Monday, November 2, 2009

Cut Already?

Memandangkan aku dah buta TV, sebab duduk asrama takde TV, aku pun terputus hubungan dengan dunia luar dan berpotensi untuk menjadi social outcast. Conthonya bila orang bercerita tentang iklan w1max cut already aku tak faham.

Yang iklan 'dah potong' tu aku faham la pasal sunat. Tapi bila aku baca paper ada mengatakan dalam Nang Niang Siam Pau (betul ke eja?) diaorang kata iklan tu lucah. Aku yang tak tahu menahu dan ingin tahu tapi terlalu malas nak google mencari solution dengan tanya kawan aku yang tak buta TV. Bak kata umi aku, senang betul jadi Syarah, semua tanya orang, ikut orang dan orang-orang. Oh well, buat apa nak susahkan hidup kan.

Aku pelik tentang iklan tu sebab dalam iklan 'dah potong?' cakap pasal sunat dan kahwin. Tapi iklan 'cut already?' tentunya tidak dibintangi oleh orang Islam, habistu apa yang cut nya? Setahu aku sunat hanya dituntut untuk penganut agama Islam dan Jews.

Kemudian baru lah aku tahu rupanya orang bukan Islam/Jews juga boleh memilih untuk sunat atas dasar kesihatan dan lain-lain lagi. Tu lah dah cakap, ada lah sebab Islam suruh sunat tu. Takde lah saja-saja suruh duduk atas buluh pakai pisau butter? Entah lah, aku tak sunat. Daripada TV, sunat tu bunyi nya macam tu je.

Nasib baik aku perempuan. Kalau tak, lenguh buntut aku duduk atas buluh tu.

As for me pulak, walaupun aku tak cut sunat lagi tapi aku dah cut dengan menggunakan perkhidmatan internet w1max.

Malangnya, aku terlupa pula aku terkasi Kak Sharifah bawa balik modem, walaupun boleh call dan minta tolong hantarkan tapi tak nak lah menyusahkan orang sampai nak kena datang semata-mata nak bagi modem. Doa kan lah aku boleh survive tanpa internet ni.

Antara sebab aku tak boleh survive tanpa internet,

1. Nanti boring
2. Tak tahu waktu solat memandangkan bilik takde tingkap kalis bunyi macam penjara
3. Kena pergi rostaran Ali nak online. Dah la aku makan lembab nak maut, terpaksa pula Ezzah bersabar dengan tahap kelembapan juggling makan sambil blogging.

Saturday, October 31, 2009

Cek List

Seperti sedia maklum, aku yang suka make fun of people lebih-lebih lagi orang yang berlainan daripada aku yang mesti selalu kena mock, gelak, mimmick atau macam-macam lagi. Contohnya, aku yang agak carefree dan tak lah uptight sangat sampai perlu tulis cek list, grocery list atau apa-apa list sebab konon-kononnya otak aku masih cergas dan fresh.

Memang benar lah aku mempunyai bakat semulajadi untuk make fun of people of which termasuk lah diri aku sendiri. Tak sangka ingatan aku betul-betul dah berkarat selama cuti 3 minggu ini sampai kena buat cek list. Dah lah yang sebenarnya dah lama aku nak tulis cek list ni, itu pun terlupa. Macam aku perlukan to-do-list yang consist of 'membuat -to-do-list' dalam list tersebut.

Ternyata karma telah menghentam aku bila aku gelakkan dalam hati dan luar hati bila aku tengok manusia-manusia yang buat cek list hari-hari. Seperti *censored* nama tak boleh cakap, sebab dia baca blog aku. Sampai ada sekali aku baca diari seseorang itu, di sebelah list dia siap tulis lagi pts (penting tak segera) atau ps (penting segera).

Sekarang perkara tersebut berbalik kepada aku. Mungkin aku juga perlu membuat satu cek list supaya aku tak lagi lupa untuk membuat perkara-perkara yang patut aku buat. Yang sebenarnya kesedaran mula tercetus apabila aku tertinggal kunci, selendang dan inner di rumah Klang. Banyak betul perkara yang aku lupa. Terasa tua aku. Atau mungkin sebab makan megi lagi?

Menjadi seseorang yang tak menulis list, memang kerap aku terlupa untuk bawa macam-macam dan tertinggal barang dan sebagainya. Tapi kali ni sampai 3 barang. Waktu itu barulah aku sedar aku memang perlu mula membuat cek list.

Kemudian, walaupun sudah seminggu di rumah, aku masih lupa lagi nak pergi dentist, tengok cerita geng dan install Kaspersky. 3 benda untuk di tunaikan dalam seminggu pun aku tak boleh nak accomplish. Waktu itu aku sedar bahawa aku memang bermasalah dan perlukan pertolongan profesional. Kalau ada rehab untuk menjadi lebih cekap aku lah orang pertama yang akan sign up.

Memandangkan rehab seperti tersebut belum ditubuhkan lagi. Jalan penyelesaian aku termasukalah keputusan untuk memutuskan untuk menulis cek list. Cek list yang releven untuk aku tulis ialah barang-barang yang patut aku beli untuk pembukaan kolej untuk semester 2 tak lama lagi.

To buy list:

Zip (coklat)
Oreo
Pad
Clarinase
Bio Oil

Aku tahu walaupun list ni tak panjang tapi aku percaya aku berpotensi untuk lupa (lagi). Jadi sempena nak masuk semester 2, mungkin aku patut berubah menjadi seseorang yang lebih pantas dan efisien. Membuat cek list adalah salah satu langkah pertama untuk menjadi insan yang lebih berhemah.

Ok lah sebenarnya aku malas nak cari pen dan kertas dan kalaupun jumpa pen dan kertas aku akan most likely hilangkan list tersebut atau lupa yang aku ada buat list.

Monday, October 26, 2009

Bakat Semulajadi

Memandangkan cuti-cuti ini aku takde jumpe siapa-siapa sangat, mati kutu aku tak boleh nak make fun pasal siapa-siapa. Paling-paling pun ayah aku lagi kena, aku nak mengata umi alik-alik dia baca blog aku nanti datang lah univited ceramah atau suruh aku delete post atau apa-apa lagi lah.

Lepas tu terperap pula dekat rumah. Seperi sedia maklum mak aku yang sangat phobic, takut apa-apa terjadi dan tak kasi keluar rumah lepas tu tak nak mengaku yang dia cakap macam tu.

Dah la aku takde transport, nak sneak out pun tak boleh. Dalam situasi bosan-bosan macam ni, terdatang lah idea untuk belajar driving tambahan lagi dorongan paksaan atok aku menyuruh call mak cik driving lah dan macam-macam lagi.

Tapi bila teringat semula kat mak cik tersebut, terungkit kembali memori pahit belajar memandu dan terus tak jadi nak call mak cik.

Namun begitu, menjadi atok yang suka paksa orang, atok tak putus-putus ingat kan untuk call mak cik. Aku pun terpaksa kelentong hilang nombor talifon dan macam-macam lagi.

Lama-kelamaan, aku dah run out of alasan untuk argue dengan atok aku. Akhirnya aku pun come up dengan beberapa ideologi yang menyumbang kepada pemikiran mungkin aku memang ditakdirkan untuk tak boleh driving.

Seperti sedia maklum tentang kejadian infamous accident depan tesco yang somewhat buat aku malas nak drive dah.

Tapi lepas tu bila aku fikir semula, mungkin kejadian tersebut berlaku atas kesilapan aku sendiri. Contohnya, memang lah orang tersebut terburu-buru nak pergi tesco sampai sukahati nak potong aku secara mengjut. Tapi aku pula tak reti nak tekan break, boleh pulak tekan minyak. Sejak itu baru aku perasan yang aku memang tak boleh berfikir dengan cepat.

Antara insiden lain yang turut membuktikan kelembapan otak aku berfikir termasuklah kejadian di pasaraya Giant. Di mana Hakim takde duit dan mintak aku 1 ringgit untuk beli ais krim. Aku yang perasan dia tak cukup duit tapi tak buat apa-apa. Lepas aku dah beredar baru lah aku teringat untuk bagi Hakim lagi 50 sen. Kemudian lepas aku jalan dah nak sampai ke Hakim baru lah aku terfikir macam 'eh biar kan la tengok apa dia buat'. Lepas tu aku buat-buat la macam awal-awal lagi aku dah tahu dia tak cukup duit.

Insiden yang lain termasuk juga insiden kawan Hakim masuk bilik air bersama dengan atok. Aku yang memang dah nampak atok masuk bilik air lepas tu seperti biasa tak kunci pintu, lepas tu nampak pula kawan Hakim buka pintu bilik air dan dah nak masuk. Aku punye kening berkerut tapi aku tak terfikir lagi nak tegur dia. Lepas aku dah terfikir untuk tegur macam dah terlambat. By the time aku nak tegur, kawan Hakim dah pun buat mata besar dan keluar dari bilik air tersebut.

Aku pun cepat-cepat masuk bilik, cerita kat Hakim dan ketawa terbahak-bahak. Ternyata, walaupun unintentionally, aku memang berpotensi untuk make fun of people.

Friday, October 23, 2009

Hobby Hunting

Berikutan dari entri ini, memandangkan aku dah insaf daripada kacau budak-budak untuk mengisi masa lapang, in the search of mencari hobi baru, aku pun list down kan benda-benda yang layak dicalonkan untuk menjadi hobi.

1. Mengumpul Setem
Entah kenapa, waktu kecik suka sangat tulis ni sebagai hobi walaupun tak pernah pun hantar atau terima surat kecuali surat tawaran masuk kolej.

2. Menonton TV
Favourite past-time orang-orang yang malas. Malangnya, aku lebih malas daripada itu. Kalau tengok TV tanpa menukar channel setiap kali iklan mesti aku end up tertidur kecuali kalau cerita komedi.

3. Membaca buku
Ok, buat lawak la aku baca buku. Baik lah, aku reconstruct balik ayat tu, membaca magazine atau newspaper. Hmm, biasanya mata aku akan mengalami kekeburan sebelum terus terpejam setiap kali nampak paragraph panjang-panjang dan takde gambar. Kecuali kalau benda itu interesting dan aku betul-betul nak tahu pasal benda tu, tapi biasanya kalau panjang sangat aku stop dekat second paragraph je lepastu scan keyword dan baca sentence tu sahaja.

4. Ber text
Hmm, buat masa sekarang ni aku suka SMS sebab aku baru beli phone baru, jadi batak sikit walaupun takde siapa nak SMS aku. Tapi kalau tidak, biasanya kalau pun ada orang SMS aku, aku hanya akan reply "OK" atau apa-apa shortest possible answer untuk menunjukkan betapa malasnya aku nak menaip.

5. Memakai internet
Satu-satunya perkara yang boleh tak buat aku tidur. Namun begitu, kalau dah tak tahu nak buat apa akan tetap boring. Tapi semenjak dua menjak aku join laman web sosial yang banyak menyibuk tepi kain orang letak kuiz macam-macam aku dah tak boring sangat.

Jadi kelihatan pemenangnya ialah internet. Dan memandangkan aku semakin suka buat kuiz sekarang ini mungkin aku boleh kongsi sikit pengalaman aku melayan hobi baru ini.

Biasanya setiap kali aku habis buat kuiz, aku akan besarkan mata konon-konon buat terkejut dengan result ataupun malu nak publish sebab masih hidup dalam denial. Tapi kali ini, kuiz ini menyebelahi aku. Inilah satu-satunya kuiz yang aku tak malu nak kongsi.

kuiz tersebut;

trait snapshot:
messy, disorganized, social, tough, outgoing, rarely worries, self revealing, open, risk taker, likes the unknown, likes large parties, makes friends easily, likes to stand out, likes to make fun of people, reckless, optimistic, positive, strong, does not like to be alone, ambivalent about chaos, abstract, impractical, not good at saving money, fearless, trusting, thrill seeker, not rule conscious, enjoys leadership, strange, loves food, abstract, rarely irritated, anti-authority, attracted to the counter culture

Anda juga boleh buat di sini. Kredit kepada blogger ini.

Ok la, sebenarnya aku nak tunjuk satu trait je. Huehehe.

Wednesday, October 21, 2009

Diari Hari Rabu

Mungkin post hari ini agak berbeza sebab aku tak pernah regard blog aku sebagai satu diari. Lebih kepada borang komplen, kalau pun tak ada apa-apa yang layak di komplen aku akan cari jalan juga untuk membuat komplen dan seperti biasa mangsanya atok aku.

Oleh sebab hari ini bosan sangat, akhirnya aku telah melayan blog aku seperti satu diari. Walupun dalam real life aku tak pernah tulis diari.

Tapi tentulah aku tak nak mengaku kat kawan-kawan aku yang aku takde diari. Ish, rasa macam social outcast bila takde diari. Perempuan-perempuan lain semua siap buat code name lah, tulisan rahsia la dan macam-macam lagi untuk menjamin keselamatan diari diaorang.

Aku pun turut sama join bawa diari pergi sekolah dan tunjuk semua orang betapa lawanya diari aku walaupun dalamnya suci kosong tak de tulis apa-apa kecuali nama.

Memandangkan aku tak de bakat nak menulis diari, aku pun selalu tertanya-tanya apa sebenarnya yang semua orang ni tulis dalam diari orang. Dalam erti kata lain, diari orang bermaksud diari kakak aku sebab dekat rumah itu dia sorang je yang tulis diari.

Tapi ternyata attempt tersebut tidak berjaya sebab sebenarnya aku malas membaca. Pantang nampak paragraph panjang sikit je mata aku dah kabur-kabur dan aku mula mengantuk.

Untuk beberap tahun sekian lamanya aku tertanya-tanya apa yang ada dalam diari orang sampai bila Techer June tanya "nak save apa kalau rumah terbakar?", semua perempuan jawab diari. Pelik aku kenapa nak selamatkan diari, kalau terbakar kan boleh tulis balik. Kalau ikutkan jawapan aku nak selamat kan duit tapi nanti nampak sangat yang aku ni shallow dan tak normal jadi aku jwab je la aku akan selamtkan diari.

Hingga entah macam mana aku find out macam mana rupa diari. Biasa nya diari ni perempuan akan tulis pasal budak lelaki yang diaorang dah angau sangat. Oleh sebab aku tak pernah suka siapa-siapa lagi, memang susah untuk aku imagine perasaan diaorang tu. Sampai pandang kipas, pandang lampu dan pandang pinggan macam cerita P Ramlee semua nampak bayang-bayang yang diaorang angaukan.

Walaupun aku tak pernah experience macam tu, tapi aku tulis juga dalam diari aku yang aku pusing mana mana nampak si dia. Jadi setiap kali aku pandang kipas aku cuba imagine muka dia, walaupun serious pening dah lah kipas tu laju alih alih aku tertidur.

Lepastu sejak aku join blogging ni, aku tengok ramai orang buat blog macam diari. Dari situ baru lah aku tahu, rupa-rupanya diari ni macam tentatif program. Dia report ada dia buat setiap jam. Walaupun aku tetap rasa macam pelik dan merepek, tapi apa salahnya mencuba benda baru kan.

Jadi akhirnya lepas mukaddimah panjang berjela ni, mula lah segmen diari hari rabu aku.

Hari ini macam biasa aku bangun solat subuh lepas tu tidur balik. Aku bangun untuk makan tengahari dan bergaduh dengan atok sebab atok paksa makan nasi lemak pagi tadi. Aku cari gaduh dengan mak dengan lambat-lambat tukar channel bila aku tengah tengok HBO, mak suruh tukar TV3 nak tengok 'Si Cantik dan Si Buruk Rupa'. Aku senyum kat bibik sebab aku malas nak dengar dia bercakap. Aku suruh Iman masak megi kalau nak pakai internet walaupun aku dah muak makan megi dan aku dah boring pakai internet. Aku cari gaduh dengan Hakim dengan membuat-buat moody atau pun tengking bila dia tanya aku apa-apa.

Cuba imagine kalau aku tulis diari yang sebenar, aku boleh tulis untuk sehari sahaja lapas tu fotostat untuk tiap-tiap hari berikutnya.

Monday, October 19, 2009

Atok Tidak Berbaju

Kalau Fifi boleh letak Farid Kamil Tak Pakai Baju dan idola dia Hanis Zalikha boleh letak Nabil Raja Lawak Tak Berbaju sebagai tajuk entri untuk buat kontroversi, aku pula yang masih belum ada jejaka idaman/pujaan apa-apa yang aku terlalu suka terpaksa letak tajuk atok tidak berbaju sebagai ganti sementara. Tambahan lagi memang itulah seksaan yang kelihatan di rumah hari-hari.

Selain daripada view yang kurang cantik kelihatan di rumah hari-hari. Kini, aku berhadapan dengan sound pollution. Sebab kalau dulu, bibik Sinas yang tak reti cakap Bahasa Melayu hanya bercakap dalam bahasa isyarat, sekurang-kurangnya aku boleh angkat kening dan senyum. Mungkin senyuman aku telah disalah tafsirkan dan dia ingat aku faham. Apa-apa pun tanggapan dia, asal kan dia diam aku suka hati.

Masalahnya sekarang, bibik sudah semakin pandai. Sedikit demi sedikit bibik pick up BM dan boleh bercakap sikit-sikit. Macam daripada baby pergi ke toddler dalam masa kurang dari setahun. Mula-mula tak boleh cakap langsung sekarang boleh cakap pelat-pelat. Dan bilamana kita bercakap dengan seseorang yang pelat-pelat, kita akan rasa sangat sakit hati.

Macam bila aku fail driving test, aku call BFF dan teresak-esak cerita yang aku fail. Memang tak faham yang bermakna memang sakit hati macam tengok cerita Pinokio dan Beri-Beri Biru ataupun Anakku Bukan Anakku. Macam nak faham tapi tak faham. Ataupun bila aku bercakap dengan adik aku yang agak gagap. Aku tak faham jadi sakit hati jadi aku malas nak dengar apa dia cakap.

Ataupun macam korang yang baca entri ni, macam nak faham apa aku tulis tapi tak faham. Sakit hati kan?

Seperti itu lah aku agak sakit hati dengan bibik bila dia cuba bercakap dengan aku. Mengikut Hakim, bibik tu dah lah cakap macam kucing. Dan disebabkan aku tak suka kucing dan mungkin juga sebab aku blur lurus, aku tak reti lah nak buat-buat faham bila dia bercakap. Lebih-lebih lagi kekerapan makan megi kebelakangan ini mungkin membuatkan motor neuron aku berfungsi lambat sangat, sampai aku tak sempat nak buat-buat faham sejurus selepas aku dengar bibik cakap.

Konklusinya, Siti Nor Affifah sila lah datang ke rumah aku lagi sebab kau sorang je yang memahami aku. Tolong lah jangan tinggal kan aku bersendirian untuk berborak-borak dengan atok tidak berbaju dan tidak memakai gigi palsu atau dengan nenek aku atau dengan bibik yang bercakap macam kucing.

Ataupun selepas umi aku baca entri ni dia akan suruh aku balik Ampang. Jadi awal-awal lagi aku nak bagi alasan kenapa kalau duduk di mana-mana pun tidak memberi kesan sebab kalau borak dengan umi, perborakan akan bertukar menjadi ceramah free. Sampai banyak sangat mesej yang umi cuba nak sampaikan, lepas 10 minit, otak aku shrink jadi otak Homer Simpson. Atau attempt nak bercakap dengan ayah aku yang hanya akan,

a. tidur
ataupun
b. loyar buruk dan buat lawak pasal nak kahwin lagi satu tak habis-habis lagi

ataupun aku kena dengar apa adik aku cakap yang sangat lambat dan menyakitkan hati. Ataupun aku akan berborak dengan Umar dan gelakkan dia sebab vocabulary BM dia yang sangat cetek ataupun direct translation yang sangat merepek.

Wednesday, October 14, 2009

Hikmah

Walaupun hari ini aku kena paksa pergi sekolah oleh umi aku dan terpaksa melayan peminat-peminat yang berkerumun tambahan lagi aku tengah pms. Atau pun tak, aku saja bagi alasan pms sebab malas nak layan budak-budak. Namun begitu, semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Pada hari ini, aku telah men discover beberapa sebab musabab dan jawapan bagi soalan-soalan cepumas aku. Ternyata, sekolah Dar al Hikmah memang penuh dengan hikmah.

Contohnya, selama hari ini aku sangat berasa bahawa PPSMI patut diteruskan. Kan senang kalau dah start dari sekolah belajar in English, pergi uni confirm kena belajar in English. Tapi sekarang pandangan aku sudah berubah. Apabila aku pergi sekolah, ternyata BM budak-budak sekarang semakin retard.

Memang parah la kalau aku cakap BM seseorang itu retard, sebab aku sendiri pernah fail BM sewaktu mid term exam tahun lepas. Ini bukan retard tak faham apa maksud peribahasa 'mintak api' ataupun 'fikir masak-masak'. Ini retard first class punya.

Jadi kini aku berpihak untuk pembubaran PPSMI atas sebab-sebab berikut.
Kenapa PPSMI memang patut dibubarkan:

1. Sebab adik aku panggil nasi impit nasi rempit
2. Sebab adik aku panggil laut itu sungai besaaar sangat
3. Sebab adik aku panggil tupai itu tikus
4. Sebab adik aku lagi satu panggil tupai itu ketupat
5. Sebab Adam Sohail percaya nama aku 'kakak'
6. Sebab Bilal datang ke pajabat cakap, "saya nak plaster, kaki saya berdarah lusa".

Antara isu lain yang aku dah discover hari ini ialah kenapa aku tak patut meneruskan tabiat kelentong budak kecik lagi.
Kenapa aku tak patut menipu orang lagi dah,

Adam Sohail: what are you doing?
Aku: typing
Adam Sohail: whats your name?
Aku: my name is kakak... *tengah fikir nak tipu nama ape*
Adam Sohail: your name is kakak?
Aku: uh-huh *saspen takut dah kantoi*
Adam Sohail: oh ok

Biasanya kalau aku tipu budak kecik diaorang akan find out dan marah aku atau react dengan buat muka pelik dan tertanya-tanya.

Tapi kali ini reaksi yang aku terima berlainan sekali hinggakan aku rasa bersalah menipu budak tersebut. Budak tu pula yang buat aku react dengan muka pelik dan tertanya-tanya, biar betul budak ni.

Mungkinkah ini karma?

Dan nampaknya sekarang aku terpaksa cari hobi baru.

Monday, October 12, 2009

Sakit Lagi

Kekeringan idea membuat aku curi tajuk post auntie aku. Hee.

Di kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan nak minta maaf dah lama tak update blog dan insyaAllah bulan ini aktiviti meng update blog akan bergiat lebih aktif berbanding bulan lepas sebab sibuk dengan raya dan exam. Walaupun aku takde lah belajar sangat, tapi kalau update blog nampak sangat lah aku tak belajar. Kalau aku diam membisu macam bulan lepas, semua orang pun akan terharu dan buat muka terkejut betapa sibuk aku study sampai tak sempat nak update blog. Terutamanya auntie-auntie aku yang suka baca blog aku, sangat terharu sampai rasa aku patut take a break dengan bawa aku pergi OU. Hee =B

Walaupun aku curi tajuk entri auntie aku, tidak bermakna aku meng copy cat dan meniru semua segala isi-isi sebab aku dah takde idea nak tulis apa tapi nak tulis juga sebab ramai sangat orang suruh aku update blog *perasan* hee.

Perbezaan entri aku dan auntie aku;

1. Auntie aku atau nama glamer nya ushu mengalami demam panas tapi aku tak, malahan aku sakit gigi.

2. Ushu sakit sangat sampai telan air liur pun sakit, aku tak de lah parah sampai macam tu.

3. Ushu demam sejak minggu lepas. Aku sakit gigi sejak azali.

4. Ushu demam boleh bagi alasan nak pergi urut. Aku sakit gigi, adik aku bagi alasan tak nak kongsi sikit rocky.

5. Ushu rasa malas nak berjumpa dengan doktor. Aku berasa malu nak jumpa dengan doktor gigi tersebut sebab doktor gigi itu berdendam dengan aku sebab ayah aku bising pergi berdengkur kuat-kuat semasa menunggu giliran dan semasa aku dirawat.

Penyakit siapa lebih parah? Huehehe.

Friday, September 25, 2009

Simptom

Kepala aku berat, hidung aku berair, badan aku panas, mata aku berkelip-kelip. Ternyata simptom-simptom tersebut langsung tidak mempunyai persamaan dengan influenza A H1N1. Jadi kemungkinan hanya demam biasa. Barangkali demam rindu.

Almaklumlah, di dalam kesibukan yang melampau-lampau diantaranya dengan decision untuk me match kan baju apa dengan beg apa dengan kasut apa untuk pergi mana dan juga kesibukan memikirkan nak buat time management supaya ada masa untuk study hinggakan tak study-study lagi sebab asyik sibuk fikir bila masa sesuai untuk study, aku memang tak sempat-sempat nak ber in touch dengan kawan-kawan lama dan juga kawan-kawan tak lama.

Tapi tentulah ada masa untuk ber in touch dengan BFF. Lantas bila balik semula ke rumah, terus rindu balik nak bergosip dengan bestfriend dan kongsi fashion tips dan plan nak pergi shopping tapi tak pergi-pergi jugak. Mungkin turut sama dirindui adik Fifi yang suka peluk-peluk orang dan suka cakap dengan nada yang paling manja dan gedik yang anyone could possibly make.

Atau mungkin sebab baru sahaja touch down semula ke Ampang dan sudah mula rindu atok dan menggelakkan atok dan tengok atok tuck in baju dalam boxer dan biarkan atok di public humiliate kan dan lepas semua tetamu dan gelakkan atok diam-diam baru tegur lantas menggelakkan atok terbahak-bahak dan rasa macam nak ambil gambar atok waktu itu dan letak dalam blog.

Tapi aku takdelah sejahat itu, jadi aku cancel niat nak humiliate kan atok di blog lagi. Atau mungkin waktu itu aku dah gelak terbahak-bahak sangat sampai sakit perut dan dah tak larat nak pergi ambil kamera dan menangkap gambar atok.

Ataupun aku rindu Umar yang malam ni tidur di rumah Ushu dan rindu nak kacau dia dan cuba nak cium dia tapi dia tak kasi kemudian dia akan pergi cium Hakim dan aku akan ejek-ejek dia suka cium boys dan dia akan cakap 'mana ada'. Dan juga rindu gelakkan bila dia panggil nasi impit itu nasi rempit dan panggil tupai itu tikus dan macam-macam lagi.

Atau mungkin rindu blogging sebab dah lama tak blogging. Ini possibility yang paling munasabah tapi tetap tak pasti juga.

Atau mungkin ada orang rindu aku sampai aku demam. Cukup-cukup lah rindu aku, aku tak nak demam lagi dah.

Aku sendiri pun tak pasti apa yang aku rindukan atau apa yang merindui aku. Tapi aku agak pasti simptom-simptom ini adalah simptom penyakit demam rindu sebab aku terasa macam tengah rindu semua orang dan aku terasa panas dan badan berlengas macam tengah demam.

Atau mungkin itu sebab aku mengantuk dan tak mandi-mandi lagi.

Friday, September 18, 2009

Bulan Makanan

Bulan Ramadhan bulan makanan. Hilang sahaja matahari, bertempias jingga memanggil bulan, telingaku dijamah azan. Aku belum kenyang lagi. Jamukan lagi aku makanan.

Jamahan telinga pun datang berjalan. Merintasi segala halangan. Mengetuk gegendang telinga setiap insan. Bergema Allahu akbar. Kenyanglah telinga malam ini.

Kalau nanti matahari kembali, hati aku dimamah mentari. Aku harus bertanding dengan matahari. Berunding dengan hati. Meminta dari Ilahi. Kalau nanti aku habis bermimpi, dikejut oleh hati, dapat pula menjamah rohani.

Kemudian hendak pula aku menjamah mata. Menyuap dari tulisan di atas kertas. Tulisan yang enak-enak, jatuh dari syurga ketujuh. Sedap dijamu mata aku terus dihadam oleh kalbu.

Mulut aku pula menyuap kata kata ke telinga. Ayat-ayat suci berlegar-legar memenuhi ruang setiap penjuru hinggakan otak aku bergegar. Moga-moga kenyanglah segala telinga yang mendangar.

Kalaulah sebegini aku menjamah rohani setiap hari, mungkin sistem pertahanan badan boleh bertambah. Membina benteng dari segala serangan makhluk luar yang ingin berkandas.

Selamat tinggal Ramadhan, semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Friday, September 4, 2009

Persoalan

Memandangkan bulan ini ialah bulan yang mulia, semua sayitan-syaitan telah digari, aku pun tak nak lah buat assumption bahawa purse aku kena curi. Walaupun most probably purse aku memang kena curi.

Dan sekali dalam usaha mengurangkan dosa di bulan yang mulia ini, aku tak nak lah merungut dan menyumpah seranah pencuri tersebut. Mungkin kerana aku tak 100% yakin yang purse aku kena curi memandangkan aku memang selalu terhilangkan barang seperti IC, sabun, sepit baju dan macam-macam lagi. Ataupun juga mungkin kerana sebab memang salah aku, pergi tinggalkan purse dekat luar.

Aku sendiri tak pasti bila purse tersebut hilang, ini kerana aku pergi library pagi dan petang. Dua-dua pun aku tak bawa masuk purse.

Mula-mula teringat macam nak letak purse di poket belakang seperti amalan atok dan ayah yang suka menyumbat poket belakang dengan wallet dan sikat (walaupun seorang dan hilang warna rambut dan seorang lagi dah hilang rambut), tapi teringatkan betapa merepeknya rupa mereka menyumbat purse gemuk di kaki yang sedia gemuk, terbatal pula niat aku nak mengikut jejak langkah mereka.

Makanya purse pun hilanglah.

Apa-apa pun, menjadi aku yang mempunyai ego yang tinggi menggunung, tentunya aku tak nak mengaku salah aku. Sebaliknya, aku merasakan bahawa faktor-faktor sebenar yang menyumbang kepada pencurian purse di library adalah:-

1. Sewaktu aku pergi library di waktu pagi aku memang terlupa nak ambil purse dari beg. Tambahan lagi beg aku ditempatkan dengan beg orang-orang yang sekelas. Sikap pelupa ini mungkin disebabkan oleh gene atok yang selalu lupa nak bawa gigi. Aku pun terikut-ikut sikap pelupa ini memandangkan saban hari aku meluangkan masa bersamanya dan giginya.

2. Sewaktu pergi library kali ke dua, iaitu di waktu petang pula, aku macam dah teringat nak bawa purse masuk. Tiba-tiba... aku teringat pula masa dekat rumah bila mana umi suruh ayah sorokkan bateri laptop tapi ayah tak nak sebab dia tawakkal. Menjadi aku yang mengikut jejak langkah role model pun, aku hanya bertawakkal dan tak jadi nak bawa masuk purse.

Tapi kenapa ye, bila aku terhilangkan purse, ayah terus cakap 'ledey', tapi bila ayah terhilangkan Umar tak de siapa cakap ayah ledey. Bila aku terhilangkan IC orang akan cakap 'loklak', tapi bila atok lupa nak bawa gigi takde siapa nak panggil dia loklak.

Ternyata walaupun kita mungkin telah merdeka selama 52 tahun, tapi minda kita belum merdeka lagi. Tolong jangan amalkan diskriminasi seperti ini. Tsk.

Friday, August 28, 2009

Gadis Misteri

*Talifon...Talifon berbunyi*

Ada haiwan dalam bahaya.

Ahha ye la, lepas talifon berbunyi aku pun terus angkat. Dihujung talifon kedengaran suara seoarang perempuan bersuara sayu dan ayu.

Perempuan bersuara ayu: Hello
Perempuan bersuara kayu: Helloooww
Perempuan bersuara ayu: Ni siapa
Perempuan bersuara kayu: Ummm.... Syarah
Perempuan bersuara ayu: Oh hi Syarah, you sekarang kat MSU eh?
Perempuan bersuara kayu: Hmmm... Haah
Perempuan bersuara ayu: Oh, buat apa kat sana?
Perempuan bersuara kayu: Hmmm... Foundation

*Tiba-tiba.....

Perempuan bersuara kayu: Eh, hello, hello, hellloooo helllooo echoo

Terus geram dan mendail nombor last dalam call register.

Tut tut...tak dapat.

Tiba-tiba (lagi)....

Perempuan bersuara ayu: Eh, hello
Perempuan bersuara kayu: Eh hi, eh ni sape eh?
Perempuan bersuara ayu: Hmm...you tak ingat ke?
Perempuan bersuara kayu: Hmmm...sape eh?
Perempuan bersuara ayu: You tak ingat ke? Takpe last-last nanti I bagitau

Tiba-tiba (lagi lagi)....

Perempuan bersuara kayu: Hello Hello Hello, Haluuuuu

Call semula tak dapat. Nak tanya siapa pun tak boleh sebab dia call pakai phone rumah.

Hmm. Kelihatannya peristiwa sebegini terjadi semula. Siapa lagilah yang telah aku lupakan.

Setelah sehari suntuk berfikir aku masih tak boleh recall siapa-siapa lagi. Yang ada number handphone aku pun siapa je?

Nak salahkan megi, dah lama juga aku tak makan megi. Kenapa ye?

Hingga sekarang gadis misteri tak pernah call-call lagi. Rasa macam nak call tapi nak cakap apa ye?

Perempuan bersuara kayu: Hello
Orang yang menjawab: Uh hello
Perempuan bersuara kayu: Hmm...nak cakap dengan...
Orang yang menjawab: Dengan siapa?
Perempuan bersuara kayu: Hmmm (berpeluh-peluh sebab tak tahu nak cakap apa)
Orang yang menjawab: Dengan siapa? (suara ditinggikan sebab bengang)

Perempuan bersuara kayu pun terus takut dan letak talifon.

Tak berjaya.

Nombor bermula dari 06. Melaka?

Tuesday, August 25, 2009

Harga Sebuah Pontengan

Maka terbuktilah tahap keskemaan aku kini meruap-ruap bagaikan gunung berapi nak terkentut. Kalau dulu aku pernah rasa bersalah sebab nak ponteng math. Make sense sebab aku memang suka math. Kemudian aku argue dan mencari-cari alasan seboleh-boleh untuk tak ponteng Malaysian studies. Ini agak pelik sebab aku benci Malaysian studies dan lecturernya sekali. Sekarang apabila disuruh ponteng math, walaupun aku dah tak suka math ni sebab ianya lebih kepada add math dan walaupun dah dapat surat MC dan umi aku tak kasi pergi, aku tetap rasa bersalah nak ponteng sampai menangis-nangis.

Sangat susah menjadi aku, benda yang tak bersalah pun nak menangis.

Memandangkan hari itu aku melepak di rumah sepanjang hari, sepanjang hari lah aku terfikir dan teringat-ingat situasi di kelas aku. Bagaimanalah agaknya rupa kelas tu tanpa aku (ceh, macam ada beza je kan). Aku pun terkempunan. Segala yang Miss Shikin membebel semuanya aku tak dapat dengar. Terkesima aku, tsk.

Walaubagaimanapun, aku cuba memujuk perasaan agar tak terlalu overreact atas situasi yang tak seberapa ni. Aku pun teringat masa-masa attempt aku nak ponteng dulu. (Ponteng hanya dikira ponteng kalau kelas itu di ajar oleh cikgu yang bersemangat. Kalau cikgu ajar macam nak tak nak, ponteng tak dikira ponteng).

Time aku nak ponteng math dulu, aku teringat muka Cikgu Marina. Ok tak jadi, kalau ingat muka dia memang rasa nak ponteng. Aku teringat ilmu yang dia nak bagi. Aku pun cancel niat ponteng dan ditch kawan-kawan aku. Waktu tu apa entah jadi tapi akhirnya Cikgu Marina tak masuk kot ada hal. Apa entah yang terjadi itu, konklusinya kalau aku tak datang semula ke kelas pun tak ada effect.

Sewaktu hendak ponteng Malaysian studies pula, aku sanggup call macam-macam orang nak tanya pendapat mereka. Kebanyakan mengatakan ponteng je la. Itu pun aku tetap tak nak ponteng dan berniat dalam 5 minit dah mula kelas baru pergi. Belum sempat aku bangun lagi, Ezzah pulang mengatakan kelas Malaysian studies tak jadi.

Memandangkan aku kelihatannya sentiasa tak ada jodoh dengan ponteng aku pun berharap agar kelas math dibatalkan. Malangnya, sedang nyenyak tidur, Jihad memberi SMS pagi-pagi buta mengatakan "Miss Shikin says gt class t'day".

Tapi tentunya aku tak terbaca memandangkan pagi itu aku masih lagi sedang membuta. Bila aku sudah bangun barulah aku terbaca dan terkesima lagi.

Aku pun teruskan misi memujuk perasaan lagi. Hati kecil aku berbisik, "takpe, hari ni kan sakit", walaupun aku tak rasa sakit sangat. Kemudian aku pun tukar plan. Memandangkan aku tak sakit sangat, lebih baik aku menghabiskan masa membuat kerja-kerja rumah. Baru lah terasa berguna sikit dan mungkin akan membuat aku melupakan kerisauan ponteng math.

Aku pun melihat meja yang berselerak. Sudah tentu meja itu perlu dikemaskan bisik hatiku. Tapi sewaktu aku menghampiri meja tu, tiba-tiba aku teringat, "Esok aa duduk je kat rumah, tak payah buat apa-apa pun", kata-kata umi aku terngiang-ngiang di telinga. Akhirnya niat hendak kemas meja pun tak jadi. Aku tak nak lah menjadi anak derhaka, melawan cakap umi.

Aku pun menghadap ke teman setia, internet. Selepas online beberapa lama akhirnya hendak tiba waktu buka puasa. Kami pun pergi ke bazaar Ramadhan beramai-ramai. Dan apabila dalam satu famili tu, anak bongsu bossy yang berusia 7 tahun yang menentukan apa yang patut di beli dan dikurniakan pula ayah lurus yang manjakan anak, akhirnya makanan yang dibeli tentulah membuak-buak.

Sekarang aku rasa gembira sikit. Tengok makanan-makanan yang banyak membuatkan aku lupa tentang rasa beresalah ponteng kelas. Balik pula aku hidang makanan dan tunggu waktu berbuka.

Waktu berbuka;

Umi: Geram dengan makanan yang terlalu banyak. Meluahkan geram dengan marah-marah ayah dan adik. Mostly mangsanya adik, kena marah tak pasal-pasal walaupun kesalahan tak seberapa.

Hakim: Cover line cakap, "tu la Hakim cakap tak kisah apa-apa", walaupun maknanya belilah apa-apa yang paling best, Hakim mintak best sangat kang tak jumpa.

Umar: Menyalahkan ayah yang ikut sahaja semua permintaanya.

Ayah: Cuba mencari alasan tak munasabah sebab memang salah dia. Tiba-tiba marah orang beli lontong walaupun tak effect apa-apa.

Adik: Tidak selicik yang lain-lain. Nak menjawab tapi tergagap. Akhirnya menjadi MPAJ dan mangsa kena marah sebab semua orang hot makanan banyak membazir.

Memandangkan semua orang tiba-tiba dapat penyakit umi, naik hantu, aku seorang sahaja yang tetap sejuk (remain cool). Maka aku pun boleh melihat situasi secara rasional dan menggelakkan semua anggota keluarga yang saling manyalahkan satu sama lain.

Sekarang baru lah aku rasa puas. Sakit perut, batuk, bersin, selesema, asthma, doktor bagi MC dan umi suruh cuti bukanlah alasan yang memuaskan bagi aku untuk ponteng. Tapi dapat peluang menggelakkan dan mengata semua orang amat menggembirakan hati aku. Sekarang baru lah aku rasa berbaloi ponteng kelas math.

Monday, August 24, 2009

BeRamadhan

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan akhirnya kunjung tiba. Jadi Ramadhan 142X ini patut digunakan lebih untuk beribadat dan bukan untuk beli baju raya, kasut raya, beg raya atau mekap raya, sebab aku dah beli dah.hee.

Jadi sebagai substitute, biasanya bulan puasa dihabiskan dengan shopping, tapi memandangkan itu sudah pun selesai, mari lihat berjaya tak Ramdhan kali ini dihabiskan dengan beramal ibadat.

Alhamdulillah aku dapat menjalankan terawih pada malam pertama Ramadhan. Malangnya, pada malam-malam yang seterusnya aku syik sakit. Mula-mula food poisoning sewaktu pertama kalinya berbuka puasa di bulan Ramadhan ini. Keesokannya pula diserang lelah dan kerap batuk-batuk lebih teruk daripada atuk. Mungkin sebagai peringatan kena kurangkan mengata atuk.

Jadi memandangkan hari ini aku dikecualikan untuk berpuasa, aku nak cuba reviu apakah sebab musabab aku agak letih berpuasa bulan Ramadhan ini. Mengimbas kembali perbuatan-perbuatan pada 1 Ramadhan bermula dari selepas bangun tidur daripada tidur selepas solat subuh:

Duduk dalam kereta dalam perjalanan balik kampung di Klang. Hari di mana umi aku telah mengaku secara sah bahawa dia membaca blog aku dan aku marah-marah tak kasi baca sebab katanya blog aku buat dia menangis,

"Biar la umi baca, umi ketawa sampai keluar air mata."

Selepas berdebat-debat bagi alasan untuk umi tak baca blog aku lagi akhirnya sampai ke Klang. Seperti biasa di Klang kerja aku selain daripada menolong mak di dapur mungkin lebih banyak lagi masa dihabiskan menggelakkan mak bagi konteks menolong pula, lebih kepada menolong menengok apa yang mak buat dan kemudian menjenguk apa yang bibik buat dan kemudian menjenguk apa yang bibik lagi satu buat.

Saki-baki masanya pada hari itu aku membuang masa dengan membuli budak-budak dan cakap, "Eeeeeeeeeee tak puasa" dekat semua budak kecil yang tak puasa.

Kemudian aku tidur, bangun-bangun dan mengata mak lagi.

Kemudian duduk di meja, azan berkumandang dan buka puasa minum air soya yang membuat sakit perut. Sewaktu sakit perut boleh lagi mengata dalam hati "ni mesti mak punya mee ni" walaupun semua orang lain makan mee tapi takde apa-apa pun.

Konklusinya, hari pertama Ramadhan dihabiskan dengan mengata umi dan ayah, mengata dan menggelakkan mak, menuduh atok menopause dan membuli budak-budak kecil. Jadi baru aku perasan, semua tenaga aku dihabiskan dalam bentuk verbal.

Apa-apa pun, Ramadhan ini, seperti yang aku baca di post ini. Mungkin Ramadhan kali ini boleh menjadi kem untuk aku berlatih mengurangkan mengata orang. Lepas tu mungkin ayah aku pula boleh mengikut jejak langkah aku. Amin.

Friday, August 21, 2009

Kelantanised

Jadi memandangkan semalam kami kena buat exhibition tentang Kelantan, beberapa research telah dibuat untuk menjamin markah tinggi sikit untuk koko. Aku diberikan part untuk sejarah Kelantan dan peta Kelantan. Selain itu aku turut supply laptop, penyepit baju dan lagu anak tupai.

Aku tak tahulah kenapa tapi ramai betul orang anti-Kelantan rupanya. Contohnya, roomate-roomate dan kawan-kawan lain yang bukan roomate. Konklusinya, ramai kawan-kawan aku kata mereka memang tak suka Kelantan. Aku punya reaksi pun 'Hmmm...' sambil memegang-megang dagu dan buat muka serius dan berpura-pura sedang thinking deeply.

Tapi takde lah pura-pura sangat sebab aku memang terfikir, kenapa? Padahal aku suka Kelantan. Ok selain daripada aku tak suka judge apa-apa dan aku tak boleh generalize apa-apa pun dalam dunia ni. Kalau pun aku tak berapa minat dengan Kelantan aku rasa aku takkan membuat assumption bukan-bukan tentang Kelantan atau orang-orangnya.

Pertamanya, aku suka Kelantan sebab environment dia lain. Rakan taulan aku kata mereka tak suka Kelantan sebab mereka mempunyai semangat Kelantan yang kuat sangat. Tapi aku rasa baguslah mereka bangga dengan identiti sendiri tak macam KL yang terkinja-kinja nak cium bontot mat salleh. Walaupun ada buruknya tapi takde lah buruk sangat sampai kena jadi anti-Kelantan.

Selain itu Kelantan sangat best sebab kalau kita cakap Kelantan mesti orang tak faham (termasuk aku) masyuk kan. Walaupun Kelantan masih kemelayuan, siapa kata Kelantan tak rock. Selain daripada kemudahan akses Wi-Fi di seluruh Kota Bharu (hah, amik lagi maju dari KL), dikir barat Kelantan juga rock-rock boleh cerita pasal apa-apa, termasuklah tupai. Aku takde lah peminat Kelantan dan aku memang takde kena mengena dengan Kelantan tapi aku nak juga back up Kelantan sebab banyak sangat orang anti-Kelantan. (Ye, driven daripada sikap suka membantah. Hee).

Aku memang batak sikit sebab baru tahu yang lagu anak tupai tu bercerita pasal anak tupai (macam tak cukup obvious pulak kan). Jadi walaupun semalam dengar lagu anak tupai berulang-ulang kali, tapi tetap tak faham apa benda yang dia cakap. Bila balik bilik pun aku terus men search lirik anak tupai di google. Berikut adalah lirik yang aku jumpa.

ada seekor anak tupai
atas dahan rambutan
kudung ekor, perut lapar,
berjalan (merayau) cari makan

kejadian Tuhan, yang dipanggil nama (dinamakan) tupai
asalnya di dalam hutan, sejenis mamalia
kalau pasal berjangkit ke dahan, dialah yang paling pandai
jatuh jarang-jarang, pasal dia tak sabar

sepandai-pandai tupai melompat
jatuh ke tanah juga
nak menggambarkan kat orang jahat, jangan terlalu besar kepala
orang dulu-dulu, ramai-ramai kejar tupai
bimbangkan buah kayu (buah-buahan) tak sempat membesar,
nyior (kelapa), durian, duku kalau digigit tupai,
pendeknya tahun tu, kelapa durian tak sempat dan jual

orang sekampung, tupai seekor
berkejar hari-hari
pakat-pakat lingkung, pakat-pakai pekong(baling)
tupai tak sempat nak lari

bila senapang ada, tupai habis mati
yang inilah saya rasa, kita sangat rugi
kita manusia setinggi mana pun kita mengaji (belajar),
nak buat tupai seekor, tentu sekali takkan menjadi

sekarang ni di kampung atau di bandar
jarang boleh tengok
bapak tupai, ibu tupai.. berjalan bawak anak

rasa kesian sungguh tengok seekor anak tupai
kerana terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar
bulu-bulu pun habis luruh, air mata berberai-berai (berderai-derai)
mari dari dalam baruh, barangkali (agaknya) kena racun tembakau

Untuk lebih detail dan gambaran rupa anak tupai tersebut, sila ke link ini.

Sunday, August 16, 2009

Masked Rider

Tajuk busuk, aku tahu. Sebab dah takde idea nak tulis tajuk apa dan dah tak nak tulis tajuk 'MSU lagi dan lagi dan lagi', penat kot, panjang sangat.

Bak kata Kak Sharifah, "orang ada blog ni semua benda nak cerita, kawan akak tu dia pergi Giant pun nak cerita". Ye, ye aku pun macam tu jugak kot. Pakai mask pergi kelas pun nak gebang satu blog.

Memandangkan aku seorang yang concern pasal health (tipu) dan risau dijangkiti H1N1 (tipu sikit), aku dah mula pakai mask pergi kelas. Selain daripada membuat bahagian mulut berpeluh-peluh macam baru habis kumur-kumur, nafas yang panas ventilate ke atas dan menyebabkan vaporisation di kaca mata dan merimaskan serta tidak lagi berupaya mengusha diri sendiri di cermin atau apa-apa reflective surface lagi, aku telah decide untuk pakai juga mask atas beberapa sebab munasabah.

Antaranya ialah, memandangkan sekarang ini musim exam dan hanya perlu keluar 3 jam sehari selebih (24-3) jam diluangkan di dalam bilik, rasa macam membazir masa pula nak meluangkan masa untuk pakai mekap, tepek-tepek foundation untuk 3 jam je, balik bilik bukan ada orang tengok pun. Jadi langkah bijak memakai mask telah memberi jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Selain itu, apabila pakai mask kita boleh assume orang tak recognize kita maka tak perlu lah menegur dan beramah-mesra kalau tiba-tiba terserempak. Kalau dah nampak tak tegur orang kata sombong walaupun sebenarnya kita tak berniat macam tu tapi hanya nak cepat pergi bilik air sebab sakit perut sangat. Degan cara ini, walaupun orang perasan kita, kita boleh bagi alasan kita tak perasan sebab banyak sangat benda dekat muka.

Namun begitu, kalau betul-betul juga orang perasan kita dan start conversation "eh, ko pakai mask, comel gila", dan terpaksa reply "dah nampak aku pakai mask tanya lagi, macam mane ko tahu aku comel?", tapi kena ulang 10x sebab dia tak faham-faham apa aku cakap akibat penyakit mumbling, maka boleh fitnah mask yang menyebabkan diaorang tak faham apa kita cakap.

Lepas dah habis conversation pula baru lah terkesima dan rasa terharu-biru sebab orang tetap boleh cam walaupun sebahagian besar muka dilitupi kain murah berwarna biru.

Selain itu, bila pakai mask kita boleh minta duit lebih dekat ayah dan bagi alasan duit asyik habis sebab kena beli mask walaupun sebanarnya sebab lari bajet sebab malam-malam asyik teringin nak makan kuey teow kung fu, ladna dan sebagainya di kedai mamak Ali yang mencekik darah.

Kini, hari ke hari, aku semakin immune dengan bau nafas sendiri walaupun masih tak puas hati sebab rasa macam aku sorang je yang pakai mask nampak kabut sangat orang lain pakai macam smart, kemas dan kontrol, takde membebel-bebel nafas panas ke busuk ke hape. Mula-mula aku ingat kan sebab muka aku comel* sangat tapi lama kelamaan baru lah aku sedar, memang betul aku pakai tudung kedepan sangat.

comel* ; kecil, molek

Friday, July 31, 2009

MSU (lagi lagi)

Akhirnya aku berjaya, menahan diri dari blogging selama seminggu. Dan atas permintaan ramai (ceh padahal 2 orang je), aku bakal mempublic kan semula blog aku. Korang jangan lah tertipu bila korang type in syarcastic.blogspot.com dia keluar 'only open for invited readers' ke apa jadah macam tu sebab sebenarnya aku tak invite siapa-siapa pun. Aku hanya private kan sebab tak sempat-sempat nak update blog selain daripada strategi untuk menghalang adult daripada baca blog aku.

Ok dah, melampau panjang pulak mukaddimah. Memandangkan tajuk blog kali ini ialah 'MSU (lagi lagi)', nak tak nak aku kena lah cerita pasal life aku kat MSU lagi dan lagi (macam la ada life selain daripada yang kat MSU).

Situasi dekat MSU semakin gawat (gawat?) mungkin sebab lagi 2 minggu mid-term exam atau mungkin sebab H1N1 atau mungkin tak - aku je yang perasan macam tu. Apa-apa pun sebabnya, sekarang ni memang tengah musim kuiz. Memandangkan perkataan kuiz tu sendiri tak berapa nak bermakna, mungkin kalau biasa-biasa aku tak akan belajar pun. Tapi memandangkan asrama Halim tu boring gila, takde TV, takde dapur dan takde mesin basuh, hari-hari entertainment aku hanyalah buku-buku biologi dan health science (selain lecturer biologi dan health science, hehehe.)

Jadi mari kita teruskan dengan segmen reviu kuiz;

Kuiz yang merasmikan kuiz-kuiz lain, kalau tak silap ialah health science. Ok lah jugak. Tak lah terlalu susah atau senang. Alhamdulillah aku mendapat 95%.

Kemudian kalau tak silap kuiz biologi. Kuiz mengejut yang diberikan membuat semua pelajar gabra dan terus memilih untuk curi-curi buka buku. Akhirnya, usaha curi-curi buka buku sia-sia ini kerana kuiz tersebut boleh di bawa balik dan hanya perlu diserahkan pada hari tersebut pada pukul 5 petang. Jadi nak buka buku tak perlu curi-curi.

Kemudian kalau tak silap kuiz pengajian Malaysia. Kuiz mengejut juga, tapi memandangkan lecturer keluar dari kelas sewaktu kuiz dijalankan, agak senang nak meniru walaupun tak berapa necessary sebab kuiz tu takde lah susah sangat.

Kemudian kalau tak silap (ceh asyik pakai ayat sama buat peranggan baru dah macam jawab paper sejarah, malas nak fikir bahasa) ialah matematik. Kuiz tak berapa nak mengejut tapi susah. Mungkin sebab aku pergi baca chapter 2 walaupun yang masuk chapter 1 atau mungkin juga sebab aku pergi tiru orang sebelah yang rupa-rupanya dapat soalan lain daripada aku. Miss Shikin ni bajet bagi soalan lain-lain supaya orang tak boleh tiru la. Tengok la, aku tiru jugak tak kisah lah soalan lain ke hape. Hehe. (Padahal dah malu, salah tiru).

Itu lah cerita kuiz. Kalau kuiz pun tunggang langgang macam ni tak tahulah mid-term ni macam mana. Sila lah doa kan banyak-banyak. Amin.

Tuesday, July 21, 2009

MSU (lagi)

Balik-balik blog aku pasal MSU, dah macam takde life hari-hari dekat kampus je. Ok memang hari-hari kat kampus pun, kalau tak cerita pasal MSU nak cerita pasal apa lagi, takkan la nak cakap pasal setiap weekend aku balik klang tengok atok bakar sampah. Lagi bosan kan.

Jadi sejak kebelakangan ni baru aku sedar rupa-rupanya boleh hidup tanpa internet kalau kita tak ada life je hidup kita evolve around internet. Walaupun begitu, MSU tak patut tak meletakkan wi-fi dekat kampus. Ini telah menyusahkan hidup warga MSU. Dan sekarang dah habis makan kat kedai mamak dan terpaksa balik. Begini lah kehidupan yang menyedihkan dekat MSU, berlumba-lumba makan sambil online.

Sekarang tak sempat nak cerita. Bila nak cerita je tak pergi online, nak online je tak pergi cerita, macam sekarang T_T.

Ok, bersedia untuk baca next entri yang akan bertajuk 'MSU (lagi lagi)'. Ceh macam tak boleh je save as draft dulu. Tak kira, walaupun takde isi nak pos jugak. Sekrang baru aku hargai akses ke internet 24 jam sehari dekat rumah. Dulu suka sangat sumpah seranah ada internet pun boring, sekarang baru terasa kesiksaan takde internet (kena makan dekat Ali's hari-hari).

Sunday, July 12, 2009

Sajpen (Sajak Pendek)

Bila kita masuk tadika, orang kata waktu tadika lah paling best
Waktu, (tak tahu lah waktu apa sebab tak ingat)

Bila kita masuk sekolah, orang kata waktu sekolah lah paling best
Waktu kena marah dengan cikgu hari-hari

Bila kita masuk sekolah menengah, orang kata waktu sekolah menengah lah paling best
Waktu kena paksa pakai uniform hodoh hari-hari

Bila kita masuk universiti, orang kata waktu universiti lah paling best
Waktu rindu kawan sekolah hari-hari

Orang memang macam kentut. Jangan dengar cakap orang. Waktu paling best ialah waktu tak masuk mana-mana dan menganggur
Waktu boleh bangun lambat hari-hari
Waktu call bestfriend malam-malam hari-hari
Waktu boleh buat plan bila-bila hari

Sebenarnya aku dah rindu bestfriend aku balik. Hee.

Friday, July 10, 2009

Cikgu MSU

Yo, mana main cikgu-cikgu. Lecturer sudeh. Hee.

Lecturer kita kena panggil Sir dan Miss rasa macam kat UK balik dah. Dan di sini, memandangkan macam dekat UK juga, kehadiran di catat dan boleh effect kan grade kita, nak tak nak kena juga la tangok muka cikgu lecturer hari-hari.

Mula-mula sekali terjumpa ialah Sir Khairul atau nama gelarannya Mr. K. Kalau rappers boleh ada nama timangan kenapa tidak lecturer kan? Comel seperti nama timangannya, Mr. K ni memang comel gila. Dah la dia suka senyum Mc Donald. Kadang-kadang kesian tengok dia, mulut dia tak rasa macam nak koyak ke senyum lebar sangat. Dan tak tahu lah kenapa tapi setiap kali tengok muka dia rasa macam nak tergelak. Memang tak boleh concentrate.

Lecturer ke dua jumpa ialah Sir Ali. Nama gelaran dia, Sir Ali. Muka dia ni macam kerek sangat. Rasa sangat menyampah tengok muka dia. Tapi kalau dah ditakdirkan dia menjadi lecturer, nak tak nak kena lah buat-buat suka. Kena la selalu puji dia handsome dan sms cakap, "You're my shining star" mungkin boleh tolong naikkan gred sikit. Aku bukan nya apa, cuma ini inisiatif nak menaikkan gred dengan memikir dari out of the box.

Kali ketiga jumpa kalau tak silap ialah Miss Maya. Orangnya cantik, lemah lembu dan ayu. Memandangkan takde apa-apa lagi yang tak best dengan Miss Maya dan menjadi aku yang tak suka puji orang tak pasal-pasal aku tak tahu la nak tulis apa lagi pasal dia.

Kali keempat jumpa Miss Shikin (kot). Dalam banyak-banyak mungkin miss ni yang paling tua. Nama pun dah sama dengan umi aku. Miss Shikin ni muka dia tak garang tapi macam menakutkan. Macam kat muka dia ada tulis, "Don't mess with me". Dia ajar memang cepat dan efektif tapi dari sudut pandangan orang lain la. Sebab aku lembab sikit, dia ajar cepat je, kurang efektif.

Kali keberapa entah jumpa ialah Miss Nadzirah. Miss ni sebenarnya mentor aku. Dan aku yang konon-kononnya bajet memori kuat ni tak nak lah jadi macam nerd nak tulis nama dia atas kertas ke apa. Jadi menggunakan daya ketahanan memori hari-hari makan megi, sewaktu pergi ke CFS, aku pun tanya, "Puan Nadzirah ada tak?". Mampus aku kena lempang kalau Miss tu ada kat situ.

Kali ke berapa entah lagi jumpa ialah Sir Ihsan. Sir Ihsan ni ajar macam laju la juga. Lepas tu dia pun cakap mumble-mumble pastu nak ejek aku pulak mumble. Dan yang paling susahnya bila kelas dia aku selalu tak boleh concentrate sebab Sir tu cute sangat. Haha.

Memang tak patut la MSU buat macam ni, hire lecturer comel-comel. Haha. Namun begitu, secara amnya MSU ok. Ok la kot mungkin kecuali ni,

Sunday, July 5, 2009

Award (lagi)

*malas nak upload*

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
1.tinggi dan kurus, kalau ada angin bertiup dikhuatiri jatuh
2.nama sedap-sedap tapi panggil neem je.hehe
3.setia kepada uhuk uhuk.hee
4.muka panjang dan kurus bersempena badan yang panjang dan kurus
5.pandai memainkan peranan makcik jual air waktu hari sukan.hee



Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
1.malas
2.palajar MSU.hehehe
3.tak makan sayur
4.fail driving test 2 kali
5.hampir-hampir di langgar kereta
6.langgar kereta orang sampai kemek
7.tak reti naik bas
8.selalu terhilang IC
9.tak ingat muka orang
10.mungkin blur sikit


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..

Hah cantik muka sampai 10.

1. Siti Nor Affifah. Pekerja caltex. Berskandal dengan pemilik mini cooper dan pemilik kenari hitam dan pemilik saga baru dan pemilik kelisa mak dia.

Tahun ke-18

Walaupun hari ini hari keramat yang sering dinanti-nantikan tapi aku tak rasa apa-apa sangat pun. Walaupun ini ialah hari keramat di mana aku bertukar menjadi 18, aku tak terasa pun kuku aku makin panjang atau badan aku meninggi atau lemak tiba-tiba bertambah banyak macam The Nutty Professor.

Sebaliknya hari ini secara kebetulan memang nak pergi beli laptop jadi ayah aku secara kebetulan teringat birthday aku dan tukar niat beli laptop sebagai hadiah hari jadi. Malam tadi pulak walaupun sahabat handai SMS wish birthday, aku tak boleh balas sebab takde kredit. Pagi tu pun aku buat la SOS top up. Sampai sekarang aku tak top up lagi.

Memandangkan satu-satunya hadiah yang aku minta tidak dikabulkan, iaitu cermin, aku terpaksa lah beli sendiri. Kemudian memandangkan waktu dekat Carrefour secara kebetulan juga ada amoi spread flyer untuk buat spek mata murah, kitaorang pergi la buat sekali.

Jangan salah faham, aku tak lah shallow sangat. Selain daripada material posession yang aku dapat hari ini, terdapat banyak pengajaran yang aku pelajari spanjang hari aku berubah menjadi 18.

Sewaktu menunggu spek mata siap dan ayah aku pergi solat, aku terpaksa tebalkan muka duduk di food court lama-lama. Sampai orang kutip pinggan dah lalu 3 kali, tapi tak bangun-bangun lagi. Waktu itu baru aku perasan daripada orang yang kerja sapu sampah sampai ke kutip pinggan sampai ke masak Yee Mee di food court itu, semuanya lelaki.

Aku tak pasti apa motif aku bagitahu benda tu. Kemudian aku terpaksa tunggu dalam kereta sepanjang ayah aku pergi jumpa doktor gigi. Kebosanan menunggu dalam kereta seorang diri mengundang aku untuk memerhatikan makhluk sekeliling.

Macam-macam gelagat manusia aku nampak tapi takde satu pun yang menyayat hati. Hinggalah tiba-tiba apabila seekor kucing datang dekat dengan pokok yang dekat dengan meter.

Dengan berusungguh-sungguh kucing tersebut menggali menggunakan dua tangannya.
Lubang satu tak cukup dalam, tak masyuk pula.

Dia pun beralih tempat. Korek-korek, lubang dua tak cukup besar dan tempat kurang strategik.

Dia pun beralih lagi ke spot yang redup sikit. Gali punya gali akhirnya dia pun tebalkan muka dan melepaskan hajat.

Waktu itu, tiba-tiba hati aku disayat. Aku berasa sengat bersyukur kalau aku nak qada’ hajat hanya perlu angkat lid jamban. Kucing tu pula nak berak pun melalui banyak halangan dah lah banyak pulak lalat nak hinggap kat punggung, tak senang nak berak.

Akhirnya kucing tu pun sudah habis melabur dan kembali membuat kerjaan harian. Aku kembali bosan.

Tunggun punya tunggu sampai bateri phone aku tinggal 1 bar, akhirnya ayah aku kembali. Alhamdulillah, berbaloi penantian yang lama ini.

Selapas 40-lebih tahun akhirnya ayah aku pergi scaling buat kali pertamanya. Akhirnya bila aku tangok muka ayah tak teringat dekat makcik witch dalam Drag Me To Hell. Kami pun pulang dengan riang gembira.

Ayah aku lah yang riang gembira. Aku terpaksa dengar ayah brag pasal gigi baru dia.
Sambil itu juga aku terpaksa menghulur kapas setiap 10 saat sebab ayah perasan gigi dia berdarah banyak sangat. Belum sempat sampai Ampang Puteri kapas dah habis.

Kemudian aku ke pasar telefon bimbit dengan ayah namun begitu pulang dengan tempat filter air. Waktu tu aku kena dengar lagi ayah bragging pasal lepas dia minum air filter ni dia dah boleh makan kacang.

Waktu pegang water filter tu aku betul-betul rasa macam dah dewasa. Ececeh. Sampai part order Megi goreng, ayah pergi kopek kan udang. Adeh, baru je feel macam dewasa. Ternyata birthday tidak mengubah apa-apa.

Friday, July 3, 2009

Asrama

Uhuk uhuk uhuk. Hee, aku memang betul-betul clearing throat boleh pulak orang ingat aku main-main. Ok anyways, memandangkan aku tak sempat beli laptop lagi aku pun menjadi retard buat seketika sebab dah lama sangat tak pakai internet.

Memandangkan banyak sangat benda yang berlaku dan aku yang oh-so-sibuk aku hanya sempat cerita sikit-sikit je pasal MSU dan seangkatannya.

Mungkin semua orang tertanya-tanya bagaimana aku boleh hidup di asrama. Jawapan dia senang je, hari-hari makan luar, weekend balik baru basuh baju, toilet ada cleaner basuh kan jadi tak payah la penat-penat perah otak memikirkan bagaimana aku boleh survive dekat situ.

Walaubagaimanapun, despite semua kemudahan yang ada di asrama ada juga beberapa perkara yang aku kurang suka. Aku bukannya nak komplen toilet leaking atau tak boleh pam atau sinki tersumbat sebab semua tu aku dah komplen menggunakan borang komplen yang available di U-Shoppe. Ya, bersyukurlah korang tak payah dengar komplen remeh-temeh tu, dengan tulisan besar-besar yang buruk dan sampai tak muat-muat nak isi komplen.

Cuma ada beberapa perkara yang aku tak isikan dalam borang komplen memandangkan aku tak rasa bahawa pakcik Halim boleh tolong solve kan problem macam ni. Bukan nya apa, cuma kadang-kadang susah lah bila aku nak kentut kena buat-buat nak buang sampah dekat luar, kalau takde sampah aku kena pulak menoyorok dalam selimut dan membelakangi dinding. Itu pun kena control macam style pengantin atas pelamin, kentut style pelahan-pelahan punya, muka pun kena kontrol, bersiap sedia untuk blame orang lain kalau busuk.

Selain tu, tak ada apa-apa masalah sangat kot. Cuma masalah satu ini je tapi jangan pandang remeh sebab masalah lately ni aku asyik sakit perut dan terkentut-kentut. Ada sekali tu sampai tak sempat nak cover dah aku nak blame orang lain ada 2 orang je dalam bilik tu. Jadi aku hanya dapat berdoa Ezzah terpekak sekejap waktu tu.

Cakap pasal Ezzah, dia ni sebenarnya roomie aku. Nasib baik kami sekepala, jadi macam-macam yang boleh kami borakkan. Isu-isu semasa (tipu sikit), politik (tipu), kewangan (tipu sikit) dan keluarga dan rakan-rakan (tak tipu).

Antara contoh isu semasa yang pernah kami bincangkan ialah tetang masalah kesihatan adik aku. Memandangkan adik aku sakit. Aku hanya dapat tahu apabila umi aku menghantar SMS,

"Adik kena admtd@AP viral fever room 5**"

Aku pun terus, "HAHHH?!"

Penyakit baru ke ni, siap ada 2 nama lagi. Aku pun ye-ye lah cakap dekat Ezzah,

"Adik I kena AP viral fever."

Ezzah pun,

"Oh ye, apa tu?"

I pun,

"Entah la"

Kalau aku dah ada access ke internet aku dah search dah. Nasib baik la belum sempat aku lakukan itu dan memalukan diri sendiri aku mendapat lagi satu sms dari Umi,

"A jumaat ni awk ada kelas tk, umi nk mnta jga Imran"

Aku pun berhenti sejenak dan berfikir. Lepas tu baru lah aku faham maksud SMS yang pertama tu.

Rupa-rupa nya takde pun penyakit admtd viral fever ataupun AP viral fever. Yang sebenarnya, maksud umi aku,

"Adik kena admtd@AP (admitted at Ampang Puteri) viral fever room 5**"

Nasib baik aku tak sempat tanya umi apa tu 'AP viral fever', kalau tak mesti dah kantoi makan Megi lagi.

Tuesday, June 30, 2009

Aftermath

Macam rokok, mungkin kerajaan Malaysia boleh buat warning signs dekat paket-paket Megi.

Apa jadi lepas makan Megi,

Cipa: Aa, jom la tengok transformers sabtu ni
Syarah: Tengok la dulu
Cipa: Jom la. Celebrate birthday aa sekali
Syarah: Hah? Birthday Aa? Bila?
Cipa: Sabtu ni la
Syarah: Oh ye, cepatnya. Sekarang berapa haribulan?
Cipa: -__-'

Saturday, June 27, 2009

Camp Alone

Menjadi aku yang suka kritik filem-filem terutamanya filem blockbuster. Akhirnya aku hanya menonton segelintir filem yang aku rasa benar-benar worthy untuk ditonton. Filem blockbuster tak suka, filem Melayu tipikal tak suka, filem Disney tak suka, filem romantik tak suka, filem aksi pun tak suka dan banyak lagi la filem tak suka.

Home Alone yang menjadi filem blockbuster sudah tentu lah masuk dalam senarai filem tak suka. Waktu tengok tu aku tertanya-tanya,

"Ah, biar betik. Macam la boleh orang tak perasan anak dia tertinggal. Macam la anak dia tu tak boleh dengar orang semua bising-bising siap nak pergi. Bodoh betul cerita ni."



Siap nak buat muka macam tu lagi kan. Lepak la, bukan nya apa pun. Nampak sangat filem ni tak best dan overrated.

Namun begitu, nampaknya hari ini telah terbukti kesahihan filem tersebut.

Ini cerita sebenar. Bukan flem yang bajet je banyak tapi kualiti teruk dan harap kan pelakon yang hot-hot je. Dalam cerita ini, hanya terdapat pelakon yang dah expire dan muke hensem badan kurus dia dah hilang 10 tahun dulu.

Menjadi seorang Mejar bersara terlatih dan sebagainya sudah tentu kalau di ajak camping membara-bara semangatnya. Tambahan lagi, 10 tahun menjadi askar semboyan sudah tentu mengajarnya untuk menjadi punctual dan disiplin.

Makanya, apabila tiba waktu untuk jungle trekking, setengah jam awal dia sudah siap dan menunggu peserta-peserta lain sambil goyang kaki dan test weather.

Tunggu, tunggu dan tunggu kalau namanya Dr. S mesti la dia tertidur kerana menunggu lama sangat. Akhirnya bila terjaga semua orang sudah pun pergi dan tinggal lah dia seorang-seorang.

Rupa-rupanya betik. Boleh orang tak perasan yang dia ditinggalkan dan orang lain pun boleh tak perasan dia ditinggalkan. Lebih teruk, sekurang-kurangnya budak menjerit dalan Home Alone tu kecik dan logik la kalau orang tak perasan dia tapi yang ni macam 5x ganda saiz budak tu pun orang boleh tak perasan.

Dan in case you're wondering, dia menunggu di surau yang panas di atas kerusi plastik.



Ya, itu pun boleh tidur.

Aku wonder agaknya ayah aku buat tak muka macam budak tu.

Friday, June 26, 2009

Sehari di MSU

Ceh macam la baru first day dekat MSU. Padahal dah hari ke-6 dah. Sehari lah sangat kan macam sepagi je, dengar ceramah dari pukul 10-12.

Alhamdulillah, kali ini tak buat apa-apa silap. Tak silap tengok jam atau silap hari atau silap masa. Hari ni bangun pagi dan dah kena kejut abang 10x. Itu pun lambat jugak dia bangun. Bila dia bangun lambat, sampai pun lambat sikit. Tak de la lambat sikit pun sebenarnya, tapi tepat-tepat je.

Bila dah tepat-tepat je datang mula lah resah gelisah dan berlari-lari anak ke Annexe 66 dan tengok semua orang dah masuk kelas, makin berdebar-debar lah hati aku. Aku pun duduk tempat yang paling belakang sebab dah ramai orang, segan pulak nak ke depan.

Tiba-tiba.

Seorang gadis ayu melambai-lambai ke arah aku.

Aku makin risau. Jantung aku makin berdebar. Aku pun fikir, "Apa ke hal dia ni? Lawa sangat ke muka aku?".

Lepas tu aku pun menunjukkan jari telunjuk kepada diri sendiri bagi memastikan dia memang sedang melambai ke arah aku untuk suruh duduk sebelah dia.

Selepas dia mengangguk aku pun pantas berjalan ke arahnya dan duduk di sebelahnya.

Lepastu,

"Syarah kan?"

Tiba-tiba baru aku teringat. Ahha beru semalam jumpa boleh lupa. Nama dia yang senang nak mati pun aku boleh lupa. Aku pun,

"Sorry sorry. Sape name eh? Lupe pulak"

"Ummi."

"Oh haah. Lupe pulak. Sorry sorry."

Beberapa hari sebelum tu....

Sedang aku berjalan dengan hati yang jugak resah gelisah sebab tak jumpa siapa-siapa yang dikenali waktu itu, tiba-tiba seorang lelaki comel sengih sengih kat aku.

Hati aku dah kembang dah aku pun tersengih-sengih lah balik. Lepas habis sengih-sengih macam kerang busuk, baru lah aku teringat....

Abg Joe! Macam kentut je, dalam 100 pelajar MSU waktu orientasi tu dia boleh ingat muka aku dan berapa kerat fasi tu pun aku tak boleh nak ingat muka dia.

Jadi, kini baru lah aku sedar bahawa aku ini sangat memorable. Ececeh.

Ataupun mungkin memori aku yang lemah. Mungkin aku patut dengar cakap Umi, kena kurangkan makan Megi.

Sunday, June 21, 2009

Dan Sebenarnya

Dan akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jatuh ke tanah juga. Siapa sangka atok aku yang masih tuk tak tuk tak pakai typewriter dari zaman Parameswara tu boleh find out pasal aku punya blog. Ye, atok aku yang risau nampak lampu dekat modem streamyx blinking sebab takut modem tu meletup boleh find out tentang content blog aku.

Aku tak tahu lah dia pakai bomoh ke apa, sebab dalam speed dial buku talifon dia memang banyak nombor contact bomoh-bomoh di sekitar kawasan Lembah Klang kerana menurutnya Dokter hanya suka ambil duit orang (scam), tapi bomoh tak, dokter je.

Ok dah terkeluar tajuk. Maka sewaktu tengah minum pre-petang (sebab minum petang lambat sikit, ini minum di antara lepas makan tengahari sambil menunggu masa untuk minum petang. Jadi nama dia minum pre-petang), atok di dalam uniform nya, iaitu short warna putih yang agak transparent dan gelang yang dipercayai boleh mengubatinya dan muka bengis dulu-atok-askar dia, tanya aku apa yang aku kutuk dia dekat internet.

Nenek pun sama-sama join in, sebab dia dengar cerita aku ada kutuk dia sekali. Muka mak (nenek) macam dah bengke mungkin kerana dia ingat yang aku kutuk dia kaw kaw macam cara dia kutuk Hjh Peah belakang rumah. Aku pun menerangkan serba sedikit tapi mostly hanya tersengih-sengih. Aku bukannya apa, kalau aku cakap depan-depan, mak tu takkan dengar punya (literally). Sampai kali ke-sepuluh aku cakap mungkin baru dia dengar dan by the time dia dengar air liur aku pun dah kering.

Jadi sekarang saham aku dah jatuh sikit. Tambahan lagi aku bakal keluar dari rumah tersebut dan tinggal di asrama, makin berkurang la duit yang atok bagi.

*Sigh*

As for parents aku pula, nampaknya aku telah overestimate umi aku. Rupa-rupanya dia tak tahu pun pasal blog aku. Macam pelik sebab macam dah ramai orang cakap juga lah fasal blog aku yang fofular ni. Hehe. Sebaliknya, ayah aku pula yang (mungkin) tahu fasal blog aku.

Memang sungguh tidak disangka. Ye, ayah aku yang tak perasan aku duduk sebelah dia waktu makan. Yang tak perasan aku cakap dengan dia walaupun aku sedang memandang muka dia. Yang tak perasan aku jalan belakang dia dari rumah hingga ke lif dan naik lif sama-sama dari tingkat 5 sampai bawah dan jalan sama-sama dari lif ke kereta dan masuk kereta sama-sama hinggakan selepas 3 minit berikutnya apabila umi aku masuk kereta, dia boleh tanya, 'Syarah mana?' walaupun aku duduk dekat seat belakang je dan kalau ayah rotate kepala 10 darjah je dah boleh nampak.

Memang sungguh tak disangka, rupanya keluarga aku penuh dengan kejutan. Tiba-tiba rasa macam sedih pula nak masuk asrama. Uhuk uhuk.

Friday, June 19, 2009

Kekurangan

Selain daripada disabilities seperti tak boleh makan sayur, tak boleh drive, tak boleh naik bukit, tak boleh lintas jalan, tak boleh naik bas, etc. Kena tambah satu lagi dalam list, tak boleh naik motor.

Sebab musabab munasabah tak boleh naik motor lagi.

Helmet macam gila berat. Beku otak pakai helmet. Lepastu dia asyik terkedepan dan menge-crush spek mata. Dan meronyokkan tudung. Aku tak faham langsung kenapa kena pakai helmet. Ok, kalau cakap tu depan hakim kena sepak.

Motor takde seatbelt.

Kena pegang besi motor kuat-kuat sampai tangan sakit.

Kurang faham kenapa kena pakai jaket waktu naik motor. Tapi macam malas pulak nak tanya dekat hakim, macam memalukan diri sendiri je.

Walaupun begitu, ada juga beberapa perkara yang aku belajar dengan naik motor.

Bukan orang lain yang hantu, rupa-rupanya hantu tu aku. Naik apa-apa je accident. (Apparently, badan aku goyang-goyang dan membuatkan orang yang bawak motor tu sakit hati. Walaupun tak effect apa-apa. Ok tipu, sampai pecahkan side mirror orang).

Naik motor dengan orang comel tidak menghilangkan rasa takut.

Fifi, aku tak faham macam mana ko boleh bertenggek dekat motor jantan.

Thursday, June 18, 2009

Karma

Kalau dulu entri-entri aku banyak yang berunsur komedi je. Sekarang setiap kali aku nak buat entri yang light-hearted, sesuatu yang tak best akan berlaku dan buat aku menyumpah seranah benda tu sampai dah takde mood nak blogging pasal benda yang best.

Mula-mula aku menangis sebab salah dengar info. Aku dengar kena datang pukul 7.30 walaupun sebenarnya 8.30. Lepas tu aku menangis sebab kena naik motor. Lepas tu lagi aku menangis sebab tertekan.

Akhirnya entri aku jadi boring dan aku pun makin menyampah dengan diri sendiri, terima kasih kepada manusia yang berperangai macam hantu.

Semua isi entri aku nak dekat sama dan tajuk entri aku dah macam klise. Itu pun nasib baik aku tak bagi tajuk yang ada perkataan 'Sadis' lagi. Naik muak aku dengar perkataan tu.

Aku menyampah dengan diri aku. Tutup buku.

Sunday, June 14, 2009

Sadis (lagi)

Astaghfirullahalazim.

Biasanya, aku kuat semangat. Tak takut sangat dengan tahyul-tahyul ni. In another word, hantu.

Tapi hari ini, ternyata aku tewas juga. Terima kasih kerana drive macam gila (ok fine, aku drive macam gila juga, but I swear takde satu pun intentionally) dan muncul out of nowhere nak pergi kiri lepas tu masuk lane kanan. Aku yang tak dapat lesen lagi pun tahu tu salah.

Terima kasih juga kerana menakut-nakutkan aku dengan muka hang yang tak lawa tu tengok macam nak makan. Ok, anda berjaya. Aku memang takut tengok muka macam hantu tu. Tahniah, anda telah berjaya menjadi hantu.

Friday, June 12, 2009

Sadis (balik)

Aku sangat menyampah dengan diri aku yang asyik nak menangis je lately ni. Belum sempat mata lebam lebam sebab menangis dekat pengebumian moyang, aku terpaksa pula nangis sebab fail bukit buat kali ke dua. Sekarang aku menangis lagi sebab...

Takde sebab munasabah. Sebab sedih lah kot. Umi lah ni, pergi cakap benda-benda yang mengharukan. Sekarang menangis lagi.

Nasib baik ayah nampak dan tanya,

Ayah: Nape tu?
Umi: Takde ape
Ayah: Nape Aa?
Umi: Dia marah kat I yang
Ayah: Oooh, umi buat eh. Takpe nanti ayah belasah umi, ok?

Mengada-ngada betul ayah ni. Sekarang dah tersenyum, rosak plan nak suruh umi pujuk lama-lama.

Kebenaran (lah sangat)

A: loves to laugh
B: crazy at times
C: cute
D: smart
E: has beautiful eyes
F: wild and crazy
G: sexy
H: gives good hugs
I: very hot
J: likes someone
K: is very athletic
L: very good kisser
M: easy to fall in love with
N: very trustworthy
O: has the best personality ever.
P: popular with all types of people
Q: has a smile to die for
R: will make a good boyfriend or girlfriend
S: likes someone
T: very opened minded
U: is loved by everyone
V: not judgmental
W: very sexy
X: never lets people tell you what to do
Y: nice butt!
Z: makes dating fun

Dulu aku ingatkan nama aku bermaksud 'Yang indah' je. Rupanya ada maksud lain.

SITI NORSYARAH.
(takde Cik dan Wan ye.)

S: likes someone
I: very hot
T: very opened minded
I: very hot

Penat sangat lah nak list down yang lain. Sila tengok makna sendiri.

Semuanya terlalu betul. Oh Dena, pandai you amik hati I. Haha.

Tagged: Fifi

Thursday, June 11, 2009

Tak Sadis Dah

Memandangkan mata dah penat menangis dan memikirkan tentang hati yang lara yang perlu diubati dengan segera, akhirnya aku memutuskan untuk keluar bersuka-ria dengan kawan sampai mati, Bubu. Kami pun buat kali pertamanya tak hang out dekat KLCC sebaliknya ke Sunway Pyramid atas beberapa sebab yang munasabah.

Kemudian kami berdiskusi panjang tentang cerita yang patut kami tonton.

Pada mulanya Alia mengajak untuk menonton 'Jangan Pandang Belakang Congkak'. Tapi aku ingat screen tu rosak dan termix up tajuk cerita JPB dan Congkak, jadi aku pun membangkang. Sekali bila tengok trailer dia baru tahu 'Jangan Pandang Belakang Congkak' itu cerita komedi.

Kemudian, kami berbincang tentang Night at The Museum, sebab aku memang suka Ben Stiller yang sangat comel. Tapi akhirnya kami memutuskan untuk menonton Drag Me To Hell. Cerita ini memang first class. Sangat menakutkan, siap dapat testimoni daripada mamat yang duduk dekat seat belakang,

"Aaaaaaaaaah! Told you, we should've watched Hannah Montana."

Begitulah scarynya cerita itu.

Sebelum balik kami menempah cincin matching gambar puzzle dan carve 'Sere & Bubu'.



Thx Bu! ILY!

Mungkin di masa hadapan kita boleh buat show sama-sama macam Jozan. Mungkin boleh letak nama show kita Sebu. Eh busuk lah pulak, dah nak macam sebulu. Sebulu hidung ada la. Haha.

Wednesday, June 10, 2009

Sadis

Aku terlalu depress untuk tulis apa-apa. Tapi dah tulis apa-apa (masuk ni 2kali), jadi mungkin takde lah depress sangat. Wallahua'alam.

Monday, June 8, 2009

Pengalaman

Mula mula hari sudah pun mendung. Mungkin dah boleh sense apa yang bakal berlaku wallahua'alam. Mak cik aku pun mengaku sudah tak sedap hati katanya, nenek aku pula malam itu bermimpi ada orang menghulurkan sebuah dulang berisi tanah dan benda-benda buruk kepadanya. Aku pun mimpi... oh ehem ehem aku mimpi, tak payah cerita la.

Bangun sahaja daripada tidur, aku sudah bersiap sedia. Hari ini ialah hari istimewa, tak bukan nak menikah. Hari ini sepatutnya aku masuk MSU. Malangnya, tergendala lalu aku merancang untuk mengambil kelas memandu. Malangnya, kelihatan seperti rancangan itu pun akan tergendala. Aku pun terus mendail mak cik MSU dan mak cik driving untuk meminta excuse nak balik kampung.

Memandangkan buat julung kalinya aku menghadiri sebuah pengebumian, banyak yang aku telah pelajari. Segala-galanya yang aku saksikan begitu asing di mataku. Sebelum ini, belum pernah lagi orang yang rapat dengan aku meninggal.

Setibanya aku di rumah moyang, aku masih belum rasa apa-apa. Mayat moyang yang terbujur baring aku anggapkan sedang tidur di kotak mindaku. Satu demi satu upacara di jalankan. Baca Yasin, mandikan mayat dan sebagainya. Akhirnya, sewaktu arwah moyang dikapankan barulah aku tersentap, menyedari pemergian moyang ke alam barzakh.

Sewaktu itu mata aku sudah berair lalu dalam beberapa saat seterusnya, terus bercucur air mataku meleleh. Nasib baik sewaktu itu aku ditemani oleh Umar. Walaupun dia masih kecil dan tidak faham apa-apa, sekurang-kurangnya aku boleh lap hingus dekat baju dia.

Sebelum mayat moyang di usung ke surau, sekali lagi bagaikan pili bomba mengalir dari mata aku apabila kena cium moyang. Aku tak expect kena cium dia. Bukan apa, bila lagi sayang lagi susah nak lepas. Sebab tu aku tak suka untuk terlalu sayang kepada siapa-siapa pun. Menjadi aku yang takut kepada perasaan sendiri, ciuman terakhir aku buat moyang hanya berakhir selepas 3 saat.

Walaupun aku tidaklah begitu rapat dengan moyang, tetapi menjadi salah satu cicit yang tertua, berbanding dengan cicit-cicit lain aku dikira lebih rapat dengan arwah. Tambahan lagi waktu kecil-kecil aku sangat manja dengan moyang. Waktu itu moyang masih sihat lah juga lagi dan boleh timang-timang aku. Aku pun masih belum gemuk dan boleh mengedik-gedik duduk atas riba moyang sambil moyang ceritakan pasal zaman komunis.

Moyang pandai bercerita. Macam-macam dia cerita pasal zaman dulu-dulu. Dia kata komunis tu benci betul dengan orang Cina. Anak Cina tu dia lambung lepas tu tembak, ke bunuh pakai pisau... aku tak berapa ingat. Tapi makin aku tua, makin tak manja. Moyang pun semakin sakit, dah tak boleh manja-manja dah.

Alhamdulillah, sampai ke tua pun moyang tak nyanyuk-nyanyuk. Moyang kini berusia... sebaya dengan Tun Dr. Mahathir. Sudah tiba masa nya pun.

Semoga kubur moyang disinari cahaya. Semoga moyang ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Semoga moyang dikurniakan jannatul firdaus. Semoga kami semua sekeluarga akan di temukan kembali di syurga nanti.

InsyaAllah. Amin.

Al Fatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Semoga arwah moyang ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.

Friday, May 29, 2009

Nama Baru

Dahulu kala, sewaktu pertama kali bertemu dengan cikgu Bahasa Melayu baru, kami diarahkan berdiri kemudian menyatakan nama kami beserta dengan nama panggilan. Katanya, orang melayu ni ada yang nama Khalid tapi panggil Atan, ada nama Khadijah panggil Siti dan macam-macam lagi la. Atok aku sendiri pun bernama Shamsuddin tapi dipanggil Khalid.

Apabila tiba giliran, aku pun berdiri dan menyatakan nama dan nama panggilan aku,
"Syarah panggil Syarah".
Memang sangat bosan, tidak kreatif langsung, tona bercakap juga sangat mendatar, tidak seperti, "Shasha Syarah panggil Shasha Syarah je."

Tetapi kini, kalau ditanya semula mungkin lebih seronok didengar,
"Syarah panggil Orang-Tak-Lulus-Driving-Test".
Mengikut panggilan ayah aku terhadap aku.

Seperti atok aku yang bernama Shamsuddin, dia dipanggil Khalid atas sebab jikalau dia dipanggil Shamsuddin dia jadi demam. Mengikut penjelasan ayah aku. Wallahua'alam.

Disebalik nama aku pula, terdapat beberapa sebab mengapa aku di panggil Orang-Tak-Lulus-Driving-Test.

1. Aku terlalu lemah untuk tarik hand-break yang busuk menjadikan kereta terundur ke belakang walaupun tayar dan cantik masuk line kuning.

2. Kereta itu bunyi kuat aku tak selesa.

3. Pak cik JPJ punya muka menakutkan.

4. Orang sebelum aku pun gagal bukit.

5. Gear tu lain daripada yang selalu pakai.

6. Dah agak dah akan terkebelakang.

Dan alasan yang paling best yang dicampak kepada parents aku,

7. Mak cik selalu cakap,
"Kalau bawa kereta macam ni nanti fail la"
dan
"Awak ni start-start je saya dan bagi on the road tapi tak pandai-pandai juga. Parking bukit semua pula yang OK."
Ha, sekarang amek-amek dah pass jalan raya puas hati?

Di dalam bahasa lain,
"Mak cik tu asyik suruh practice jalan je, sibuk sangat pasal jalan sampai aa dah lupa pasal parking bukit semua. Salah mak cik tu la. Kereta tu pun macam taik, hantar pegi besi buruk lagi bagus."

Ayah: Ye lah, Orang-Tak-Lulus-Driving-Test.
-__-"

Wednesday, May 27, 2009

Picasso

Since today suppose to be my last day at school working, I've vowed not to use the internet but instead spending some quality time with my work place, the school or specifically the library and the book shop.

I have to say, despite the countless number of jobs I've done, working at school with the kids is probably the best job I've done yet. Tops from penganggur to bibik mak to tukang-jaga-library to Auntie Ina's assistant to tukang-jaga-kedai-buku (or as Fifi call it, shop assistant or better yet, stalker), eventhough all these jobs offer minimal hours and effort with a reasonable wage. On the other hand, me being a substitute teacher was more like a dirty work I have to do on behalf of the sleazy teachers.

I wasn't a big fan of kids, I used to think that they're all annoying (with an exception to my brother). Teaching was a field I've never intended to explore and did my best to stay away from it. In fact, I despise the idea so much, everyday my mum practically have to drag my ass to school and usually gave me the ultimatum of either the food-supplied-school or the food-less home with a list of chores.

But then even when I do pick the second option, she's giving me the face and continue persuading until I changed my mind. Although I actually find school a pretty good deal, it's the waking up early part that's really turning me off.

Besides the cute-but-annoying kids I have to deal with daily, it also burn my ears to hear them calling me 'Kakak'. As I always said, even my baby brother don't call me kakak, why in any world do you deserve to call me that? I know this sound petty and ultra snobbish but perhaps the fact that I'm so used to not call anyone kakak and vice-versa at the UK, it carries on until I went back here. Plus that my family never really emphasise on the use of the word 'kakak'. I can't see how calling anyone kakak shows respect, far as I concern we respect people by the way we are treating them not just by calling them kakak but still don't treat them like one.

Anyhow, I got over that matter and I get myself used to it. As for the kids, despite the fact that they are the most annoyingly annoying (wtf?) creature on earth, I'm starting to get addicted to them. They did the most spontaneous thing, although that alone is even more annoying it usually stream towards a cute-like annoying. Sooner than I know, I'm starting to adore them, I even feel like making a high-pitched-irritating-excited scream everytime I see them. To mingle with the cute kids and tease the cheeky ones and asking silly questions to the smarter ones would just flip my gloomy-oh-so-boring-and-sleepy day 360 degrees around.

Better yet, they appreciate me (and show it) in the smallest way. They make me in touch with my emotional side. The roses, the candies and the drawing really does touched my heart. It even turn out to be cute when they constantly correct the teachers when they refer me as 'Kakak Sara' rather than 'Kakak Syarah' by saying,

"Bukan Kakak Sara, Kakak Syarah laah."
Damn, that statement is so mahal you know. Haha. Even I tried not to bother correcting people who got my name wrongly although I am irritated by it.

I'll miss this one day. Until then, I'll be occupied with uni and studies (hopefully) and live a long way since my working days though I'm not sure if any of my productive jobs could actually be list down on my six-years-soon-to-come-resume. Hee.

And oh, this drawing is no Picasso but it literally made me smile after the 40-minute session in hell teaching catering the kids.


What is this but the cutest thing?
Oh wow I look so cute, its either that I'm drawing-genic or he seriously need a glasses.

Monday, May 25, 2009

Butterflies

Pertama kali aku dengar quote itu ialah sewaktu aku berborak dengan frenemy aku di MSN messenger.

Lebih kurang begini;

Syarah: y do u like edie so much?
Sana: u kno, just when i c him i got butterflies.
Syarah: huh?
Sana: u kno wen u c sumone, butterflies in ur tummy, ur palm sweat, ur heart beat faster. u neva get tht?
Syarah: no

Selama lebih kurang 3 tahun daripada detik itu, aku tak pernah faham maksudnya sehingga kini.

Kini apabila aku sudah mula perasan benda kecil-kecil yang aku alami sewaktu aku bersama dengan si dia, aku sudah memahami perasaan kawan aku itu.

Setiap kali, aku duduk disebelahnya aku rasa macam ada rama-rama dalam perut. Kadang-kadang sampai aku boleh dengar perut aku bunyi-bunyi. Tangan aku berpeluh bukan sikit-sikit, sampai aku pulang ke rumah pun masih merah-merah lagi kedua telapak tangan aku. Bukan setakat tangan sahaja, seluruh badan aku akan berpeluh setiap kali bersamanya. Jantung aku berdegup tak payah cakap la, banyak kali sangat, tak sempat nak kira.

Setiap kali aku bersamanya, aku berasa sangat gemuruh sehingga aku terlupa segala-galanya. Hinggakan aku rasa dunia ini aku yang punya, orang di kanan kiri tidak aku endahkan.

Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh kawan aku tersebut, pastilah dia 'sumone' itu.

Walaubagaimanapun, tidak seperti kawan aku tersebut, aku tidak pun menyukainya. Kadang-kadang aku cuba, tapi bila dia mula sahaja jerit "tak nampak ke kereta tu?", terus terpadam perasaan tersebut.

Dan apabila sering sahaja dimarahi begitu, mula lah hati aku terkumat-kamit geram akan mak cik, makanya aku sering tak perasan kereta kiri kanan. Mak cik pula suka torture aku dengan tidak membuka air cond dan membuatkan aku berpeluh-peluh macam kambing.

Ternyata, teori kawan aku mengenai petanda mengecam 'sumone' amatlah salah.

Saturday, May 23, 2009

Tiada Lagi Simpati

Pada mulanya, aku berasa sangat sedih bagi pihak bibik baru. Sudah la jauh dari kampung halaman, terpaksa pula hidup dengan seangkatan keluarga psycho yang tidak faham apa yang dicakapkan mahupun memahami apa yang dia cakapkan.

Dengan kesulitan kecil itu juga lah, nenek aku mula bising komplen macam-macam tentang bibik tersebut. Aku yang sangat mudah bersimpati pun tersimpati terhadap bibik tersebut.

Aku faham perasaan bibik, kerana hari-hari pun aku mengalami kesulitan yang lebih kurang macam itu. Hari hari aku terpaksa berhadapan dengan atok aku yang susah untuk aku faham apa yang dicakapkan dan nenek aku yang selalu tak faham apa yang aku cakapkan.

Namun begitu, situasi bibik berganda-ganda lah lebih teruk, aku sangka. Hinggakan apabila umi aku bertanya khabar bibik tersebut, dengan nada yang penuh kesedihan aku pun memberitahu bahawa hari-hari aku terpaksa dengar nenek aku komplen macam-macam tentangnya walaupun hakikatnya bibik tersebut rajin lagi baik.

Sebagai umi yang prihatin (dan ternampak peluang untuk menyambar bibik nenek aku), umi aku pun bertanyakan kepada pak cik aku menerusi the translator a.k.a bibik pak cik aku. Yang mengejutkan, menurutnya bibik nenek aku memberikan positive feedback dan memuji muja best kerja dekat situ.

Dengan segala sangsi, aku pun bertanya kepada umi aku sebab musabab terjadinya perkara tersebut. Dan baru juga lah aku teringat bahawasanya bibik tersebut tidak pernah memahami sepatah haram apa yang nenek aku bebelkan terhadapnya hari-hari.

Dan memandangkan Hakim juga sering panggil dia tolol sambil senyum, kemungkinan besar dia menyangka dirinya dipuji. Kini aku tidak simpati lagi terhadap bibik, malahan berharap agar aku boleh mengalami situasi tersebut sepertinya.

Jikalau bahlul bermaksud penuh dalam bahasa arab. Maka mungkin juga, tolol bermaksud lawa dalam bahasa kemboja.

Friday, May 22, 2009

Anugerah Terlampau Popular



*sorry Dena, baru perasan. thx btw. hee.

Instructions:

So here what you're going to do ;

1. Put this award in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are friendly & Inspirational.
3. Let them know about this.

Jawapan standard orang takde kawan;

1. Aku tak kenal siapa siapa lagi yang lebih friendly dan inspirational dari diri sendiri.
2. Aku sangat popular tak boleh nak letak 10 orang je.
3. Siapa siapa yang terbaca entri ini.

Tuesday, May 19, 2009

Terbisu

Biasanya hari hari aku akan bangun pagi tengahari dan memulakan hariku dengan perbalahan bersama warga di rumah atas sebab musabab ketidak jelasan komunikasi.

Bagaimana aku akan tidak memahami apa yang atok aku cakap apabila dia tidak memakai giginya. Lalu perkara yang sepatutnya mengambil 2 minit untuk di beritahu memakan masa 5 minit. Contohnya,

Atok: Syarah, cepat siap. Bawa kereta pergi Kg. Delek
Syarah: Ha?
Atok: Cepat siap. Bawa kereta pergi Kg. Delek
Syarah: Ha?
Atok: Bawak kereta pergi Kg. Delek
Syarah: Amende? Tak dengar la.

Dan berlarutan selama beberapa minit yang tidak munasabah.

Kemudian aku pusing sebelah, terlihat nenek aku. Belum habis penat atas sebab musabab menjalani perbualan dengan atok aku, aku terpaksa pula menjalani seksaan berbual dengan nenek aku. Seperti biasa perbualan itu akan berbunyi seperti sebegini,

Syarah: Mak, bagikan teh.
Mak: Nak nasik?
Syarah: -__-"

Aku rasa mak tak pernah dengar apa yang aku cakapkan, dia pakai hantam assume apa yang dia rasa aku nak cakap. Ini memang betul-betul ketidak dengaran bukannya ketidak jelasan kedengaran kerana biasanya apa yang aku cakap dengan apa yang mak dengar sangat lah jauh berbeza.

Apabila sahaja aku terasa bagaikan situasi komunikasi kami tidak boleh lagi menjadi bertambah teruk, ternyata aku salah.

Kini, bila aku pusing lagi sebelah. Aku akan cakap,

Syarah: Bibik, dah makan?
Bibik: :)

Syarah membuat bahasa isyarat.
Bibik membuat bahasa isyarat.
Wallahua'alam apa yang bibik faham dan apa yang aku faham.

Atas sebab musabab bibik baharu baru diterbangkan dari Kemboja, sepatah haram pun masih dia tidak memahami apa yang aku cakap.

Akhirnya, kami sekeluarga pun terpaksa menggunakan bahsa isyarat untuk berkomunikasi dengan bibik tersebut.

Dengan bahasa isyarat sekalipun, bibik tersebut masih tidak jelas dengan apa yang cuba kami perkatakan. Walaupun begitu, ianya sedikit sebanyak membantu juga. Mungkin kami juga boleh mempraktikkan menggunakan bahsa isyarat untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Kini aku hidup serumah dengan yang tidak-faham-apa-dicakapkan, yang tidak-dengar-apa-dicakapkan dan yang tidak-faham-apa-yang-didengar-dan-dicakapkan.

Seronok betul.

Monday, May 18, 2009

Desperation

Despite some written statement proving that I am qualified to be a stylist, I've never quite understand the purpose of that job. I mean, is it for real? You're paying someone to tell you what to wear daily? Despite the fact that I do somewhat judge people based on their appearance but by any mean, that doesn't give you a green light to appear as something you're not.

I would have to say I'm in the same page as Mrs. Becks in this matter. Regardless of that statement I've just made. I could still find some way around the corner to see this in a different light. I.e. when you're completely disconnected from the fashion world and have no other alternative but to hire a stylist, I would consider it a-ok.

An example of such situation would be the current situation of myself. As for approximately 6 weeks I was (and still am) completely disconnected to my second home. How I've missed the cool air I would breathe every time I step onto the fashion heaven browsing my eyes through the most extravagant clothes and gliding my hands against all the cottons shipped all the way from India. In desperation like this, by just stepping into a Zara store would be enough to satisfy my thirst for fashion.

Just so that I wouldn't be sue by the fashion police, I would kill to hire Rahcel Zoe. So that she'd remind me not to buy a late season heart shaped cross body but instead wait for the upcoming quilted chain handle heart shaped cross body which is also the it bag of the season.

Or not to buy a 3-way convertible Tommy Hilfiger tote when the upcoming 2-way convertible Tommy Hilfiger tote is twice as gorgeous and is on the shoulders of LC and Nicole Richie. To make things worse, just when I am given the green light to visit my long lost home, the green notes are fading away. If any, all that I could see is the mirage of those notes.

To bought everything you thought is it this season and to only see the new and improved version of the exact same bag (as if it is not heart throbbing already) on the rack by tomorrow would probably make the best tear jerking tale in the history of fashion sob story.

On the bright side, at least my eyes would have fulfill its satisfaction. While my heart is ripping and my body screaming to rock that whatever outfit I would think is cute but most probably be late season.

I probably suffer all this fashion retardation because I haven't got the chance to go shopping with my girlfriends. The circle which also influence my fashion sense next in line to the media. My closest, constant, instant fashion fix it reference.

Maybe its that I've drifted away from my family, I've forgotten how much they used to influence me. Before my social circle was my personal fashion police, there was my family. Now only have I realised how I've neglected their opinions.

So maybe we don't share the same ref but at least we're in the same genre. Most of all, I've inherited it from them. Though I'm actually not sure whether fashion obsession is linked by genetic trait but when your grandmother owns a classic everlasting oblong nude quilted Chanel bag, there's no doubt fashion is running through my blood.