Thursday, April 30, 2009

Soalan Cepumas

Bak kata pepatah, If there are no stupid questions, then what kind of questions do stupid people ask? Do they get smart just in time to ask questions?.

Waktu aku lahir lagi aku telah dikurniakan dengan sedikit disabilities. Di antaranya ialah keupayaan dan keberanian bertanya soalan yang kurang pandai.

Mula-mula aku bermula dengan tanya soalan seperti,

"Kan Bahasa Melayu lagi senang, kenapa English kena jadi bahasa perantaraan? Nape tak Bahasa Melayu, kan semua orang pun cakap Bahasa Melayu lagi senang."

Makin aku membesar, semakin bodoh la soalan aku.

"Macam mana kerajaan nak tahu gunung mana satu nak kena tebuk buat terowong dan yang mana satu nak buat jalan dekat atas?"

Lagi aku gemuk, lagi bebal soalan aku.

"Kenapa dekat gunung-gunung ni macam ada tangga kecik. Air pun nak kena turun tangga ke?"


Hingga kini tahap kebebalan soalan aku semakin meningkat.

"Sejak bila Umi mula gemuk?"


Disability yang lagi satu ialah kadar kekaburan (blur) yang membuak-buak.

Contoh boleh didapati di dalam entri ini dan ini.

Penat keluarga aku menasihati aku namun semua usaha mereka sia-sia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Selain keluarga aku, sahabat handai juga ada menasihati aku bertubi-tubi namun tidak dapat juga aku mengurangkan kadar kekaburan aku.

Aku sudah menjadi tebu, tidak boleh direntung lagi.

Makanya sekalian rakyat pun sudah memahami disabilities aku. Mereka membuat segala yang termampu untuk meringankan beban aku.

Antara usaha yang giat dijalankan oleh rakan taulan bagi membantu aku,



Kredit kepada Siti Nur Affifah dan Siti Nur Husna, harap maaf kad tersebut telah di vandalise.

Namun begitu, hari ini aku telah berjumpa dengan seorang lagi rakyat yang bernama Makcik Instructor yang rupa-rupa nya suffering disability nombor satu aku dengan lebih parah.

Keupayaan dan keberanian bertanya soalan bodoh dengan muka yang selamba.

Semuanya berlaku sewaktu aku sedang belajar memandu, makcik menjerit across the road,

"KENAPA AWAK BLUR SANGAT?"

Aku tergelak sedikit dan menggulingkan mata (roll eyes) aku. Dia sambung lagi,

"Kenapa awak blur sangat hari ni?"

Soalan cepumas betul. Siapalah agaknya yang boleh jawab?

Aku cadangkan mak cik baca blog aku.

Wednesday, April 29, 2009

Amok

Courtesy to the unpredictable whether casting its spell, turning an erratically hot day into heavy shower have somewhat irritated me. As a result, people keep getting sick lately and what's worse is that I'm like the only one who haven't been feeling poorly and strangely that annoys me.

Well, when you're always at the hospital to visit someone it does arise a curiosity to be the one who gets all the bed. And seriously, hospitals have been fully packed. For instance, around last week when we went to visit Dr Ariza at Ampang Puteri, she was placed at the pediatric ward because all the other rooms are filled up. We actually thought we got the wrong room. The week before that when my dad and I went to Gleneagles, we've had to park at the rooftop because there wasn't any other spot available except for the somewhat flooded parking lot-its the only one left.

But then again that's a silly thing to complain about. Nonetheless, I still am so depress because I haven't been shopping for ages and even though I went back to Klang every single weekend, I still don't get to hang out with my BFFs. Then when I get back to Ampang, Bubu is off to Scotland and Sakinah went to Syria for her uni trip thingy. I'm bored to death without them around.

Though we still catch up by calling each other almost every day, it wasn't like old times because we only get to talk for a short while since Fifi have been working night shift and when she called me in the evening I'm always occupied with something else and then our conversation got distracted.

Then I've had some arguments with my parents. Its just a petty little argument but in this rough times, it have finally brought me to my breaking point. I cried till my eyes are swollen and then I ran amok. Look what I did,



Ok so I didn't do that. I mean who am I kidding. Like I will ever snap out because of some silly little problems bottling up. I'm like little Miss Sunshine, I can't stand being moody for a long time.

Even if I was mad I don't think that I'm capable to break a slightly-bigger-than-the-ordinary-nail clipper. Or even if I'm not mad and is equipped with all the appropriate tools, I still don't think I'd be able to break it up like that.

Still can't figure who did it? What a retarded question. Who else could it be but ayah kan. And he wasn't even mad when he did it, in fact he was laughing. It was an accident. When he clipped his toenail , the nail clipper flew off to the air and as you can see it did not landed in a safe manner.

Gosh, I wonder what he's been eating.

Tuesday, April 28, 2009

In Her Shoes

Harap maaf entri hari ini berbaur emosi benci yang membuak-buak. Tidak lain tidak bukan disebab kan mak cik evil di belakang stereng.

Mengapa aku tidak gemar memandu dengan mak cik driving,

1. Mak cik suka marah marah dan cakap dalam nada yang kasar
2. Mak cik tidak memahami yang aku memang selalu confuse kiri dan kanan dan apabila aku terconfuse dia akan marah-marah lagi
3. Mak cik tidak memahami bahawa aku mengalami malnutrition maka aku sangat lemah dan memusing kan stereng kereta kancil itu memang memerlukan seluruh tenaga aku
4. Mak cik tidak faham yang aku memang cepat lupa kalau tidak revise apa yang di ajar
5. Mak cik tak nak buka air cond kereta

Walaupun begitu, apa yang aku belajar di dalam literature mengikut novel To Kill a Mockingbird mengajar aku untuk cuba melihat dari sudut pandangan orang lain. Jadi hari ini aku akan cuba memainkan watak mak cik.

Aku sampai di bangunan buruk Fawina Court pada jam kira-kira aku patut sampai. Lepas tu aku terpasa membazirkan kredit aku dengan memberikan sistem pesanan ringkas kepada pelajar yang kurang pandai satu ini mengatakan aku telah tiba.

Masuk sahaja kereta, pelajar dah terlupa segala yang aku ajar semalam, angkat clutch nak laju laju je. Aku cakap bagi signal kanan dia bagi kiri. Nak pusing kat round about dah lah lembab lepastu kena pusing macam setengah mati, macam la stereng tu berat sangat. Nak angkat hand break pun tak larat. Tak cukup zat agaknya.


Sekarang baru aku faham kenapa mak cik suka marah marah dan balas dendam kat aku. Ok cukup lah mengajuk mak cik driving, bukan nya dapat pahala pun.

Tapi sekali sekala mengajuk orang seronok juga. Aku nak try ajuk ayah pulak la.

Hari ini aku dapat MC sebab mata bengkak, Jadi aku nak call kawan ofis, Zaid MIMOS memberitahu yang hari ini aku tak datang.

Aku pun menekan jari aku di talifon bimbit Nokia N-apa benda entah dan menalifon rakan ku yang bernama Zaid.

.....
"Hello."

Eh kenapa macam lain suara Zaid ni. Eh, ini bukan Zaid MIMOS, ini Zaid UK.

"Eh, assalamualaikum ko ape khabar?"
"Waalaikumsalam. Baik je, nape ko call?"
"Eh, saje je nak tanye khabar. Anak ko SPM kan, macam mana result?"


Hee. Ayah aku sangat pandai, seronok lah jadi dia. Hehe.

Sunday, April 26, 2009

Kemarau Idea

For the sake of updating, setelah sepuluh tahun benda ini disimpan, akhirnya aku memutuskan untuk publish juga entri ni.

Di sebabkan benda ini susah sangat untuk di jawab, aku akan menggunakan taktik yang sama sewaktu menjawab kertas peperiksaan iaitu melukis emoticon di tempat kosong yang aku tidak tahu nak isi.

Three Things That I Love :
1.shopping
2.tidur
3. :O

Three People Who Make Me Laugh :
1.ayah
2. :D
3. ;D

Three Things I Hate :
1. :(
2. :-?
3. -__-"

Three Things I Don't Understand :
1.this freaking tag asking weird questions like some kind of stalker
2. O)
3. :B

Three Things I'm Doing Right Now :
1.memerah otak
2.menaip
3.komplen

Three Things I Want To Do Before I Die:
1.menjadi volunteer at poor muslim countries
2. B)
3. 8)

Three Things I Can Do :
1.tidur sewaktu makan
2.tidur sewaktu belajar
3.tidur sewaktu berdiri

Three ways To Describe My Personality :
1.malas
2. x)
3. XD

Three Things I Can't Do :
1.makan sayur
2.makan daging
3.makan kerang

People to tag:
1. ok dah hbs emoticon, aku tak tahu nak tag siapa. survey ini sangat membosankan.
2.
3.

Rindukan Bulan

Now the sky is not clear
Soon it will shed its tear

Then my herd would scatter away
I would be behind and left astray

My grin will then be fading
As the sickness invading

Though my heart would swear
My little mouth couldn't bear

I would still slam the casket door
And it will crush my very core

The moon wouldn't care and run away
Satan would be hunting his perfect prey

All that left is my fragile creed
The fruit of learn, I plant the seed

Oh Thy Lord the Most Exalt
Do grant me a scholar's heart

Because I will not step outside
Through this poetry is how I'd hide

Thursday, April 23, 2009

Employed

Aku yang memang selalu bernasib malang dalam hal-hal mancari kerja ni akhirnya sudah berjaya mendapat kerja. Bak kata orang, jangan cari kerja biar kerja cari kita. Eh silap, itu cinta. Haha.

Kerja aku yang dulu yang tak macam kerja tapi di panggil kerja sebab kawan umi aku yang kasihan melihat muka kesian tiada kerja aku akhirnya tak jadi kerja. Kerja yang tak macam kerja tu pun akhirnya tak layak pun di panggil macam kerja sebab tak pernah kerja pun. Tak apa, tak perlu faham tak masuk SPM. Kalau masuk pun tak perlu faham juga, korang dah lepas.

Akhirnya aku pun dah macam dapat kerja setelah countless bulan lepak lepak di rumah menggemukkan badan. Walaupun orang selalu cakap,

"Wah, duduk rumah je dah berapa bulan dah, senang la hati. Tapi tak gemuk gemuk juga ye."

Sebab duduk di rumah tiada siapa nak masakkan jadi duduk rumah bertambah kurus bukannya gemuk. Sesiapa yang malas, sila duduk rumah nanti boleh kurus.

Disebabkan duduk rumah tiada makanan dan boleh mengancam kesihatan seperti atas sebab gastrik, umi aku mengajak aku untuk lepak di sekolah pula. Akhirnya aku sudah berpusat di sekolah.

Masih juga tiada kerja. Aku pernah juga bertanya kenapa tiada siapa nak bagi aku kerja, umi aku jawab kerana mereka kurang yakin terhadap aku. Aku sendiri tak faham kualiti apa yang aku tak ada. Makanya, aku datang sekolah dengan duduk menghadap komputer dan menggunakan internet dengan rakus ataupun menghabiskan hari-hari aku dengan membaca buku di perpustakaan.

Hinggalah satu hari sedang aku duduk duduk di dalam bilik lembaga, lembaga-lembaga pun berbual.

"Eh, we need orang to jaga the library la"
"You know, someone yang free to look after the budak-budak coming in and out"
"Boleh la tengok-tengok kan if the kids nak pinjam buku ke apa"
"Maybe the teachers la, Teacher M boleh jaga kan?"
"No, she got classes. Morning only she's free"
"What about Teacher S?"
"She's part time, if we use her kena bayar la"


Aku masih duduk membatu di situ. Mereka sambung lagi perbualan mereka.

"You know what, we need like a nenek-nenek who don't have anything to do at home, have no cucu to play with and is free all day"
"Like Bibi?"
"Yes, but she's garang. Someone like her yang tak garang"
....
"Syarah? Can you do it?"

-___-", tidak cukup menjadi ke mak cikan, sekarang aku ke nenekan pula. Aku sekadar tersenyum sinis.

"Boleh la, kita bayar gaji kerani, Syarah duduk situ tengok after the kids, tu je, boleh kan?"


Aku sekadar tersenyum lagi. Senyuman seribu makna. Oh, kerja pertama aku. Tak sabar nak cerita dekat anak cucu aku bila aku dah betul betul jadi nenek garang yang bosan nanti.

P.S. Fifi, jangan nak italicize Sere is busy with her job ok, aku dah betul betul ada kerja. Strangely, hari ini hari ke dua tapi aku masih tidak menjalankan kerja aku lagi. Haha.

Monday, April 20, 2009

Ayah (pula)

Hari ini hari lahir ayah tapi so far hanya dapat tengok muka ayah tak sampai sejam pun lagi. Semoga ayah dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan bertambah tambah pemurah kepada anak anak nya (sahaja).

Sebenarnya hari ini hari kesedihan ayah sebab zaman muda nya iaitu semalam ketika dia masih lagi berumur 44 tahun sedangkan umi menginjak 45 tahun sudah berakhir.

Jangan risau walaupun ayah sudah sebaya dengan umi ayah tetap maintain macho, semoga pujian ini berbaloi untuk sebuah laptop baru. Ayah juga tetap maintain rock walaupun rambut dah setengah putih dan setengah lagi oren (akibat menginaikan lagi setengah uban). Suatu lagi yang tidak berubah ialah ayah tetap maintain menjadi my personal ATM, ayah suka kan? hehehe.

Ok dah lah penat cakap pasal ayah kalau dapat kereta ke tak pe jugak kan. Ehehe.

Secara am nya, hari ini hari yang membosankan kecuali hari lahir ayah (happy bday ayah, again) dan Datin Zalina menghadiahkan beg Loius Vuitton monogram yang lawa gila (btw, thanks Auntie Ina) dan makan kek ais krim hari lahir umi yang sangat sedap (thanks to her students).

Memandangkan hari ini ialah hari yang bosan dalam sejarah dan aku sudah kering idea hendak blogging pasal apa, aku yang membosankan ini akan menjawab beberapa soalan rawak yang tidak seberapa.

Kalau anda jadi orang kaya?
seronok sangat

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
lagi seronok sangat

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
tak mahu

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
memang betul pun

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?
lagi bagus, tak payah susah2 nak kena cari sendiri lelaki kaya yang beriman

6. Kalau tiada lagi hari esok?
beribadat

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
berdiam diri

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
tak mahu kalau bagi duit pun tak mahu, oh mmg bagi duit pun. tak mahu juga.

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
mereka pergi johor mungkin

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?
lihat rupa sebenar mereka dengan teliti

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
pemberi lesen membunuh

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
terima kasih, ciptaan Allah memang begitu

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
beribadat banyak2 dan menunggu masa

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
bosan

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
kalau dah terpaksa nak buat mcm mana

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
mungkin anugerah tersebut merupakan pelajar kuat tidur yang saya tak inginkan

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
lebih suka bangsa sendiri

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
kalau dah terpaksa nak buat apa

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
nak buat macam mana, asam garam org fofular.agaga

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
dena, kawan sekolah lama yg comel

21. Tag ;
fifi, jue, neem, dll.

Sunday, April 19, 2009

Umi (lagi)

Aku terpaksa menulis entri ini walaupun aku pening kepala memandangkan banyak sangat orang yang lahir pada hari ini. Besar betul jasa dan pengorbanan aku untuk umi.

Boring kan asyik tulis entri pasal umi? Agaga. Bak kata Fifi, kami telah mengalami retardation akibat jarang keluar sangat.

Sebenarnya pagi ini aku terlupa hari ini hari jadi Umi. Aku ingat kan hari ini hari jadi Ayah. Aku hampir-hampir nak tanya Umi birthday ayah nak buat apa, lepas tu baru aku teringat Umi yang tua sehari dari Ayah.

Walaubagaimanapun, selamat hari lahir kepada umi yang .... (sila rujuk entri ini, malas nak tulis semua sekali lagi).

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada,
Nur Izdihar Zaidi
Ustazah Faizah
Mustaqim anak Auntie Sofia
dll.

Tidak kira berapa tahun anda meningkat hari ini saya tetap tidak akan memberi hadiah. Agaga. Harap maklum dah lama tak pergi shopping. Sigh.

Thursday, April 16, 2009

Masalah

Hari Rabu, Khamis dan jumaat adalah hari bermasalah kerana Talhah the Monster akan datang buat tsunami dekat rumah. Sebagai konklusi, untuk mengelak daripada menjadi mangsa tsunami aku terpaksa pergi sekolah pada hari-hari tersebut supaya sakit hati kurang.

Namun begitu, umi aku tak kejut pula dengan alasan yang dia ingatkan aku demam lagi. Jadi sehari itu aku terpaksa berhadapan dengan makhluk Allah yang satu ini dengan pekikan dan amukan besar yang datang dari badan ceneot nya.

Memandangkan hari ini aku terpaksa menghadap muka budak kecik, aku terpaksa menggunakan daya kreativiti untuk menghiburkan hati sendiri. Antaranya dengan berborak dengan kakak aku.

Malangnya, kakak aku suka tanya soalan soalan yang me-require penggunaan otak secara kritis untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Contohnya bila dia tanya,

"Awak pernah tak benci sangat kat orang tu awak tengok muka dia awak rasa nak terajang dia?"

Aku pun mula berfikir. Aku memang suka benci orang, banyak orang yang aku benci. Benci sampai nak terajang dia? Kalau aku pukul adik aku sekuat hati pun dia kata tak sakit in fact, aku yang sakit jadi aku rasa aku tak berupaya nak terajang orang yang aku benci.

Walaubagaimanapun, aku selalu benci orang sangat sangat tapi bukan lah sampai nak terajang muka dia. Paling paling aku suka cakap ialah, kentut dekat muka dia atau kalau dah benci tahap parah sangat aku akan cakap aku nak lumurkan tahi atas muka dia. Tidak seteruk terajang kan?

Jadi, setelah lama berfikir aku jawablah tak dan tanya kenapa. Tapi dia enggan beritahu dan aku pun tak berapa nak angkat kisah sebab aku memang tak suka dengar masalah orang pun.

Namun begitu, kadang kala aku berkorban jua dan sanggup menadahkan telinga keropok aku ini dengan masalah orang lain. Contohnya, aku mendengar masalah umi tentang perihal jiran.

Dulu umi suka komplen sebab jiran kami biasanya terdiri daripada Melayu-Melayu tidak bertauliah. Selepas kami pulang balik daripada UK, baru kami pindah masuk jiran Korea kami pindah keluar.

Pun begitu, sudah tiada jiran di sebelah rumah masalah umi tetap berlarutan. Umi kata nyamuk daripada rumah sebelah datang rumah kita pula.

Tetapi, alhamdulillah baru 2 hari lepas sekeluarga India telah pindah masuk di rumah sebelah. Mungkin tidak menyelesaikan masalah umi tapi aku tetap nak ucapkan selamat kepada jiran baru.

Semoga jiran baru tidur lena jadi senang sikit nyamuk nak gigit anda semua. Hee.

Mak Cikness

It all started when I was woken by my parents in the wee hours. All I heard was that somebody died and if I'm not mistaken he was supposed to be our relative but I wasn't in the right mind at the moment so I ended up picking the main points only.

And somehow I was convinced that it is all I need to heard to join the guy down under (may he rest in peace). I was put in charge to babysit my brothers so long as my parents are off to Johor. It doesn't exactly tingle my bones or in the contrary it shook the hell out of the prickly bones beneath my fat because waking my baby brother is my kind of a resilience obstacle. He's not a big fan of me and he tend to treat those who woke him suicidally.

Well despite all that, I was left in charge so I had to put up a way to deal with them. Here it comes, I shall release the superhero in me! (OMG! I'm so lame).

From that moment on, my makcik-o-meter level have just arouse ridiculously. (Maybe I should get a few tips from Along of the KGG Clan, LOL). How to maintain my coolness level. Blah, Now I sound even more mak cik-like.

I've realised it all along before, when I tried to dig Hakim's cans of worm by reading his texts although obviously it do me no good since I understand not words like; sukew or titew or whatever crapeww his girlfriends type though I have to say the favourite ones are, mumumumumumu.

I am so lame that I thought she's a big MU fan that mumumumumu abbreviate Manchester United 10X. Or another possibility of it is that she's from Terengganu and probably meant youyouyouyouyou . I even tried searching the definition using Urban Dictionary and sadly it isn't defined yet.

Anyhow eventually I figure it out (liar, fifi told me) that mumumumu is actually a kiss. WT? -__-" It make no sense and by saying that I've just become even more mak cik-like.

Again, Hakim have made me sound so un-cool because accordingly when I told him that my "new" song (as in recently downloaded) in my phone is Poker Face by Lady GaGa then he had to go all, itu-lagu-baru? with that face. You know, that face.

I guess its official (and I have use the word official) that I am turning into a makcik when heck, I can't even stand when people call me kakak.

Wait, today has just made it gone worse because this morning I was makcik garang. It's so queer how I'll turn out to be the person I hate (here referring to my driving instructor, mak cik garang).

Wait just yet, I am actually wayy worse I will soon be mak cik-garang-gemuk because you know, the whole doctor phenomenon. You don't know. Here I'll tell you,

Syarah: Ala umi, kalau aa jadi doktor nanti mesti aa gemuk kan
Umi: Kenapa pulak?
Syarah: Ye la, Mak De gemuk, Dr. Ariza gemuk.
Umi: At least awak jadi doktor awak gemuk. Kalau tak jadi doktor, dah lah tak jadi doktor lepas tu gemuk.
Syarah: Oh, haah la.
Ayah: Tu la, ayah ni doktor (PhD) takpe la gemuk. Umi tu, bukan doktor pun gemuk.

In some weird way perhaps that could comfort me, the fact that I will be makcik-gemuk-garang with growing horns?

Wow, I can see lame with a capital L on my forehead.

Maan, I really need a boyfriend. Or a life.

Wednesday, April 15, 2009

Genetic Disease

Kehadapan sahabat handai yang sudah 2 hari diabaikan. Bukan sengaja saya tidak online berhari-hari (tipu) atau tidak mengupdate blog setelah sekian lama (tipu lagi).

Yang sebenarnya, saya sakit (tak tipu dah). Sakit STD telah kembali. Setelah dilanda wabak tersebut selema 2 hari pada hari khamis dan jumaat yang lepas, saya sudah sembuh. Namun begitu, pada hari keeseokannya iaitu hari sabtu saya telah menjamu selera di kedai makcik bawah pokok yang telah membenarkan saya order teh ais walaupun saya baru saja baik sakit tekak.

Hasilnya, hari isnin lepas sakit tekak telah datang kembali dan belum sempat sembuh lagi, semalam saya terpaksa makan cereal dan susu (susu itu sejuk) menambahkan lagi sakit tekak. Hari ini pula, saya terpaksa minum air coke sejuk sebab kakak saya telah membawa pulang air tersebut.

Tapi takpe, saya tabah menghadapi segala penyakit dan wabak yang sedang rakus melanda.

Walaupun saya sering merungut dan membuat ekspresi muka berkerut, itu tidak bermakna saya mengada-ngada sebab saya sakit. Sebab definisi mengada-ngada ketika sakit sangat berlainan dalam keluarga saya.

Contohnya,

Kalau umi saya sakit dia tak boleh bangun dari katil langsung. Penyakit umi juga sering berlarutan selama sekurang-kurang nya seminggu. Bila umi sakit, bukan umi sahaja tak boleh bangun, saya juga tak boleh bangun sebab seseorang harus berada di sisinya selagi dia belum sihat.

Kalau ayah saya sakit pun dia tak boleh bangun dari katil langsung kecuali apabila kawan dia call dan ajak minum teh tarik ataupun codeword dia; cuci kereta. Contohnya,

"UHUK UHUK UHUK UHUK UHUK"
*ring*
"WAHAHAHAH, OK DAH SIHAT"
"Syg, I nak kena pergi cuci kereta."


Kalau nenek saya sakit pula, dia tak boleh bangun langsung dari katil kecuali kalau di ajak pergi shopping atau disebut perihal duit. Nenek juga suka pergi jumpa doktor walaupun atok menghalang kerana alasan atok, doktor nak duit kita je.

Tapi kalau atok sakit pula dia suka buat buat tak sakit, konon macho. Atok juga gemar pergi berjumpa dukun. Antara dukun di dalam speed dial atok ialah Tiger dan Wak Saring.

Saya pula kalau sakit tidak semengada-ngada ahli keluarga saya yang lain. Saya boleh saja bangun dari katil bila bila masa kecuali kalau umi suruh buat kerja, tiba-tiba saya tak boleh bangun langsung dari katil.

Inilah penyakit keluarga saya, iaitu apabila sakit tiba tiba mereka akan transform menjadi gedik, ataupun menurut adik saya, gediKK, ada K.

Sunday, April 12, 2009

Cek List

Setelah sudah lama tak balik kampung (lama lah sangat, baru 2 minggu) semuanya kelihatan seperti yang ditinggalkan,

Atok bercakap tanpa memakai gigi palsu, mak tak dengar
Atok bercakap lagi, mak tak dengar lagi
Atok cakap lagi, mak tak dengar lagi

Atok nak pergi ambil gigi di dalam bilik air, perjalanan mengambil masa setengah jam dari ruang tamu ke bilik air.

Atok kembali semula, mak dah tertidur.

Atok masih berbau seperti biasa. Seperti biasa ialah seperti bau satu lori bedak Safi terjatuh atas atok. Atok suka pakai bedak Safi. Normal. Cek.

Atok masih pakai boxer putih sahaja. Normal. Cek.

Atok suka sikat rambut, walaupun atok botak. Normal. Cek.
(Masih living in denial walaupun sudah berabad lamanya hilang rambut)

Atok membongkok dan mengahalakan kepala nya ke kipas (atok keringkan rambut). Tidak normal.

Pergi ke sudut lain, oh rupanya atok sedang membaiki sesuatu yang kebetulan bertempat disitu.

Ingat kan atok sudah nyanyuk.

Walaupun ternyata atok tidak nyanyuk, aku masih tidak berpuas hati. Memandangkan atok sudah meningkat 70 tahun, aku bertekad hendak find out samada atok sudah nyanyuk atau belum.

Sewaktu balik, atok hulurkan duit. Normal. Cek.

Tak nyanyuk lagi.

Keluar dari rumah atok lalu terpaksa balik semula, Umar nak kencing.

Oh ini bagus, boleh salam atok lagi dia bagi duit lagi.

Pergi masuk salam atok balik. Minta duit, atok tak bagi duit lagi. Atok tak nyanyuk. Hampa.

Saturday, April 11, 2009

Umi yang Cun

Umi belikan cookies. Sedap. Umi baik. Umi cun. Umi nampak muda, walaupun umi baru masuk 30-an. Umi lawa. Umi kesayangan. Umi intan. Umi payung. Umi ada satu je. Jangan risau, ayah tak akan jumpa kembar seiras umi yang dia plan untuk buat bini ke-2 tu.

:)))

Umi, jangan lah baca blog aa senyap senyap lagi. Tak best. Tsk.

Cuba membuat emoticon mata terbeliak seperti emoticon myspace,

Tak jadi.

Kan best kalau umi (mak) macam mak (nenek), nampak laptop charger tak tutup,

"Syarah, nape lampu kat komputer tu terbukak? Nanti meletup kang".

Sekejap lagi nak balik Klang, jumpa mak. Rindu dekat mak. Eh buat apa nak bodek, mak tak baca blog aa.

Tak best nya nak balik, nanti kalau handphone mak berdering lalu mak jawab panggilan handphone dia akan cakap,

"Jangan lama lama cakap, nanti kredit mak habis."

Friday, April 10, 2009

Sakit

Jangan risau, tidak kronik. Sakit STD sahaja, seperti kata Hadi, Sakit Tekak dan Demam.

Punca demam mungkin kerana drive kereta kancil pada tengahari buta tanpa membuka air cond, punca sakit tekak pula mungkin kerana makan cendol.

Jangan la nak ingat aku ni takde kerja dan saja saja nak cari penyakit. Sebenarnya sewaktu aku belajar memandu dengan seorang mak cik yang busuk hati ni, dia saja nak torture aku. Literally, aku bermandi peluh sebab cuaca pada tengah tengahari itu memang suhu mendidih. Cendol tu pulak...err. Ok, cendol tu aku yang memang mengada-ngada tiba tiba mengidam nak makan, akhirnya sakit tekak.

Jangan risau, aku sedang beransur pulih. Namun begitu, aku tidak begitu menggemari fasa apabila aku sakit. Ini kerana, kalau aku sakit, otak aku berjalan agak lambat. Mungkin ada kaitan STD dengan tahap IQ, aku tak tahu, belum buat research lagi.

Kalau nak carry out experiment, inference nya boleh di buat berdasarkan tahap kelajuan otak aku berfungsi malam tadi.

Apabila aku mendapat Mesej Pesanan Ringkas (SMS) daripada 15888 yang aku hampir-hampir delete. Ini kerana biasanya Maxis yang agak bebal ini suka memporomot junk tak guna tambahan aku tak suka sebab Maxis cekik darah dan sebenarnya hendak switch celcom tapi kalau switch kena pakai postpaid so terpakse stay dengan maxis.

Balik kepada cerita tadi. Rupa-rupanya anggapan aku salah, 15888 tiada kena mengena dengan free caller ringtone atau free ringtone atau free caller. Sebaliknya, 15888 telah menghantar mesej teretera sebegini;

"RM0.00 UiTM mempelawa SITI.... ke program terpilih sesi Julai 09. Sahkan data anda di www.selangkah.uitm.edu.my sebelum 12/4/09. No Pin: XXXXXX"

Lalu bagai KJ dirasuah seringgit, aku pun akur mengikut perintah mesej tersebut. Sewaktu aku melayari laman web itu dan telah selesai mengisikan nombor pin aku, tertera sebuah skrin untuk memastikan maklumat peribadi.

Cepat sahaja aku isikan hingga lah ke suatu segmen. Di mana di tanya keturunan dan warganegara bapa, ibu dan calon.

BAPA: MELAYU WARGANEGARA
IBU: MELAYU WARGANEGARA
CALON: - -

CALON? Calon apa? Calon suami? Aku sudah hairan. Apa mungkin UiTM mahu pelajarnya bersedia, keluar UiTM terus kahwin? Oh, aku takde calon lagi, macam mana ni? Sah lah aku masih tidak bersedia untuk ke universiti. Bagaimana lah hidup aku di universiti nanti. Oh, banyak betul yang aku tak tahu.

Aku pun panggil ayah beberapa kali. Tetapi waktu itu dia tengah baca Qur'an jadi dia malas nak bangun. Aku terus menggaru garu kepala kerana gatal sambil berfikir selama setengah jam. Kamudian baru lah aku figured,

"OH, CALON."

CALON YANG MEMOHON.

Menyusahkan betul, cubalah tulis pemohon ke hape.

Thursday, April 9, 2009

Orang Berguna

Aku sedang kebosanan. Eh, aku selalu kebosanan. Mungkin sebab aku tak kerja tambahan lagi aku tidak mempunyai hobi. Antara sebab kenapa aku membosankan,

Membaca
Dulu aku pernah rajin membaca tetapi buku yang selalu aku baca itu hanya di jual di selective bookstores. Akhirnya, tabiat membaca buku aku sudah hilang.

Menonton
Aku tidak suka menonton movie sebab lama sangat, nanti aku tertidur. TV shows pun aku dah malas nak tengok, tambahan lagi di rumah tiada channel E! dan MTV.

Bersukan
So far, aku masih tiada teman untuk bersukan. Hajat hendak berjogging pagi pagi telah terbantut apabila umi aku kata bahaya jogging seorang-seorang.

Shopping
Hanya apabila terdapat kawan dan duit, dua benda yang paling menyeronokkan.

Texting
Tidak suka sebab kredit selalu tak ada.

Berborak
Malas sebab sakit tekak.

Chatting
Tidak boleh dilakukan apabila aku mengalami sindrom menyampah-dengan-semua-orang.

Bergossip
Kadang kadang aku sedar diri dan tak jadi nak gossip.

Blogging
Hanya kalau ada idea baru boleh blogging. Lihat sahajalah sudah berapa lama aku tidak meng-update blog aku ini. Aku pula tidak suka menge-post blog yang bukan originally tulisan aku.

Blog walking
Aku hanya suka baca blog yang pendek-pendek. Article yang terlalu panjang akan mem-blur kan mata aku. Article yang pendek selalu mengambil masa yang sekejap untuk membacanya, akhirnya aku end up kebosanan semula.

Youtubing
Tidak reliable. Kadang-kadang apa yang aku nak tengok takde video nya.

Akhirnya, apabila aku terlalu bosan aku akan duduk sambil ternganga kemudian aku akan tertidur. Bila aku tidur banyak sangat kepala aku pening. Bila kepala aku pening aku kena tidur.

Monday, April 6, 2009

Fakta

Umi aku sering mengeluarkan nasihat yang tidak kool yang mengakibatkan aku mengendahkan nasihat nya. Dia juga suka meng assume perkara yang tidak baik akan berlaku dengan alasan itu ialah dia punya mothers instinct.

Seperti pagi tadi sewaktu membuat IC, ayah aku kata kalau lambat dia nak suruh aku ambil teksi balik. Lalu aku jawab, nak kena sembelih dengan umi?.

Setiba aku di rumah pula, umi menelefon dan tanya ada sama aku sudah selamat pulang. Apabila aku mengiakan, hatinya terus gembira lalu berkata;

"Huh, nasib baik. Umi risau je dari tadi, mana lah tahu ayah suruh awak naik teksi."

Lalu ayah aku sekadar mengeluh konon nya mengatakan yang umi tidak seharusnya meng assume ayah akan bertindak begitu walaupun pada mulanya dia memang berniat sebegitu.

Selain itu, akibat kadar ke blur an yang semakin menjadi mengakibatkan muka aku melahirkan ekpresi wajah yang kurang menarik. Biasa nya, apabila aku duduk dan otak aku blank, mata aku akan mengecil dan dagu aku terjatuh lalu mulut aku terbuka sedikit.

Biasanya aku tak rasa apa apa kerana tiada siapa pernah tegur aku kecuali umi aku. Seperti biasa, umi aku tentu sahaja betul lantaran ekspresi muka blur aku telah di immortalize dalam gambar IC aku.

Hari ini, terbuktilah segalanya sahih kerana apabila pak cik tersebut hendak mengambil gambar aku, dia suruh duduk betul betul dan senyum. Lantaran itu, dia menatap gambar IC lama aku dan tanya,

"Apesal muke ngko macam ni? Byk sangat makan keropok ke?"

Heh. Apa kena mengena aku tak faham. Tapi kini baru lah aku sedar, segala yang umi aku cakap itu sahih. Aku kena berlatih untuk tutup mulut dan tidak ternganga.

Sunday, April 5, 2009

L dan P

Sudah beberapa kali aku menukar sekolah memandu. Tidak, bukan kerana terlalu bodoh. Sebelum ini, hingga mendapat L tiada kemusykilan. Namun dalam proses untuk medapatkan lesen P, Umi aku suruh cari instructor perempuan. Malangnya, agak susah untuk mencari instuctor perempuan.

Hinggalah satu hari, umi aku kata dekat Institut Memandu Saza ada instructor perempuan. Lalu aku pun pergi ke sana. Dekat sahaja, lebih kurang 10 minit naik kereta dari rumah aku. Tetapi malangnya, instructor perempuan kat situ dah sibuk dan tak ambil pelajar dah.

Akhirnya, dengan hati yang hiba aku dan ayah menuju kembali ke kereta. Tiba-tiba ayah mempelawa untuk makan roti canai lantaran kereta kami parkir betul-betul bertentangan dengan sebuah kedai mamak. Aku pun mengangkat kening tanda setuju.

Restoran tersebut agak lengang, hanya kelihatan beberapa customers lelaki. Mereka semua sedang menonton ragbi yang sedang disiarkan. Ayah aku turut sama menonton nya.

Beberapa minit selepas itu, tiba tiba ayah aku tanya,

"Eh, dia tu dah meninggal kan?"

Lalu aku toleh dan lihat ke skrin TV tersebut. Kelihatan, seorang budak perempuan sedang menyanyi riang. Aku pelik, kenapa semua lelaki ini nak tengok budak kecik annoying yang bajet comel melalak lalak tentang crap apa benda.

Berkerut muka aku. Lalu ayah aku bersuara lagi,

"Besarkan buaya itu?"

Woah. Aku gambarkan buaya ini,



Rupanya ayah aku bercakap tentang buaya yang betul betul. Waktu itu juga baru aku perasan yang rupa nya rancangan yang sedang disiarkan ialah Crocodile Hunter lantas menjelaskan segala kemusykilan aku tadi.



Dalam perjalanan pulang pula, sedang stuck di traffic jam di jalan sebelah Hotel De Palma itu, kelihatan sesorang sedang berjalan kaki. Rambut nya pendek, berbaju kemeja, berseluar jeans dan muka nya kelihatan agak feminin.

Lalu ayah aku tanya,

"Tu perempuan ke laki?"

Aku pun jawab perempuan. Tapi dia menafikan dan cakap lelaki. Aku menyangkal dan membantah jawapan nya tetapi dia insist cakap yang manusia itu lelaki.

Kalau kamu, mana satu kamu percaya, dumb or dumber?

Oleh kerana terlalu memikirkan persoalan tersebut, sewaktu di kampung, aku duduk disebelah adik saudara aku, lalu ter keluar dari mulut aku (lantaran sindrom invoice aku),

"Awak perempuan ke lelaki?"

Untuk meng-cover malu, aku pun cepat cepat tanya tentang benda lain.

"Eh, Balqis mana?"

Almaklumlah, sepupu belah ayah aku memang ramai. Aku tak berapa nak kenal semua. Dia hanya terdiam. Tak lama kemudian aku bersuara lagi,

"Eh awak kan Balqis?"

Lalu dia mengangguk sambil tersenyum simpul. Haha.
Ok lah, aku dumber. Hehe.

Thursday, April 2, 2009

Mari Memasak

Dahulu kala semasa di bangku sekolah rendah, aku beritahu kawan aku yang aku nak jadi Chef Wan. Lepastu dia betul kan aku dan cakap,

"Kalau perempuan Chef Win lah."

Sejak dari situ aku sedar bahawa serba serbi memasak ini bukanlah bidang aku.

Namun begitu, aku tetap tidak patah semangat dan tegar untuk belajar memasak. Jadi hari ini aku belajar memasak masak lemak cili api. Semua orang pun dengan kerek nya cakap aku yang masak walaupun sebenarnya aku tolong menengok Auntie Bibi masak sahaja.

Auntie Bibi letak daging. Mungkin sebab ikan sekarang terlalu mahal.



Mungkin di masa hadapan, aku boleh cuba memasak pula dan bukan hanya menengok orang memasak.

Namun begitu, aku masih ragu ragu. Ini kerana sebelum ini aku pernah juga masak masakan lain tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan, atau mungkin mereka yang cerewet sangat. Contohnya,

Aku pernah masak karipap hangus dan di sebab kan sayang kan aku teramat sangat, kawan aku Adelin tetap makan karipap hangus tersebut.

Aku juga pernah buat kek pahit kerana lupa nak letak gula, tetapi di sebabkan aku comel sangat mak cik itu memaksa anak dia menelan kek aku walaupun jelas kelihatan muka anak dia macam dihimpap hantu.

Aku juga pernah ter hangus kan roti bakar tetapi kerana aku cucu kesayangan, atok aku sanggup makan roti tersebut.

Yang paling teruk sekali, aku pernah masak telur mata hangus dan oleh kerana aku melampau sayang akan diri aku, aku terpaksa makan telur yang sudah penat lelah aku goreng itu.

Oh ya, aku juga pernah masak nasi goreng menggunakan perencah instant lalu hangus dan kerana aku sayang sangat kat semua orang, aku buang lah nasi goreng tu sebelum orang lain makan dan dapat food poisoning.

Jadi, sebagai langkah bijak untuk menghalang orang lain daripada cerek berit, mungkin aku kena pakai stiker ni,

Wednesday, April 1, 2009

Who's The Fool?

I was pranked. But since it's the first of April, instead I have to say that I was April fooled. Twice.

No that's not the worst part. Here it comes, by myself.

It all happened when everyone woke up a little late out of the norm so they put on their grumpy faces and walk round trying to make the lives of others just as miserable.

Perhaps it worked. I joined the club and felt the mighty frustration swept me over by storm. My brain then scream the idea for a nap and my body somewhat is forcing me to do so.

It was half past 8 so the idea to Solat Duha before I napped came crawling in. Somehow, I listened to the red guy and neglect the idea in no more doubt.

After a while, I heard azan. I woke up and supposedly I was believe that the time was aound 5 o'clock. I couldn't be more anxious. Every brittle bones in me were shook vigorously. Besides that I missed my prayers, it also meant that I've missed my driving class which suppose to be held at 3. I then marched my way towards the living room and headed towards the phone. To make things worse, I couldn't find pakcik's number.

My head was bummed. Then I blacked out.

Next, my soul have finally returned back to this body. Or so I think. I lifted up my eyelids and laid my eyes on my watch. Though my vision was blurred and everything was so vague, it appeared to me to be 10 to 2. I breathed slowly but somewhat loudly. I still am scared since not much time is left until my driving class. Moreover, I still have chores to be done and I'm pretty sure a mere hour is not enough. Nonetheless, I then took a shower with every hope to clear up my head.

The shower cast it's spell and it worked. I felt a little better.

Later, as I carried my pajamas to the laundry room I lifted my head approximately 60 degrees north. I saw nothing but the wall clock and it pointed 10 PAST 10.

That very instant I dropped my jaw out of shock. I can't believe I just made the silliest mistake.

Oh you got me, ME!

Anyhow, I sighed out of relief and took my time. Strangely, despite everything was back to normal my head was still spinning.

And no, my head does not spin right round right round because you go down you go down down. Though thanks for the suggestion Flo Rida.