
Sedap gila ouh. Tapi saya jarang buat sebab nak buat base dia kena pakai roti canai instant, di mana sewaktu si UK, susah nak dapat dan mahal.

Saya suka buat Flapjack
seedy flapjack Pictures, Images and Photos
Ok lah, saya tak suka pun buat flapjack. Tapi sebab ini yang paling senang untuk dibuat, everytime kena masak saya akan memilih untuk membuat flapjack. Mrs Edwins pun naik bengang sebab evrytime masak mesti buat flapjack dan sewaktu Evaluation saya akan tulis bahawasanya saya memilih untuk membuat flapjack kerana... saya takde idea. Sebab Mrs Edwins tak kasi kami tulis "sebab senang". Walhal itulah kebenarannya.

Saya suka buat cupcakes
cupcakes Pictures, Images and Photos
Tapi saya tak decorate sgt. Atas sebab sebab yang terlalu kritis seperti kemalasan yang meruap-ruap.

Itu sajalah cerita saya dan makanan. Sejak balik Malaysia saya sudah jarang baking (atas sebab sibuk?). Yang menybabkan berat badan saya turun secara mendadak. Makanan ruji orang Malaysia pula consist of makanan-makanan yang tidak saya gemari. Oleh itu, fahamlah bahawasanya saya tidak berniat untuk berdiet. Sebaliknya, saya memang tak suka makan banyak sangat makanan.

Tuesday, January 27, 2009

Kalau Aku Mati Esok

Catchy kann? Yeah, sume orang pun suka pakai that saying. You know, yang "Live everyday like its your last day". Kann?

And as for me, I've never agreed on that so then I've watched this movie "I Think I Love My Wife" and finally baru lah I jumpa a saying yang I agree. Dalam movie tu Chris Rock ckp "Chances are, you might not get hit by a bus and have to live with the choice you made for the next 80 years". Yes, that one I agree.

Tapi, enough about us. Yang sebenarnye I think a saying yang orang semua lebih patut pakai is "Macam mana kalau dia mati esok?". As in, even if you have a fight and you know that you are right tak boleh ke mengalah? Ye lah, mana lah tahu that person you had a fight with akan mati esok. Kann?

Basically, what I'm saying is that tak salah sacrifice sikit demi our parents, friends, loved ones. Tak salah. Tak salah for maybe just everytime they ask you a favour or they don't agree with your decision, you listen to them. Maybe you memang tak suke, but just think about it, What if they died tomorrow?

Yelah, mcm dlm drama-drama Melayu, everytime dia buat salah dekat mak dia besok dapat call mak dia dah meninggal. Walaupun agak cliche, tapi apa salahnya if we take a lesson from drama-drama Melayu ni. Thats all they got anyways.

And if you still want to make it about you, instead of saying "What if I die tomorrow and I just want to enjoy my day", cuba fikir, "What if I die now and don't get the chance, to apologize, to make up, to see, to say Hi, to let them know that I love them". What if that happen.

BTW, I just got back from kampung. OK, imagine this, No TV, internet and relatives. WTH should I do? Haha. Tapi takpe lah, sacrifice lah sikit. And then Umi asked me to go to siapa punye tunang entah. Waktu tu I was in a dilemma to choose between nothing to do and nothing to do. LOL. Anyway I went there and walaupun boring gile at least dpt makan and tak payah tolong masak kann. Haha.

Si pengantin,
Photobucket

Ada orang tanya pengantin tuh siapa 'tu' (my mum and me). Dia kata,
"Tak tahu lah. Sedara jauh kot".
Kira kitaorg ni macam party crasher la. Haha.

Sunday, January 25, 2009

Si Gemuk dan Janggut

Oh last friday kan I was supposed to amik exam undang-undang and honestly I was scared because I tak baca buku sgt. Then I put on my gladiator waktu pergi test tuh and dekat depan tuh ada sign 'no selipar' lebih kurang mcm tu la. Then I was like cuak gile but thankfully JPJ offline.

So pakcik told us to just wait mana lah tahu nnt JPJ on blk ke. So we waited until like ade instctor lain masuk and then borakborak with the ladies yg kerja dekat situ. We overheard (obv) yg she said tht potentially JPJ akan off sampai ptg. She said boleh tunggu but its been a week like tht, org tunggu sampai pukul 5 for nothing.

So we just sit there do nothing la. There was me, a girl and these 2 guys from my insturctor lahh. And pakcik called us 'tudung hitam, tudung pink, gemuk, janggut'. So I dont know their names. Haha. Yang tudung pink tuh dint get the yellow book so dia baru je nak baca buku.

As for me, I baca jugak tapi sebab mlm tu dah baca, I baca sikit je then I borakborak with gemuk. Hes taller than me yet younger. He even have the guts call me kakak. Talking to him was soo good though. He's so funny and just the 2 of us yg borak byk byk.hehe

Strangely, mula mula when I first saw them I was soo attracted to janggut because he is soo cute but finally I rasa gemuk lagi best.haha. But still when I talked to gemuk I kind of look at janggut because gemuk sat behind me and takkan nak pusing 360 degrees pulak kan.

And then waktu balik they asked for my number but then I bg pakcik punya number. Then we gelak gila gila kat belakang. Then, pakcik turned and was like "Korang mainkan aku ye?".

Haha. Then sampai my hse so I turun and they dont get my number, haha padan muka.

Tht night I called my bestie and told her abt it she was like, "I know, I once attracted to someone unattractive too, tapi mcm malu nak admit". Haha.

Who knows I am more than skin deep. LOL. Well, now I know.

Anyways, I learnt my lesson so for exam undang2 nanti I will put on shoes. Hee.

Chillin Out at KLCC

Literally. LOL.

Photobucket


Today I went back to Ampang and then I was supposed to meet Bubu at KLCC but on my way to KLCC Bu texted me and say that she couldn't make it. So I just went with Hakim.

First we makan at foodcourt because we were soo starving b/c umi ate at sch and the rest of the family went to kenduri. Later I ajak Hakim pegi Topshop then he was like "buat ape nak pergi Topshop? Baju dia mahal". Apparently he was right but he made me belanje him a baju anyway. Then after keluar dari Topshop he ajak me to go to BB Plaza. I was like okay but nak pegi MNG dulu.

Then we went thre and nothing catches my eyes so we just walked to BB. We went to BB at around 5 and as always the street is filled with kutu-kutu, penyangak-penyangak, badut-badut who called themselves 'shufflers and rockers'. Whatever. Anyway by the time we nak balik the sky already gone grey and its only 6 o clock. And as you guess by the time we reach KLCC again it was raining.

Thats not the best part yet. Freaking bus going to Ampang is the one opposite the jalan so we have to redah the freaking hujan lebat to take the bus. Of course we were thinking of taking the cab but the cab there is f reaking mahal because they're expecting tourists (duh!). When we ran Hakim was like "LICIN GILA BADUT" and so I know it's gonna be licin I pegang his back and so he supported me so I don't really feel licin. LOL. Then dekat atas jalan pulak ada gila banyak puddle and b/c it rains heavily banjir sikit mcm sampai atas buku lali.

Huh! When we got on the bus we were just laughing and look out at the mirror to see if theres anyone else mendapat nasib yang sama. Hehe. Well, ada but he was alone and he ran so quickly and so he wasn't as wet as we were. Then Hakim goes like "macam mana lah budak2 kat BB tuh?". Haha. Ye lah, padan muka anyways. LMAO.

I was soo wet and obviously the bus ada aircond and it was blowing right towards me, I was soo freezing. Since I was chilly, I just hugged my body and looked out the window, thinking about what a day it have been.

Photobucket


Now I dah catch a cold I keep sneezing and what worse is my runny nose. Then I ran out of clarinase so I terpakse eat a dented one. Lepas makan baru I tebace 'Do not use if blister or foil is broken'. Tapi dah makan, nak buat mcm mana kann? hee.

Oh BTW, this morning on the train a girl muntah and thanks to my oversized bag which I also called 'poket Doraemon', I saved the day by giving her a plastic. Hooray to me! LOL. (Yes, it was gross but I was soo sorry for her. Bad enough that she threw up she must have felt awfully embarassed too.) So that was my day.

Well, actually a lot more happen but I'm so pening (thanks to the hujan) and I think I'm gonna sleep. "Taa Darling" (a white couple said that to me when they left the LRT). Dah I malas nak cerita pasal tu pulak. Hehe.

Wednesday, January 21, 2009

President yang lebih kurang biasa jugak ke?

As we all know, yesterday, January 20th of 2009 the US have elected a black president, Barack Hussein Obama. It was a historical day. Dengan election ni, it shows that Blacks are no longer considered inferior.

Barack Obama memberi secebis harapan to the Muslim world. We hope that the war at Muslim countries will end and perhaps that is why he won the election against McCain.

He too promised to solve the war at Afghanistan and Iraq, as I shall quote

"We will begin to responsibly leave Iraq to its people, and forge a hard-earned peace in Afghanistan"-Barack Obama. For full text click here.

Tapi, betul ke semua ini or is he just a puppet of the Jews itu?
Why are we questioning this? Because he refused to speak up about the issue in Gaza. Dengan alasan he wasn't the president yet and do not want to confuse the world dengan who is speaking on behalf of America. But then boleh pulak comment tentang the US economy crisis.

But still, I don't know the truth. Maybe he have a strategy on how to solve the war at Gaza.

Let us all pray that with His willing, Obama will change the fate of billions of Muslim around the globe. Amin.

Anyway, as for us, we MUST continue boycotting US products. This includes their entertainment, products, etc. That is the least we can do to help our brothers and sisters at Gaza.

And so adakah Obama seorang president yang lebih kurang biasa macam president-president US yang lain? Wallahuaalam

Oh BTW, theres this little quiz I did;
You Got 8/10 Questions Right

You are a probably a news junkie, Obama fan, or both.
You know a lot about Barack Obama - including his politics, history, and family.

It's likely you're a very knowledgeable person and quite well read.
You can't stand ignorant people, no matter what their political persuasion is.

Remind Ourselves

Assalamualaikum,mungkin artikel ni agak panjang dan agak extreme bagi sesetengah pihak..tapi semoga kita dapat buka minda kita untuk berfikir tentang perkara ni. Asyik perjuangkan konsep "open minded" je..bila kita nak open mind kita terhadap perkara di bawah ni?? Wassalam

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua.

Kami tidak berzina!Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zinaKami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum, adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi.Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan.Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?



Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak.Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.



Study group‚ nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah.Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan.Itulah manusia

Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.Tentu ada cinta secara Islam.Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.


Sabda Rasulullah:Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah.Takut manusia kecundang

Jadi manusia itu tak tahan diuji?


Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah:Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'raf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung.Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit, adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.Adakah orang yang bercinta hilang maruah?Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah berfirman:Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3).Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


Jadi orang yang pernah berzina hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah berzina juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.Kami telah berjanji untuk sehidup semati.Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?



Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand‚ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)



Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya.Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNyaKami ingin mendapat redha Tuhan.Tunjukkan bagaimana taubat nasuhaTaubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi 3 syarat:1. tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini2. menyesal.Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami.Saatnya adalah setelah ijab Kabul


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain.Oh Tuhan, hambamu yang berdosa,Amin, Ya Rabb.Moga Allah terima taubatmuKita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.WALLAHU'ALAM…

Sekolah yang lebih kurang biasa jugak lah

Hakikatnya, sekolah tu memang boring. Sekolah hanya best bila tak ikut peraturan.hee

And so, dlm banyak2 peraturan, antara peraturan yang paling best penah di langgar ialah (and tak kantoi):

1. Bawak phone

Confirm2 peraturan ni tak boleh pakai langsung sebab semua orang pun bawak phone. I repeat, semua orang. Including pengawas whatever, sume pun bawak. So peraturan ni mcm takde kesan sgt. And so far I dekat sekolah STAR, tak penah ada spotcheck lg. Diaorg kata because form 5 sekolah tak spotcheck sgt, so tak kisah la asl kan tak kantoi an.
Tapi, sebenarnye saya pernah kantoi.hee. Tapi tak kena rampas la. Waktu tu tgh exam ape ntah. I think it was mid term exam. I was soo bored because I finished early and so I took out my phone and belek belek lah.hehe. Waktu tu Pn Razaliana (betul ke eja ni?) jaga. Luckily it was her. Then she came towards me and asked
"Ada phone ke?"
Then I was just smiling and nodded. Nasib baik lah my seat dekat belakang sekali dan dekat dengan my bag. Then she asked me to put my phone in my bag. I did as she told. And thats to it lah.hehe.

2. Uniform

Maybe sekolah lain x strict sgt. Well, most sekolah lain x se strict sekolah STAR. Sekolah STAR kena pakai badge, collar badge and nametag. Most other schools tudung mereka bersih je x payah nak tampal all these crap kat tudung. Anyway, sekolah kitaorg kena. As for me, biasanye semua ada, cume collar badge je yang selalu tercabut. Worry not, kalau uniform x lengkap ke ape boleh ikut shrtcut iaitu menggunakan laluan dr bilik guru and so x payah lah lalu kat pengawas.
Lawaknye, pernah once, I x lekat collar badge and then dengan selambenye I just pass through the pengawas, mula2 dia panggil but her voice was so slow I didn't heard her. So I just left and terlepas lah.hee

3. Datang lambat

Sebenarnye, datang lambat never really a problem to me sebab memang normally I dtg awal, cume bile xde semangat nak sekolah, mula lah buat perangai and dtg lambat. Bila dtg lambat, make sure lambat tu waktu pengawas sedang tutup pintu gate. At my school, waktu tengah menyanyi lagu sekolah everyone have to stood still. And so waktu tu kalau pengawas sedang tutup gate tapi lagu sekolah dah start, pengawas terpakse lah berhenti kejap demi menyanyikan lagu sekolah.hee. Kalau dtg waktu tu selamat lah korang.
Second, kalau x sempat (as in gate dah tutup), lepak lah luar sekolah sampai habis perhimpunan. Bila pengawas dah blah baru lah masuk and so tak kena tulis nama jugak lah.hehe

4. Koko

Waktu akhir sekolah hari tu I memang dah cuak gila sebab koko saya kosong. Iya, KOSONG. hee. Well, I joined Puteri Islam tapi pernah dtg sekali je. Second time I ponteng. Haha. Then x pernah dtg lg, ever. As for rumah sukan pulak, I ponteng waktu hari merentas desa. Club pulak memang I tak pernah join. Hee. Well anyway, Puteri Islam dpt C, Rumah sukan pulak Lalitha gave a C as well, sebab she's our class tesacher and rumah sukan bendahara tu dia punye so ikut suke dia la. Kelab pulak Cegu Zaitah tolong dpt C jugak rasanye. The rest yang drpd form 1-4, cegu Zakaria tolong. So kitaorg pun off the hook lah. Hehe. See, Malaysia Boleh kann?hehe

5. Meniru

Ni memang la, perangai yang tak bagus dlm my class. hehe. Tapi I tak buat sgt oke. Why? because tampat yang x strategik.hehe. Geng meniru semua nye dlam row 1&2. While I pulak row 4. Cume once a while je kalau dapat duduk row 1 atau 2 baru boleh meniru. haha. Again, ini lagi 1 yang cekgu tahu BUT tak kesah. Once, waktu kitaorg ponteng then lepak kat surau a cegu came to us. Dia cegu baru and cegu amali so she's still young. She told us yang waktu dia jaga kelas 5**, banyak betul budak budak meniru tapi according to her budak cina je yang byk meniru while budak melayu just sit down tak boleh jawab paper, most of them ape lagi, TIDO. Cegu said that she was dissapointed and told us not to do it.hehe. And I memang tak berapa suka meniru pun, tapi as for the rest boleh pass paper exam lagi.haha.

6. Ponteng

This is my favourite lah. Maybe I would write another entry just for poteng.haha. Sebab, this is the most common yang buat tapi still x kantoi. Some even call us 'Ratu Ponteng', Fook Khoon to be exact.hee
Tapi we only ponteng on classes yang xde kesan sgt, i.e. Add Math, cegu yg mengajar tu xde la mengajar sgt, dia hanya meniru apa yg di tulis dlm buku teks ke whiteboard. And so kitaorg memang malas gila nak masuk kelas dia. Penah jugak waktu kitaorg tak ponteng kelas dia, tapi memang x berkesan langsung. Bila I buat the exercise she gave and then I got stuck, I asked her and she was like diam je and baru terkial-kial nak buat AND couldn't figure it out padahal soalan tu xde lah gila susah nak mati pun. As in cegu lain boleh pulak solve kan.
Banyak lagi cerita pasal ponteng but I will continue later.hee

I think the best part of school all happened during I was slamming lah.hehe

Tak tahu lah saya yang licik atau system yang agak lousy. Sebab of all the rules I've broken, rasanye tak penah kena catat nama pun. hmm, ni la yang orang orang tua panggil 'cerdik buruk'. haha. Meaning, pandai bab bab yang tak mendatang kan faedah.

Monday, January 19, 2009

66%

Sebab tak baca buku.hehe

Sebenarnye, mula2 pakcik tu assume I tanak amik pun exam computer tuh. Tapi I insisted (mainly because I nak stay klang last night sebab nak tgk AJL, wakaka). So tadi, nasib baik pegi jugak. Sepatutnye nak pergi pagi tapi Tok Ki pakai kereta. Tengahari dia blk and then Atok offered to give me a ride utk pegi rumah instructor tuh.hee. Sebenarnye dia takanak pun hanta tapi sebab I malas sgt nak jln kaki dia terpakse hantar jugak lah.

So lepas he drop me off kat rumah instructor tuh he said tht pukul 4 atau half 4 atok nak pegi rumah Cegu Jaafar. So, kalau I habis before 4 baru lah dia boleh pick me up. Dan kerana terlalu memikirkan cara nak blk kalau exam tu hbs lambat and I x sanggup nak jalan kaki. So, I buat exam tu cepatcepat gila. Which explains why I got 66%.

First, pakcik tu punye daughter tanya,
"macam mana?"
"fail"
"tanak buat lagi sekali?"
"takpela. pinjam fon boleh?"
dia pun pinjam kan la fon dia. I called atok and then atok ckp,
"cepat nye, atok tak sempat habis baca 1 muka berita harian lagi"
"hehe"

Lepastu, I pun duduk la sambil menunggu. Then his son pulak tanya,
"Dah buat?"
"dah"
"Pass?"
"tak (sambil tersengih)"
"Dah dapat buku x?"
"dah"
"Dah baca buku?"
"belum"
"tula. Kena baca buku dulu baru boleh buat exam"
I pun continue tersengih sengih mcm kerang busuk.

Lepastu, pakcik tu dah blk, dia pulak tanye,
"Macam mana?"
"Gagal"
"Hah?! dpt berapa?"
"66"
Anak dia pula ckp "%"
Pakcik ckp "nanti2 buat lagi eh"
Aku ckp "yea right" (dlm hati la).haha

Lepastu my atok pun sampai dan all the way blk rumah saya tersengih sengih la. Ini lah syndrome yang saya hadapi, kalau results bagus saya diam tapi kalau fail atau teruk saya senyum dan gelak gelak kerana geli hati memikirkan mcm mane lah saya boleh fail.ngehehe

Hari Jumaat ni baru exam undang undang. So takpe la I still have time.ngee
Wish me luck :DD

Akhirnya, atau Awalnya.hee

Akhirnya I finally decided untuk buat blog jugak, setelah berfikir panjaang. Pagi tadi I bangun je tibe tibe rase mcm its my time.hahaha. Sebenarnya bukan ape, I excited because now I boleh membazirkan lebih banyak masa di depan laptop nih. Walaupun laptop ni motherboard dia rosak, takpe I sanggup jugak demi menulis blog yang lebih kurang biase macam blog blog lain ni.hee

Ye la, mana la tahu, if I share my ideas dekat semua semua nanti end up jadi fofular mcm Perez Hilton tu. Masyuk jugak kan. Boleh pakai rambut kaler pink.hehe. Tu lah, dunia sekarang ni semakin lama semakin menyanjung orang yang malas. Hee, mana lah tau nanti depa nak bagi award dekat org yang paling banyak tido ke. Confirm confirm saya mesti menang. haha.

Walaupun orang selalu cakap saya ni malas. Saya tak ambil hati pun sebab hakikatnya saya memang lah malas.haha. Tapi sebanarnye malas tu in the eye of the beholder. Orang yang spend masa blogging boleh di kata malas kerena tidak keluar dan melakukan sendiri apa yang ditulis di dlm blognya. In another word, people assume bloggers ni a man of word tapi bukan a man of action. Tapi orh lain ada juga beranggapan mrk ni rajin sebab sanggup duduk lamalama depan computer demi menyebarkan idea mereka yang tersendiri. Yela, menurut seorg kwn saya, blogging lamalama boleh menyebabkan sakit... (tak ingatlah, dia ckp apa, either belakang atau tangkuk). Anyhow kira hebat jugak lah bloggers ni sebab sanggup dealing with all the pain demi blog mrk.

As for me, blogging ni memang lah one step ahead sebab umi memang dah lama suruh saya memblog ni. Jadi selain mengikut cakap umi, dengan memblog I boleh lah mengurangkan masa tidur I yang seringkali membuatkan I pening kepala sebab banyak sangat tido. Selain itu, mungkin mak(nenek) dan atok akan kurang bengang dengan saya. Sebab everytime, I'm sleeping diaorg ckp asyik tidoo je. Walaupun sudah di explain bahawasanya saya tidur bukan kerana saya nak tidur teteapi sebaliknya kerena saya terpaksa tidur sebab boring sangat. bajet lah, duduk rumah dengan atok dan nenek sahaja. Kalau mereka tak gardening atau bakar sampah mereka akan tengok cerita sinetron. Oleh kerana itu, saya tak dapat lah nak bonding dengan mereka.

Ok lah, thats it for now, nak gi mandi. Sat lagi nak pegi rumah instructor driving tu utk mengambil ujian computer walaupun tak sure lg mcm mana nak pergi. Ini kerana, pagi tadi seperti pagi pagi yang biasa atok sedang membebel. Malangnya, hari ini bebelan nya lain sikit. Katanya kalau tak nak bangun tak payah lah pergi ambil test tu. Tidurlah sampai esok pagi. Saya pula dengan mamainya, menjawab "Iyelah". hehe. So tak tahu lah jadi pegi ke tak ni. Kesian atok, bermacam cara telah diguna bagi membuat saya bangun tido tapi tetap tidak berjaya. Anyway, kena mandi jugak kan. So bye for now.