Friday, July 8, 2011

Jangan Tegur

Dalam komuniti Malaysia atau lebih spesifiknya Melayu hari ini, walaupun dah konon-konon moden tapi mereka masih lagi percaya kepada perkara-perkara tahyul dan khurafat. Antaranya ialah percaya manusia boleh jadi malaikat. Err ada ke yang rasa macam tu? Jawapannya, ya ada sebab tu aku cakap macam tu.

Perasan tak, bila kita tegur orang je nanti mesti orang tu balas "kau tu bukannya baik sangat pun". Aku agak confuse di situ, aku memang tak baik sangat pun dan aku takkan jadi baik gila tanpa dosa sebab aku bukan malaikat dan aku takkan jadi malaikat. So, adakah kau bermaksud yang manusia tak boleh tegur kau? Malaikat je boleh? Kalau macam tu, sila tunggu Malaikat Izrail datang, waktu dia tegur kau tu kau boleh transfer ke alam lain.

Jawapan klise yang lagi satu kita selalu dengar ialah, "kubur lain-lain". Ye, memang kubur lain-lain sebab tu aku kena tegur kau sebab nanti Allah akan tanya aku sama ada aku tegur tak saudara seIslam, tak pernah dengar ke hadis...

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah is mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklan dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)

Tapi aku faham juga kenapa ramai orang melenting bila kena tegur. Lagi-lagi bila kena tegur perkara sensitif. Jadi, cara menegur pun perlu dititik beratkan juga. Memang la ramai orang melenting bila kena tegur sebab cara kau tegur tu macam mencabar orang. Aku sendiri pun kadang-kadang susah nak terima bila orang tegur aku.

Macam bila mak aku marah aku, nanti aku marah mak aku sebab marah aku lepas tu mak aku marah aku balik sebab aku marah dia sebab marah aku. Lepastu mak aku menangis sebab dia emo aku marah dia, lepas tu aku menangis sebab tengok mak aku menangis. Last-last bila bapa aku keluar bilik air, confuse dia tengok semua orang tengah menangis.

Jadi, waktu nak tegur orang tolong lah jaga suara. Kalau boleh jangan tinggikan suara. Gunakan suara mendatar atau lebih elok lagi suara lembut. Pasti kan niat menegur tu betul, bukan sebab kita nak sabotaj dia.

Kemudian, bila tegur tu kalau boleh cakap straight to the point. Tak payah nak berbunga-bunga sangat. Make it short and direct. Nak nya dah aku kata tegur dengan suara lembut, kau tegur dengan suara lemah gemalai, lepas tu cakap berbunga-bunga panjang berjela, kalau dapat ke bapa aku confirm dia dah tidur half way kau cakap tu.

Bila aku kata direct, maksudnya direct ye. Bukan dengan cara sinis atau sarkastik. Semua orang pun mesti lah hot kalau kau setakat nak tegur dia jangan bising je tapi kau cakap, "tahu lah mulut kau lagi besar dari Julia Roberts, tapi nak kena tunggu aku stapler mulut ke baru reti nak diam?". Aku rasa takde siapa suka kena tegur macam tu.

Dan yang paling penting sekali dalam menegur orang, pastikan korang memakai gigi palsu. Ini mungkin agak tak relevan sekarang tetapi lagi 30-40 tahun nanti bila korang dah hilang gigi baru korang faham.

Sebab waktu tu korang nak marah cucu tapi tak pakai gigi palsu, jadi dia tak faham. Jadi dia hanya mampu duduk ternganga dan cuba figure out apa yang korang cakapkan. Lepastu, korang marah lagi sebab dia ternganga. Urgh, tension.

Thursday, July 7, 2011

A Little Reminder

Of sitting on this chair and resting my weight against it. Staring on a multicolored screen that lies within my dense pupil of my round retina. My thoughts are scrambling over a million random things which focuses on nothing. Somehow, I choose to continue dancing my fingers over these tiny letters on my keyboard.

Should I publish this post, my thoughts would no longer be mine alone. Instead, for every brain cells that have worked on inventing these mere sentences which comes from the simple words of my vocabulary, I shall share my thoughts - nothing worth reading after all.

But I could have changed that. And I choose to changing it now. Little did I realize, everything that I'm doing now have been destined and written all along on the Lawh al Mahfuz.

For I am human. Mere mortals that only live to be the slave of My Lord. But I keep forgetting that. Breathing the air using these borrowed alveolus of lungs doesn't seem to be enough of a reminder for an ungrateful slave like myself. Have He not remind me to be? So He does...


Verily, We have shown him the way: [and it rests with him to prove himself] either grateful or ungrateful. [76:3]

Alas, I write this post intended to make it as a little reminder lest I (and you) stray our minds away from The Creator. With the willing of Allah, should you read this post, I hope it would bring your mind to something worthy of remembering - Thy Lord. Let this post be a short, pointless post but so long as you and I are reminded of Allah SWT, we would be rewarded for it. InshaAllah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

By (the Token of) Time

Verily Man is in loss

Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

[Qur'an:103]

Wednesday, July 6, 2011

Tolong Senyap

Aku rasa macam kebelakangan ni aku macam dah kurang bercakap sikit. Err, kenapa ya? Sebab aku tak tahu nak cakap apa kot. Gila tak kreatif jawapan. Mungkin juga sebab aku nak kurangkan dosa tak nak cakap benda merepek dah ataupun sebab aku nak lebihkan masa berfikir dari bercakap atau mungkin kerana aku duduk rumah sorang-sorang, nak cakap dengan siapa pulak kan.

Ye, sebab kalau aku tak sorang-sorang aku banyak cakap juga sebenarnya. Lagi-lagi dengan kawan rapat aku, kalau aku mula bercerita memang penuh gaya macam masuk pidato. Tambahan lagi dengan aku yang Little-Miss-Sarcastic ni, kalau bercerita tak sah kalau tak exaggerate. Contohnya, kalau aku jalan jalan kat MSU lepastu ternampak diri aku sendiri, mesti balik rumah aku cerita...

"Tadi kan waktu pergi MSU aku nampak ada satu pompuan ni hitam gile. Dah lah hitam, pastu pakai baju, tudung, skirt, kasut hitam pulak tu. Sekali pandang dah macam bayang-bayang tanpa tuannya. Dua kali pandang macam lembaga hitam pun ade gak. Kalau blackout mesti dia hilang dalam kegelapan, kesian mak bapak dia bila black out je kehilangan anak dia."

Jadi, bila difikir-fikir kan mungkin ada juga eloknya aku kurangkan bercakap ni. Almaklumlah, mengata orang memang berdosa. Lagi-lagi kalau mengata macam kat atas tu. Tolong la jangan mengata orang macam tu. Sedih tau. Tsk. Lagipun kan Rasulullah dah pesan...

"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(H.R. Abu Daud)

Memang tak elok betul perangai aku yang satu tu, moga-moga lepas ni berubah la. InsyaAllah, amin.

Tapi bila aku tak mengata orang, aku jadi tak tahu nak cakap pasal apa. Hehe. Sebab kalau setakat bercakap sebab nak break the ice je memang aku malas nak layan. Jadi, aku selalu end up senyum simpul bila orang cakap dengan aku. Lagi-lagi annoying stranger yang banyak cakap dan suka tanya soalan bodoh. Bila aku senyum tu bukan sebab aku malu ke apa ye, aku senyum sebab dalam hati aku rasa macam nak stapler mulut annoying stranger tu.

Annoying Stranger (AS): Tak makan ke?
Syarcastic Syarah (SS): Buta ke hapa? Nampak macam aku tengah makan ke? Kalau aku tengah makan pun macam mana aku nak jawab, tak belajar ke yang tak boleh bercakap waktu tengah makan? Semak betul la.

Tapi tu dalam hati la, yang sebenarnya aku hanya sekadar senyum simpul dan jawab "Errr, tak."

Ataupun kalau waktu tu aku tengah makan, nanti kena tanya lagi...

AS: Sedap?
SS: Boleh la, rasa macam taik sikit tapi terpaksa lah telan bukannya ada banyak sangat cafe kat MSU ni pun. Nak tak nak, kena la juga makan. Kalau tak makan kebulur pulak nanti.

Tapi in reality, aku hanya jawab sampai boleh la.

Nampak tak? Jadi, annoying stranger sekalian tolong la jangan tanya soalan bodoh, penat la nak jawab. Sekurang-kurang nya kalau aku malas nak jawab aku boleh lagi senyum simpul dan mengangguk atau geleng atau balas sepatah. Kalau dapat ke mak aku, lagi dia tak jawab terus. Tambahan lagi kalau waktu tu dia tengah pening.

Bukan pening "pening" ye tapi pening "Yang-I-pening-la". Macam bila bapa aku hisap rokok dalam kereta nanti mak aku akan mula la "Yang-I-pening-la". Ataupun bila bapa aku ajak pergi mandi sungai atau pergi picnic atau pergi dinner atau waktu balik kampung. Err, apa-apa je la yang bapak aku ajak nanti mesti mak aku "Yang-I-pening-la". Jadi, waktu kitorang pergi Port Dickson untuk reunion ex-Putra bapa aku, mak aku macam biasa la kan dengan "Yang-I-pening-la" dia tu.

Lepas tu bila sampai-sampai je duduk kat depan satu mak cik ni yang banyak cakap gila. Mak aku tak jawab sepatah haram pun tapi dia tak putus-putus tanya soalan. Dah mak aku tak jawab, dia pergi tanya kat aku pulak. Adoi, lemah betul. Kang aku berjangkit "Yang-I-pening-la" kang, haram apa dia tak dapat.

Kitorang pun cepat-cepat lah pergi dari situ, ambil kunci dan berkurung dalam kereta. Moral of the story, tolong la jangan kacau mak aku bila dia tengah "Yang-I-pening-la". Moral ke dua, kalau takde apa yang elok nak bercakap, lebih baik diam.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

Monday, July 4, 2011

Hari Jadi

Setahun sekali, akan tiba waktu hari di mana kita dilahirkan di muka bumi ini. Eh macam salah je ayat tu, bunyi macam kita dilahirkan setiap tahun pula. Ok, mari bina ayat semula.

Setahun sekali, akan tiba hari dimana kita meraikan hari kelahiran kita di muka bumi ini. Pada hari tersebut, baru lah kita dapat berhubung dengan rakan taulan dan kenalan yang kita hanya tegur pada hari jadi, hari raya dan hari kahwin. Pada hari tersebut barulah ada orang nak tulis dekat wall Facebook yang selama hari ini berhabuk dan bersawang.

Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Facebook sebab mengingatkan semua orang tentang hari jadi saya.

Selain meingingatkan semua orang tentang hari jadi aku, Facebook juga membolehkan rakan taulan menulis di wall aku. Jadi, bilangan orang yang nak hantar SMS atau call semakin berkurangan dalam setiap hari jadi yang mendatang.

Perkara ini memang menguntungkan semua pihak sebab tak perlu lagi membazir SMS penghantar dan penerima. Tak rasa membazir ke nak balas SMS bertulis "Tq" atau "K" atau "K, tq."?

Bila orang call lagi la membazir sebab nanti lepas orang yang menelefon tu mengucapkan selamat hari jadi dan aku hanya mampu jawab terima kasih sebab waktu kecil dahulu aku hanya belajar cakap "Please" dan "Thank you". Jadi lepas mengucapkan terima kasih aku terus terdiam dan dia pun terdiam dan suasana menjadi hening seketika dan kekok lama sebab dia expect aku cakap lagi tapi otak aku memerelukan masa yang lebih lama untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk diucapkan.

Situasi macam ni paling sering berlaku sewaktu aku bercakap telefon dengan bapak aku. Bila mana aku sudah kembali ke tanah air tetapi keluarga aku masih berada di UK. Setiap kali bapa aku menelefon aku, dia hanya mampu bertanya soalan am seperti "Dah dapat elaun?" dan aku hanya menjawab "dah" dan kemudian suasana terus menjadi hening. Dua dua pihak terdiam sebab dua dua pun sama tak reti nak berborak. Sehinggalah aku terbatuk sikit atau cakap "Hmmm" lepastu ayah terus bertanya "Apa dia?" dan aku pun jawab takde apa apa lepastu suasana kembali menjadi hening dan kami terus terdiam lagi hinggalah bontot aku lenguh atau tangan aku berpeluh baru lah aku tanya ada apa apa lagi tak dan barulah situasi kekok kuasa 3 itu berakhir.

Nasib baik la sekarang mereka dah pulang ke tanah air jadi tak perlu lah bapa aku nak call lagi dan menghadapi situasi kekok tersebut lagi. Namun begitu, aku tetap mempunyai rakan taulan dan kenalan lain di sana yang cuba menghubungi aku semula sekembalinya aku ke tanah air.

Mula-mula berhubung semula di Facebook memang rasa agak teruja sedikit sebab dapat catch up dan berborak borak sampai tak tahu nak borak apa dah sampai terpaksa cakap yang aku kena pergi dulu semata-mata nak tamatkan perbualan tetapi lebih pelik sebab cakap je nak kena pergi tapi masih online lagi.

Kemudian, bila nak berborak lagi aku memang dah kekeringan idea nak cakap tentang apa tapi dia tak putus asa asyik tegur aku je sampai akhirnya aku terpaksa appear offline dekat mereka. Nasib baik mereka tak faham Bahasa Melayu jadi boleh lah luahkan perasaan di sini.

Tetapi sekali sekala kena juga lah merajinkan diri melayan mereka. Kalau hari kahwin tu orang panggil raja sehari, hari jadi ni macam artis sehari. Tak kisahlah siapa pun yang menegur dan nak berborak kita kena lah layan juga. Tambahan lagi untuk orang yang sudah meningkat usia menjadi 20 tahun, mungkin dia patut belajar untuk berborak dengan orang supaya tak jadi social outcast sangat dah.

Tak sangka, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Berusia 20 tahun bererti aku bukan lagi remaja belasan tahun. Aku sudah menjadi dewasa dan penantian aku sejak kecil yang teringin nak jadi dewasa sudah tamat. Aku memang tak sabar menunggu detik ini sebab bapak aku selalu cakap bila dah besar nanti aku jadi putih. Malangnya tak pun. Tsk.

Sama ada aku ditipu bapa aku lagi atau dia ingatkan anak dia ni anak itik yang kecil-kecil ugly duckling dah besar boleh jadi beautiful swan. T_T

Wednesday, June 29, 2011

The Ugly Truth

I used to get hate mails from my haters referring to me as 'Ugly Syarah'. It used to make me sad but I get over it. Come to think of it, it's pretty catchy. Kinda like Ugly Betty. Only better. If Ugly Betty were to make a Malay version of the soap, they should name it Ugly Syarah. Then I would have to star in it.

Then, when I won ABPBH award, I could thanks my haters for coming up with such a catchy name. Though I don't think that's what they intended to do. If I read the whole hate message, it sounded more like an attempt to insult me. But why insult using a fact? Its like calling a fat person fat. Its not an insult. Its just fact. Like Fat Joe and Big Momma. They wouldn't call themselves fat if they think of it as an insult. Or calling a thin person skinny. Like Twiggy. Its not an insult. Its more of a trade mark and its definitely catchy too.

I am not living in denial. I know how I look like and its anything but pretty. I look in the mirror everyday. Sometimes I'd say things like "OMG! I'm so pretty!" to my reflection but only to entertain myself because then I'll get to laugh uproariously. Its a good kick start to my day.

Sure, all you nice people who are reading this would probably say things like 'beauty is subjective' or 'beauty is in the eye of the beholder'. Well, that is true but most of us have pretty much the same idea of how pretty should look like. I.e.





If I say that the first picture is ugly and the 2nd picture is pretty, I'm sure most people would agree with me. Unless that beholder's pair of eyes are terribly damaged. See? We do have general guideline of what beautiful is.

Why are girls constantly pressured to be pretty or think that they're pretty? From magazines to media and parents and just about everything. There's even a song trying to convince people that they're pretty. Yup, I'm talking about that song 'Who Says' by Selena Gomez. What is the message of that song? Is she trying to convince everyone that they're perfect? Because they're not. No one is.

Its like telling a cat that its a dog. No matter how much you taught it to bark and do other doggie stuff with it, it'll never turn into a dog. The cat could believe that its a dog. But by the end of the day it still is a cat.

Thinking and believing that you're pretty couldn't change any feature of your face. Plus, what's so bad about being ugly? Worse things could happen to you. Like being handicapped or disabled or mentally retarded. Being ugly doesn't make you an inferior human being. You are capable of doing things like pretty people too, maybe you can even do it better. If you still think that being ugly is unfortunate, then I'll tell you some advantages of being ugly.

First of all, being ugly means that you are not distracting people with your beauty. Have you seen pretty people who would just turn out pretty no matter what they wear? Its like their effort of dressing up is worthless. Then they couldn't be models because people would just stare at their faces instead of the clothes. Hooray for ugly people! Yay me!

The next best thing about being ugly is that I don't have to be nice to people. When you're pretty and you start making attitude to the people who are nice to you people would instantly label you sombong. As for ugly people, it would be okay if they don't treat them nicely. People just don't care because they're ugly.

Being pretty is like giving everyone the license to stare at you. If you're pretty, you can't be mad when people are looking at you. Because everyone like to look at pretty people. Old people, young people, girls, boys, babies, cats - everyone like looking at pretty people. But if you're ugly and people start looking at you, you could just give them the what-are-you-looking-at? stare and they would instantly look away. Isn't that nice? I did that all the time. If I'm pretty I wouldn't be able to do that.

See, being ugly is fun too. :D

Ugly people might not have a beautiful face. But if you beautify your mind and heart, then you would get something better....a beautiful soul.

Tuesday, June 28, 2011

On Boyfriends

Whenever I met a relative or an old friend or a phone call from an acquaintance whom I can hardly recall their name they would always ask the same question, "Dah ada boyfriend?" or "Hows your boyfriend?" or "Tell me about your love life". Which would be replied with a "Mana ada" and "Takde boyfriend pun" and "Non-existent", every single time.

So why bother asking? I bet you know what the answer is gonna be. Its like meeting someone and saying "My Lord, you've grown so much!" its just another way of saying "I'm so glad someone else is fatter than me". Well I don't get that a lot but I do say that a lot and it never fail to make me relieved every time. So instead of asking such questions why don't you just jump on the main point and say "I know you're a loser with no boyfriend so let me tell you about mine." Then I could just save my voice for something better.

Though maybe a minority of my friends who ask such questions really do meant what they are saying and is sincerely interested to know about it. But why? Hmmm. Well, if you're one of those who are sincerely interested to know why. Here I'll tell you.

Well, in the first place how should I get a boyfriend? Do guys kneel and present you a ring and ask if you would like to be his girlfriend? Or do they get their family to come over to your house and merisik you to become their girlfriend? Is that how it works? No? Do you read this sentence with your eyes rolling wondering how I turned so dumb? If that so, lets just skip this.

Say one day I do get a boyfriend which falls from the sky (really? the sky? what is he? an alien? never mind). What should I do with him? I mean, what should we talk about? I heard people saying that a good boyfriend is one who can act both as a boyfriend and a bestfriend. So maybe I should treat him like one of my bestfriend. We always talk about other girls or talk about her boyfriend and of course fashion.

Though I don't want to talk to him about some godforsaken girl who he doesn't know or I couldn't ask him how his boyfriend is doing. I guess I'm left with fashion. I'm always enthusiastic and excited everytime I find a great fashion find. I could talk about it for hours. Great. This could work. I could text him something like this....

"OMG! I just bought the most breathtakingly beautiful fishtail top from Forever 21!"

Would he be psyched about that? Hmm I'd probably just get a reply like this...

"What are you doing with fishtail? Why are you saying you're 21. You're not. Honey, I think you're delusional. We should break up."

Oh, that would be bad. I wouldn't wanna break up that early, it'll leave a bad impression on my love history. So if he doesn't speak fashion maybe I should start speaking his language. Like football. Yeah. Football is good. I know a thing or two about football. I know a lot of football players. I even know their wives. Footballers are really hot.

"Sayang, are you watching football now? Its MU playing. Christiano Ronaldo is so hot!"

Then he'd reply,

"I know, I feel like ripping his shirt off."

Or not. Because if he does then it'd just be awkward or I'll find out that he's actually gay. Then people would write up my first love story on Mastika. Sigh. I wouldn't want that to happen. Well, if we don't have any common interest, what else should we talk about? I heard some couples text each other by the end of the day and tell them how their day went. Its the same concept of having a diary. Just that this would cost a lot more than a thick scented book.

Well, what if my days are boring? I don't wanna bore him. Plus, I never had a diary, I never know what to write in them. I envied my sister who does have one. Her days seem so interesting and memorable. So I did get a diary once because it have cute snoopy sketch at every page but I never write anything in it except for a couple of page worth of a huge writing saying "I HATE ****" which I probably wrote when I was pissed at her.

So should I do the same with my boyfriend? Should I text him in caps lock whenever I'm mad at someone or should I just call him and scream it out loud? Well, that doesn't sound so romantic. I don't think anyone would like that. This is getting so hard. I don't know what to do with my boyfriend. It couldn't get any worse.

Or it could. You know some couples even text their spouse all day long? I literally mean it. All day long. All. Day. Long. While they are driving and walking and breathing and eating. What do they text anyway?

"Sayang, what are you doing?
"I'm eating."
"What are you eating?"
"Food."
"Cool. So what are you doing now?"
"I'm chewing."

Well, that could probably lead to an endless texts of pointless conversations but it wouldn't be a very fun activity for me to be doing with my boyfriend. Sigh. I should just give up. I suck at being a girlfriend.

I don't think I'll ever get a boyfriend. Wait, I shouldn't say that. So I'm taking it back or maybe I should just hit the backspace key now. Either way, you get my point. My apologies. I shouldn't say never. Because we never know what might happen in the future.

However, if howsoever I did get a boyfriend and whosoever that is unfortunate enough to be my significant other would have to be a very patient man. BIG TIME.

Monday, June 27, 2011

Islamic Schools

Do you know how the education system in Malaysia works? Well, if you don't its pretty simple. Basically, there's primary school for children up to 12 years old and then there is secondary school until they reach 17 years old. There is also an optional sixth form for those who wouldn't mind being tormented in school a little longer. That's it. The end. Full stop. You get all the education you need and then its up to you to do whatever you wish.

But wait, where is the slot for Islamic school? Isn't the majority of Malaysians are Muslims?

The answer for that question is a yes but don't you know that Islamic education isn't all that important compared to academic education? Well that is, until your sweet little child turn out to be a nightmare. Only then they would consider sending them to Islamic schools.

Somehow, parents just have a somewhat wild fantasy that once they send their mischievous child to an Islamic school, they would magically turn out to be an angel by the time they pick them up. I wonder, do they think that these schools perform magic? Because I have no idea what makes them think so. I see no magician guy in an Islamic school. Guy with a black cape. No. Guy with a tall black hat. Nope. Guy with a fold able black cane. Nada. Guy with tall black hat taking out a rabbit from his hat. Definitely no sight of that.

Well maybe these parents are just being optimistic. When they see how wonderful the teachers are, they just assume that they could read some spells and magically turn their children into little angels. Well if that really works then maybe we could just send criminals to school. By the time they serve their time they would be angels. So we wouldn't have to put them on parole or worry that they might perform another crime.

Just imagine how much we could save by sending them to school instead of prison. No more subsidy for orange jumpsuits. Say one orange jumpsuit costs RM20. A thousand prisoner would cost the government RM20000. That is just one prison. For another four prisons that would sum up a total cost of RM100,000. Heck, that's a lot of money!

So why don't the government implement this great idea of mine? Do they not believe in magic? Or at least they don't think that Islamic schools can perform magic. Or maybe because I haven't told them so about this. Sigh. Never mind.

In the end, when the magic does work and their child is finally changing for the better, they would simply take them out of the school. In a split second, just like that. Ding! That's another magic for ya. One minute you're in and the next you're out.

So when they start growing up and actually hits puberty they no longer have a spiritual education to guide their morale. But instead they were only thought about basic Islamic stuff when they were child and left hanging without a guidance once they become teenager. While teenage years are actually the most vulnerable period of your life. A good child doesn't always stay good neither is a naughty child would remain naughty until their adulthood. But a problematic teenager might turn into a troubled adult if they are not guided properly.

Moreover, do your really think that children would remember everything they learn when they were young? Ask yourself, do you remember everything you learn in primary school? Can you answer me if I ask you, "What is an anthropoid?" I guess not. Or even if you do, most of us don't. If you don't believe me you should start watching "Are you smarter than a fifth grader?".

In the end, we would be growing a generation of confused teenagers who are not sure of their identity. Their role in this world as khalifah of Allah are not known let alone performing it. Sure, they could probably learn some Islamic stuff when they gain the concern to learn more about it. But only when they are mature enough to figure that. What if they don't? Whats worse is what if they die before they got the chance to learn all that.

Then, when you die what would you answer in front of Allah when He asks if you have educate your children about Islam?

Tuesday, March 29, 2011

The S in Slow

Menjadi seorang yang berhati busuk yang suka mencari kesalahan orang dan express dalam cara yang paling sarcastic, aku selalu end up menggelakkan sesuatu yang aku rasa bodoh tapi in the end actually sebenarnya aku yang bodoh. Make sense tak?

Ok dah, kalau ikut logik aku untuk explain benda ni kat korang, confirm takde siapa faham punya.
Jadi aku bagi contoh je la, senang sikit nak faham kan.

Contoh #1

Sewaktu di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah, kami lalu sepanjang jalan raya, jalan highway dan jalan kampung. Yang paling menarik sekali ialah sewaktu lalu jalan kampung. Mesti aku tertanya-tanya macam mana kehidupan orang di kampung dan macam-macam lagi soalan yang aku tertanya-tanya. Hinggalah ternampak satu signboard tertulis:

"TEMPAT MEMANCING UDANG HIDUP"

Terus aku tergelak dan membuat muka menyindir sambil angkat kening tinggi sebelah macam Ziana Zain. Macam "Haha, WTF? Udang HIDUP?"

Aku pun terus tergelak sambil tanya kepada ibu bapa:

"DUUHH, mestilah udang tu hidup, siapa nak pancing udang mati?"

Like derr -__-" dengan gaya muka disgusted.

Terus ibu bapa aku tergelak terbahak-bahak. Aku pun join gelak sekali sebab bangga spot sesuatu yang menggelikan hati semua orang. Tapi diaorang gelak macam terlebih lama pulak. Aku dah mula suspens, biar betul diaorang ni, tahu lah lawak tapi tak payah lah gelak lama sangat, kena sampuk hape. Lagi lama diaorang gelak, aku dah mula syak sesuatu, diaorang gelakkan signboard atau gelakkan aku ni. Lepas tu mak aku pun cakap:

"Orang panggil udang tu, udang hidup faham tak?"

Aku pun tergaru kepala dan bertanya lagi "Macam sejenis spesis ke?"

Diaorang sambung gelak lagi. Cis, confirm aku yang digelakkan ni.

Nasib baik lah aku termalu dengan keluarga sendiri je. Buatnya aku naik kereta dengan kawan-kawan dan mempamerkan kebodohan yang sama, tak ke malu tu. Elok-elok nak gelakkan orang, aku yang kena gelak. Ok dah, jadikan ini teladan.

Tapi nampaknya aku tak belajar apa-apa pun dari teladan tu. Dalam contoh #2, aku sibuk buat muka disgusted lepas habis tengok cerita Sucker Punch. Dalam hati macam "ewwww, confirm aku kena gelak sebab tengok cerita ni"

Aku pun menjaja dekat semua orang yang betapa serabut dan bersepah macam haramnya cerita tu dan jangan lah pegi tengok. Nasib baik tak sempat nak tulis reviu tentang cerita tu dekat blog sebab baru terbaca dekat status orang and blog orang tentang betapa best gilanya cerita tu sampai Shea bagi 5 out of 5. Ni menunjukkan ada sama aku sangat lembab sampai tak faham jalan cerita movie tu ataupun taste aku dalam tayangan filem sangat lah hebat sampai movie bertaraf 5 bintang pun tak dapat impress aku.

Ok confirm jawapan dia yang first tu.

Jadi kalau aku tulis entri pasal cara untuk heal penyakit ialah dengan makan madu, sekarang baru aku tahu yang kalau nak lebih berkesan lagi boleh campur dengan cuka ataupun ACV (Apple Cider Vinegar).

Mengikut Miss Google (aku tidak memberi jantina kepada Google dengan memanggilnya 'Miss Google' tapi literally ada seorang pekerja di spa yang aku jumpa tadi menggelar dirinya Miss Google) cuka juga salah satu amalan pemakanan Nabi Muhammad SAW. Untuk maklumat lebih lanjut sila Google sendiri.

Tuesday, March 22, 2011

Sakit Tekak

Seperti yang tajuk suggest, agak sakit tekak beberapa hari ni. Tapi belum tahap suara rocker lagi, setakat tahap nak telan air luiq terseksa gitu. Jadi bila tidur air liur terpaksa ikut highway exit keluar mulut kalau tak terseksa la menelan air liur basi sebaldi tu sewaktu tidur.

Bak kata orang, prevention is better than cure. Jadi, sebelum kita nak minum ubat batuk cap ibu dan anak atau cap kaki tiga mari kita analisa penyebab sakit tekak supaya boleh dieelak di kemudian hari.

Salah satu sebab kenapa tekak sakit ialah mungkin kerana ianya kering. Peneybab kekeringan tekak ialah sebab banyak bercakap?

Hmm...Mari kita imbas kembali, aktiviti bercakap dengan siapa beberapa hari ini.

Aktiviti 1:

Bercakap dengan atok.
Atok: Syarah...
Aku: Huh??
Atok: Syarah....
Aku: HUHHH??
Atok: Syarah....
Aku: HUHHH?? Ape dia????

Entah apa yang atok cakap sempat dengar sampai situ je. Lepastu bila atok nak sambung, giginya nak terkeluar dah. Jadi, baru nak sampai first point dah kena huh tiga kali. Penat aih cakap dengan atok ni.

Aktiviti 2:

Bercakap dengan mak (nenek)
Aku: Mak....
Mak: Huh
Aku: Mak...
Mak: HUHH??
Aku: Mak....
Mak: HUHHHH?? ****MAK??

Hehe, ok tu tipu semata-mata tapi situasi dia lebih kurang begitulah. Memang terasa macam karma menimpa diri semula. Walaupun aku cakap gigi tak terkeluar mak tetap tak faham-faham jugak. Haish.

Akhirnya kurang sudah aktiviti bercakap dengan mak dan atok apabila kami bertolak ke Kuantan. Di dalam kereta...

Aktiviti 3:

Bercakap dengan umi dan ayah di dalam kereta estima diesel yang bunyi macam naik lori.
Umi: bla bla bla...
Ayah: bla bla bla...
Aku: HUHHH?? APA DIA???

Ok diorang tak cakap dengan aku pun tapi nak buat-buat HUUHH sebab nak diaorang cakap kuat sikit boleh curi dengar sekali. Tetapi malangnya dengan bunyi kereta seperti naik kapal terbang karat (ceh padahal tak pernah naik pun Air Asia) memang hajat nak mendengar tak tercapai la.

Sekarang punca sakit tekak telah dianalisa. Malangnya, takde apa yang boleh dieelak. Takkan nak elak cakap dengan mak bapak pulak kan?

Jadi sekarang mari kita cari penawar sakit tekak selain cap kaki tiga dan cap ibu dan anak....
Mana lagi penyembuh semulajadi yang percuma? Tak payah nak ikut petua sangat eh. Bukan nye petua tu tak betul tapi entah-entah petua tu betul zaman mereka je. Almaklumlah kalau dulu petua mandi dari takungan air hujan malam Jumaat, sekrang air hujan malam Jumaat ke Ahad ke semua dah jadi asid. Tak pasal-pasal jadi mutan pulak lepas amalkan petua tu.

Jadi ambillah dari source yang paling di trusted....

Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (maksud Al-Quran Surah Al-Isra’, ayat 82)

Makanya mengikut al-Quran, penawar bagi kebanyakan penyakit termasuklah sakit tekak ialah...

Firman Allah dalam Surah An-Nahli ayat 68-69 bermaksud:-

“Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”

Madu. Tetapi kalau anda tetap begedil eh berdegil macam aku tak nak jugak minum madu, maka tanggung lah sakit tekak yang berlarutan. Lepastu bila tidur mulut ternganga lagi lah kering mulut tu jadi. Air liur terkeluar sampai lencun bantal lepastu rasa macam nak basuh sarung bantal tapi bila dah start blogging terus jadi malas. Hehehe. Jadi, kepada kaum kerabat keluarga yang baca entri ni boleh la tolong basuhkan sarung bantal. Wahahahha.

Sunday, March 20, 2011

Teruja

Akhirnya selepas berhempas pulas melawan nafsu untuk tidak meng-update blog supaya nampak macam berhempas pulas study untuk final exam, sekarang nafsu sudah tidak perlu dikawal-kawal lagi dan boleh lah kita meng-update blog yang telah sekian lama ditinggal-tinggal.

Jadi kalau aku banyak merapu dalam entri kali ini silalah maafkan. Almaklumlah, benda yang dah lama ditinggal, bila jumpa balik mesti excited terlebih kan.

Contohnya macam atok aku, lepas dah berabad-abad lamanya tak naik basikal, bila reunite dengan basikal mesti lah excited terlebih kan. Kayuh pun laju-laju, selagi ada kereta yang mendahului selagi tu beliau meningkatkan kelajuan. Akhirnya, sikap teruja tu membawa padah. Kan dah terjatuh dari basikal. Alhamdulillah ada dua penduduk prihatin yang nak menolong atok.

Lepastu dah teruja la pula sebab ada orang dah tolong. Terus atok hadiahkan pokok bunga kat rumah yang membawa kepada kemarahan isterinya. Daripada situasi ini kita dapat pelajari bahawa sikap keterujaan yang melampau membawa padah.

Walaupun begitu, sebagai Melayu mudah lupa, kita semua mudah lah lupa apa yang telah diajarkan kepada kita.

Jadi, insiden yang lebih kurang sama telah berulang semalam.

Oleh sebab umi yang ter-over excited lepas jumpa kawan-kawan lama di kenduri, dan lalu jalan-jalan lama yang mengembalikan nostalgia nya, umi terus lah bercerita dengan penuh semangat dan keterujaan.

Dalam kereta baru balik dari kenduri nak balik Klang, umi pun bercerita...

"Eh, seronoknya lalu sebelah pantai-pantai ni"

Aku dan ayah hanya mengiakan.

"Dulu-dulu waktu nak balik JB lalu jalan ni la...seronok je..."

Aku dan ayah mengiakan lagi. Umi terus sembung bercakap...

"Ha SMK Rompin..."

Semua masih mengiakan lagi....

"EH KENAPA KITA KAT ROMPIN?"

Kali ni, keterujaan telah membawa 70km padah salah jalan. Walaupun kita masih lagi Melayu, confirm lepas ni tak boleh lupa dah.

Monday, February 28, 2011

Affifah Hanie Azlan


Kena juga tulis entri pasal bestfriend sorang ni sebab pertama kali-kalinya takde dengan dia nak bagi hadiah ke peluk cium ke hape untuk birthday dia. Ingat nak buat entri malam tadi tapi terlalu sibuk dengan nak study last minute untuk presentation la, labtest la, quiz la yang lepastu cancel rasa macam nak mengamuk je, penat-penat tension mengerutkan muka, tidur tak lena malam tu. Tapi tidur tak lena pun bangun lambat juga, takpe janji sampai ke kelas kan kan kan. Ok dah, tajuk nama lain, cerita pasal benda lain.

Affifah Hanie Azlan merupakan seorang perempuan yang meningkat usia 20 tahun hari ni. Jadi mari kita sama-sama mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau, sebab semalam dapat wish dekat facebook je rasa macam fake friend gila yang ingat kawan waktu birthday je.

Beliau merupakan seorang yang tersangat fofular sebab bila wish kat FB terus wish tu hilang senyap-senyap ditolak oleh wishes kawan-kawan, scandals, KnKs, FWBs, exboyfriends, bekas madus and wannabes dia.

Oh well, hello siapa tak nak wish Paris Hilton versi Melayu yang suka pakai eye shadow warna biru, bedak glitter-glitter lepastu pandai masak spaghetti dan pandai jaga suami, disayangi mak mertua dan multi-talented boleh buat kad, kotak hati dan macam-macam lagi?

Kotak hati dan lain-lain hasil kerja tangan Affifah Hanie Azlan:




We're basically different version of the same person, thats why time and distance can't separate us. To my Blair when I'm Serena, to my Ashley when I'm Mary-Kate, to my Dearest Bestfriend, sila balik cepat supaya aku boleh jumpa depan-depan, cakap Happy Birthday, I Love you mucho mucho! Muah muah! dan bagi prezzie yang tak dibeli lagi. Hee. xx

Monday, February 21, 2011

Hari Shafinah

Walaupun kecil molek orangnya tapi percaya atau tak hari ni beliau telah berusia 20 tahun. Ye, dah tua, dah boleh tunang tapi perangai dia masih macam 12 tahun, suara dia masih macam 2 tahun. :p

Nak tahu apa rahsia Shafinah awet muda?

1 - Jangan buat benda-benda tak elok. Macam awek sorang ni yang sangat innocent. Kalau agak-agak nak cakap benda PG, silakanlah...sebab dia tak kan faham pun x)

2 - Always find the best in people. Kalau ada orang yang tersangat buruk pun, dia mesti boleh cari sesuatu yang cantik kat orang tu, lepastu puji. Kalau aku pulak, nampak semua orang pun mesti ada je bahan nak kata. Hehehe.

3 - Forget reserving, be expressive. Tak kira la apa situasi pun, dia ni mesti akan meluahkan perasaan dengan penuh perasaan. Benda kecik macam mana pun, dia mesti isu kan benda tu. Tak kisah lah, yang penting jangan simpan benda macam tu dalam hati, kecik macam mana pun bagitau. Simpan-simpan lama-lama jadi busuk hati tu. Sebab tu Fina ni sentiasa wangi je (selain dari sebab dia suka pakai perfume perisa Apple).

4 - Luangkan masa dengan kawan-kawan. Dia ni mesti keep update dengan dia punya kawan-kawan dan mainly ehem ehem. Bukan setakat call dan jumpa je, tapi bila dah jumpa pun nak chat kat facebook lagi. Nanti tiba-tiba dia cakap sesuatu kat kita lepastu dia post kat wall lagi. Lepastu aku cakap kat dia lepastu post kat wall lagi. Gunakan lah teknologi dengan sepenuhnya. Hee.

5 - Selalu senyum dan ketawa. Kalau korang takde sebab nak ketawa pun, dengar suara dia dah bole buat korang ketawa. Kalau nak ketawa dengan lebih kuat lagi, pegang je mana-mana bahagian badan dia. Dia ni terlebih receptor sikit, pegang sikit je dah geli gila. Nasib lah dapat bestfriend yang suka pegang orang, memang jerit memanjang je lah dia ni :p

Dah tak payah nak makan jamu-jamu ke hapa, semua ni memang dah terbukti berkesan, kalau tak percaya boleh call dia dan dengar sendiri suara dia. Tu pun kalau korang percaya la tu suara dia.

Sekian, renung-renungkan lah dan selamat beramal ;p

Saturday, February 19, 2011

Project Humiliation

Bila konon-konon malam tu tak boleh tidur sebab resah gelisah memikirkan apa yang bakal terjadi esok lepastu bila tertidur terus balas dendam tidur lama-lama sampai dah pukul 7 setengah ingatkan baru 6 setengah. Lepastu bila kawan call baru nak bangun, tengok tu kawan lagi semangat nak tengok aku catwalk dari diri sendiri.

Setibanya di sana, sama-sama lah kita resah gelisah segala peluh keluar, eh apa ni belum pape hal lagi dah berpeluh-peluh. Ok dah, tarik nafas, calm kan, pandang atas, tutp mata, orang nak make up kan. Setelah bertepek-tepek make up ditepek. Semua orang pun tengok aku dan aku pun terkembang hidung seketika. Seketika je sebab lepas tu bila pergi toilet je terus terbeliak bijik mata tengok diri sendiri. Ok dah, pasrah dan redha dengan muka sendiri. terbukti memang muka tak lawa dah kena tepek setebal buku anatomi pun tetap tak cantik lagi. T_T

Akhirnya moment of truth dah tiba, redah lah penonton dengan muka ala-ala badut pakai corset. Disebabkan konon-konon malu jalan la cepat-cepat. Dah macam kartun la pulak. Lepastu bila tiba masa kena jawab soalan lagi la jawab laju-laju. Tengok video diri sendiri jawab soalan memang confirm kartun.

Kartun pun lantak lah. Yang penting semua dah selesai. Tidak berjaya memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Syukur alhamdulillah. Phew.

Kemudian kami contestants pun bergedik-gedik backstage sambil ambil gambar-gambar photogedik. Posing-posing, tengah syok buat gaya supermodel wannabe sampai tiba-tiba...

Tup.

Alamak dah terpijak kaki contestant lain la pula. Haaa, bukan pijak biasa-biasa je tapi sampai darah la pulak. Ok, cover malu dengan minta maaf banyak-banyak.

Ternyata aku berupaya untuk find a way memalukan diri sendiri dalam apa jua situasi. -__-"

Wednesday, February 16, 2011

Confession of a BB-er

Ada apa dengan BlackBerry? Kenapa semua orang tergila-gila sangat nak pakai BB? Kenapa BB tu best sangat? Kenapa bangga sangat pakai BB? Kenapa orang yang pakai BB cakap diaorang pakai BB bukan pakai phone? Kenapa sanggup pinjam BB kakak semata-mata nak update status FB? Kenapa pemilik BB semua cantik-cantik? Eh tak tak...

Bukan semua la, pemilik BB yang ni je. Hee.

Kalau nak tahu boleh baca entri ni.

Entri tersebut menyenaraikan segala jadah yang ada pada BB yang membuat kan penggunanya bangga terkembang bontot memakainya. Aku sendiri pun sibuk gila nak BlackBerry sebab tengok Blair Waldorf pakai BB walaupun aku tak tahu pun sebenarnya apa yang best sangat BB ni. Yang penting it's a very in thing dan the BB-iPhone phenomena has taken over the world by storm. Suddenly Nokia tu pun cokia, BB je yang worth untuk dipegang dan diangkat dan dicakap.

Selama hari ini aku bangga la juga menggunakan BB walaupun banyak sangat benda yang aku sakit hati dengan BB ni tapi aku tak nak cakap sebab nanti orang lain kebas phone aku.

Aku bukannya setakat nak meluahkan kebencian terhadap BB sahaja malahan aku akan tulis sekali sebab musabab kenapa korang patut beli public phone je instead of BB....

First of all as you can see, BB ni besar gabak. Aku rasa public phone lagi kecik kot. Ok tipu, tapi main point is BB tu besar gila sampai purse aku yang besar pun tak muat nak sumbat BB.

Ceritanya begini, bila aku nak ganti purse aku dengan purse besar yang boleh memuatkan kedua-dua phone aku jadi kalau nak keluar sekejap tak payah pegang banyak-banyak barang kat tangan yang halus ni, boleh bawa purse je. Tapi sekarang bila pakai BB kena bawa purse besar dan BB yang besar gabak tu dengan casing dia lagi. Lepastu aku rasa macam banyak sangat barang jadi baik bawak beg terus yang besar gabak ala-ala beg datin wannabe. Jadi sekarang kalau nak pergi kedai runcit pun nak kena bawa beg pastu kena tegur overdress la ape jadah. T_T

Second of all, BB telan duit mengalahkan public phone. Kalau dibiarkan kredit tak dipakai tiba-tiba je kredit tu hilang. Sekejap *122# baki anda RM10 lepastu *122# tinggal RM8 lepastu *122# lagi tinggal RM2 lepatu terus *&^%$#@!

Sekurang-kurangnya bila kita pakai public phone dan bengke sebab cepat sangat telan duit kita boleh tendang public phone tu ataupun bakar ataupun vandalise menggunakan berbagai imaginasi tapi kalau kita bengang dengan BB tu nak baling pun sayang sebab beli mahal-mahal nak vandalise pun tak boleh sebab bukan barang awam, nak tendang lagi lah tak puas sebab kecik sangat. Grrrr.

Akhirnya, kalau kita pakai BB dan ambil gambar cuba lihat macam mana rupa gambar tu. BB lain aku tak pasti tapi BB curve aku gambarnya buruk lagi menyakitkan mata dan bila silent kan BB sebab dalam kelas lepastu mengantuk dalam kelas nak ambil gambar lecturer hensem curi-curi nak tunjuk kat kawan lepas habis kelas tak tercapai sebab walaupun dah silent tapi bila click snap button tetap bunyi click jugak.

Tapi aku tetap nak pakai BB jugak.

Tuesday, February 15, 2011

Iklan

Dalam mencapai impian untuk mengubah diri sendiri daripada anak dara pemalas menghabiskan duit mak bapak kepada anak dara tak malas sangat dah tapi masih emnghabiskan duit mak bapak secara tak langsung, kita kena lah mengorak langkah perlahan-lahan dengan mangambil langkah bijak untuk mendapat side income seperti dengan menjalankan sebuah blog shop.

Walaupun terpaksa memerah air mata nak kejut ayah bangun tidur bila dia berdegil tak nak bangun dan hantar ke GM Mall, semuanya berbaloi (lah kot) walaupun tak sangat sebenarnya sebab tak beli apa sangat pun di sana.

Apa-apa pun, the main point is, sekarang aku dah membuat sebuah blog shop menjual pakaian-pakaian comel dalam usaha untuk menjana pendapatan sendiri.

Jadi kalau tak nak tengok Malaysia banjir air mata Syarah, sila lah rajin-rajin kan diri ke blog ini.

Sunday, February 13, 2011

Pencapub

Tajuk entri ini derive daripada the word mencapub ataupun kalau guna Google translate mungkin dia akan terjemahkan dalam English jadi Paris Hilton. In case korang tak tahu, mencapub bermaksud mencari publisiti. Fahamkan bagaimana ayat itu boleh boleh dipendekkan sebegitu sekali? Aku tak pasti samada mencapub mempunyai sama maksud dengan mencapap atau tak, tapi secara logiknya tidak sebab mencapap macam bunyi mencari karipap. Hmmm.

Dalam dunia blogging ini ataupun dunia secara amnya, kalau kita tak boleh famous melalui bakat sendiri, kita boleh famous melalui publisiti. Bak kata orang, "every publicity is good publicity". Jadi untuk orang yang kurang berbakat menulis seperti aku, publisiti amatlah penting untuk tarik readers.

Seperti yang aku telah include kan dalam entri ini, berikut merupakan salah satu cara untuk meraih publisiti dan menaikkan traffic blog anda. Tapi itu Hanis Zalikha punya version. Sekarang aku pula hendak tulis tips untuk menjadi blogger masyhur (ceh macam layak je).

Pertama sekali, sebagai blogger kita kena lah selalu singgah blog orang dan rajinkan diri baca blog mereka. Lebih baik jika kita follow dan komen. Tapi komen bukan sebarang komen, amat lah penting untuk kita komen yang bodek orang kaw-kaw punya. Contohnya boleh baca komen dalam entri ini dan tulis the exact opposite.

Better yet, kita juga boleh buat entri pasal blogger tu terus, lagi-lagi kalau blogger tu famous sebab nanti confirm dia akan feature entri tu kat blog dia punya. Dalam entri tersebut korang boleh lah tulis tulisan memuja dan batak gila yang korang sangat desperate nak jadi macam diaorang. Sebab sebenarnya memang korang desperate nak jadi macam diaorang pun kan. Contohnya dalam entri ni.

Kalau tak cukup lagi, lepas tulis entri pasal dia korang boleh lah set appointment untuk jumpa dengan diaorang pulak. Sebab nanti confirm diaorang akan tulis entri pasal jumpa korang pulak kan. Bila jumpa kena lah buat-buat batak macam jumpa artis dan lepastu boleh lah tayang kat satu dunia yang kau jumpa diaorang sambil letak gambar-gambar bersama dan pose batak kau tu yang nampak sangat out of place daripada blogger-blogger lain tu. Contohnya macam entri ni.

Untuk menaikkan lagi traffic, rajin-rajin juga lah tulis entri tentang isu semasa walaupun korang cetek ilmu macam mana pun tentang isu tersebut. Sebab nanti orang search keyword pasal perkara tu mungkin akan terjumpa blog korang. Kalau sekarang tentang isu Mesir, korang tak tahu nak tulis apa pun, buat je lah entri 'Muka Hosni Mubarak macam ex-driver pakcik aku'. Tapi kalau betul tak tahu sangat nak cakap apa pasal isu tu, cukuplah sekadar tulis tajuk yang sama dan attach a cut from Berita Harian macam entri ini.

Cukuplah sampai disitu. Kalau korang tak percaya tips tersebut boleh berjaya membuatkan anda menjadi blogger famous gila tanpa bakat langsung boleh lihat sendiri di sini.

Macam tak pernah buat je semua ni, patut la aku tak famous-famous.

Seram Sabtu

Kenapa hari Sabtu je nak kena siarkan cerita cerita seram? Ok dah, kalau siarkan malam Jumaat cakap tipikal sangat. Lepastu bila satu channel siarkan slot Seram Sabtu, sebagai masyaratkat harmoni sesama Melayu yang suka berhasad dengki mestilah channel lain pun nak siarkan cerita seram di malam Sabtu juga kan. Atau mungkin semuanya hanyalah satu coincidence (yeah right).

Disebabkan terlalu banyak siaran menyiarkan cerita seram, kita kena lah berlaku adil tukar-tukar channel bila sampai iklan atau mute kan bila sampai part seram-seram tapi kalau tak pegang controller ini semua tidak possible ye.

Movie Seram Sabtu marathon pun dimulakan dengan cerita Pocong 2.


Dari segi saiz gambar yang aku attach pun jelas menunjukkan agak menakutkan lah juga cerita dia. Ceh yang sebenarnya aku memang tak layak nak reviu cerita ni sebab sambil tengok sambil facebook bila sampai bab takut dan semua orang terkejut baru nak pandang skrin walaupun waktu tu dah terlepas hantu dia dah. Tapi takpe sebab cerita hantu jalan cerita tak penting pun, entah apa-apa dia belit last-last jadi macam tu, jadi mungkin aku lebih layak untuk rate part yang aku tengok sahaja iaitu hantu dan ending dia.

Hantu - ada yang menakutkan dan ada yang tak, seperti biasa hantu suka jelma-jelma jadi orang lain yang paling tak boleh blah sekali bila hantu menjelma jadi boyfriend heroin pastu siap nak menggatal lagi. Pergh, terbaik la hantu ni. Ingatkan orang minyak je gatal, ada juga hantu lain yang gatal rupanya.

Ending - Akhirnya heroin dia jadi gila sebab rumah dia 'hilang'. Rupa-rupanya delusion ada rumah kat situ padahal tak. Kalau aku pun jadi gila kot, pelik juga selama harini dia bayar sewa dekat siapa? Hmmmm



Next movie is Haunting at the Beacon. Between all the three movies I would say this is the winner. Kenapa? Sebab para pelakon dia tak terlalu cantik jadi boleh concentrate dekat jalan cerita dan hantu dia. Tapi ada sorang pelakon yang hensem tu pun rupanya hantu memang dissapointed gila la. Baru je plan nak google gambar dia sekali dah jadi hantu terus cancel.

Hantu - Memang scary. Semua hantu yang berupa orang tapi dalam scary version. Cerita Mat Saleh semua memang banyak macam ni, which is better sebab hantu bodoh-bodoh rambut mengerbang tak menakutkan, rupa aku bangun pagi lagi menakutkan kot tapi kalau rupa manusia versi extremely hodoh macam hantu lebih menakutkan. Bila lah movie tempatan nak faham konsep nih?

Ending - Akhirnya heroin bunuh diri sebab find out yang semua penghuni rumah tu hantu. Ni lagi dahsyat.


Daaan, akhirnya movie Puaka Tebing Biru. Ok yang ni pun aku tak tangok betul-betul. Yang pasti aku lebih banyak tengok Fahrin Ahmad daripada puaka tebing birunya. Setiap kali orang cakap Fahrin ni hensem la, tough la, time tu je aku angkat kepala nak tengok, cis nampak sangat cerita hantu yang orang hensem berlakon tidak efektif.

Hantu - Umie Aida kena cat warna hijau. Rupa dia lebih seperti mak toyol daripada puaka tebing biru. Macam orang tak cukup zat pun ada juga. Yang pasti, ianya tidak menakutkan sampai Fahrin boleh lagi peluk-peluk bini dia walaupun dah bertukar menjadi hantu.

Ending - Ok aku tak ingat apa ending dia tapi happy kot sebab last-last aku tak mencarut atau kerutkan muka tapi rasanya part muka aku tak berkerut tu sebab last sekali ada Fahrin Ahmad tak pakai baju lagi. Hee.

Ok aku tipu, cerita Puaka Tebing Biru bukan cerita terakhir tapi sekarang ni tengah tengok lagi another horror movie - Kereta Hantu Menggarai. Tapi tak berapa interested nak tengok movie ni sebab tajuk dia macam suggest accident kereta je dan kalau memang tentang tu aku lebih banyak experience, seperti dalam entri ini.

Friday, February 11, 2011

Blogger Masyhur

Disebabkan aku konon-kononnya sibuk study untuk exam selain daripada kekeringan idea jadi dalam seminggu jugalah aku tak tulis entri baru.

Tambahan lagi bila aku menulis sesuatu entri, aku tidak suka entri tersebut berbaur hatred, syok sendiri ataupun membosankan. Kalau boleh entri yang aku tulis biarlah ringkas, pendek dan informative. (Nampak sangat hajat tak tercapai lagi -,-)

Kerana, ironically aku sangat malas membaca (medical science student much?) jadi bila aku baca blog, entri itu mestilah sangat interesting hingga aku tak tertidur on the way nak habiskan baca entri tersebut, mungkin sebab tu lah aku tak boleh baca entri sendiri, baru satu sentence confirm dah tertidur.

Lainlah kalau aku Cik Epal, tulis entri apa pun orang baca juga. Tapi kalau kau bukan Cik Epal, tak payahlah tulis entri yang panjang lagi membosankan sebab sure takde sape nak baca punya. Lagi-lagi ehem ehem, yours truly.

Kalau entri di attach banyak gambar, mungkin akan lebih interesting macam blog Hanis Zalikha. Selain itu bawah gambar boleh lah tulis caption yang kelakar. Aku suka baca caption sebab pendek dan jelas.

Tapi janganlah setiap entri letak gambar muka sendiri sahaja, lainlah kalau kau cun macam Fatin Liyana. Kalau agak-agak muka macam Cik Epal perasan Fatin Liyana tak perlu letak gambar sendiri banyak-banyak ye, kalau macam tu lebih baik letak cermin dekat depan laptop tu. Hati-hati takut cermin pecah pula.

Tapi kalau nak post gambar muka dan gaya yang bermacam-macam, ada suatu tempat untuk meletakkan gambar disana ianya dipanggil LookBook dan ChicTopia. Tapi boleh juga diletakkan di blog seperti Yanni, Shea dan sekalian scarflets yang lain.

Tapi kalau agak-agak tak berapa nak lawa dan tak berapa pandai bergaya (uhuk uhuk terasa) boleh juga letak gambar orang lain seperti Maria Ozawa atau siapa-siapa lah, janji bukan Lisa Surihani sebab tu Hamzah Ian dah pakai banyak sangat gambar dia.

Kalau anda memang dah tak lawa, aku memang tak boleh nak tolong la tapi kalau anda tak reti bergaya dan nak cari fashion statements yang harga berpatutan dan dekat dengan rumah anda (ceh, rumah aku je la) boleh la usha blog Jezmine dan singgah ke kedainya Old Blossom Box.

Last but not least, kalau anda nak tidur boleh la ke blog ini.

Kalau nak tips menjadi blogger masyhur macam diaorang boleh dapatkan di sini.

Tuesday, February 1, 2011

Public Humiliation

Alhamdulillah aku semakin beransur pulih. Dah tak muntah-muntah dan sebagainya lagi dah. Terima kasih kepada ayah yang membawa aku ke klinik semalam. Dah lama rasanya tak ke klinik, kali terakhir pergi pun ke klinik gigi dan ayah telah memalukan aku dengan tidur sewaktu menunggu giliran kami. Lepastu dan taubat tak nak pergi klinik dengan ayah dah.

Tetapi semalam memang tersangatlah desperate. Call Hakim tak dapat, call Abang banyak-banyak kali pun tak dapat rupanya salah nombor lepastu call Fina dia ada kelas la pulak. Akhirnya terpaksa berbalik kepada ayah.

Sewaktu menunggu di klinik, aku hanya memerhatikan ayah. Jangan tidur, jangan tidur, jangan tidur, bisik hatiku. Ayah tak tidur.

Mungkin sebab dia sedang cek e-mail di BlackBerry atau sebab kerusi tu kecik lagi tak selesa sampai nak nampak macam nak patah je kerusi tu jadi aku terpaksa duduk selang satu kerusi daripada ayah in case kalau patah ke apa, atau mungkin juga sebab dalam 5 minit je tunggu lepastu nurse panggil...

Sewaktu itu aku sedang bercakap phone, dan ayah terus bangun menuju ke bilik konsultasi sambil memangil-manggil aku. Aku agak hairan tapi at the same time tersenyum bangga kepada pesakit-pesakit lain sebab dipanggil dulu, rasa macam artis pulak. Pesakit-pesakit lain pula melihat dengan hairan atau dengkinya.

Aku pun duduk disebelah kerusi doktor yang tersenyum lebar melihat aku. Ok fine, tahu lah muka aku tak berapa nak elok tapi tak payah lah senyum lebar macam tu. Tiba-tiba....

Nurse: Awak Sivarajan ke?

Terus kami keluar dari bilik tu. Kali ni, pesakit lain semua pulak yang tersenyum lebar.
Fine, lepas ni tak nak pergi klinik dengan ayah dah. -__-"

Saturday, January 29, 2011

Diskriminasi

Dahulu kala, subjek hemo merupakan subjek yang sangat memeningkan kepala. Sebab kena belajar pasal darah, susah, pening dan yang paling pening sekali sebab lecturer perempuan ajar. Seperti yang telah di explain dalam post ni, dan mungkin setiap kali nak mengajar dia dapat PMS, who knows. Huh.

Walaupun beliau cantik, vogue, orang Arab dan bibir merah menyala macam makan lip stick, atau mungkin banyak makan cili kot sebab tu kata-kata dia semua pedas je. Tapi sebagai lecturer perempuan beliau live up to the stereotype - strict, garang dan pakai baju ketat. Jadi aku memang langsung tak berminat dengan subjek tersebut.

Tetapi sekarang lecturer telah bertukar. Bukan bertukar macam cup size Pamela Anderson atau hidung Heidi Montag atau kulit Micheal Jackson tapi bertukar macam Mahathir ke Pak Lah. Sesuatu revolusi telah berlaku. Cuma Malaysia sahaja yang ber-reverse-lusi sewaktu itu.

Pengajaran yang diajar oleh lecturer lelaki yang baru memang lagi best sebab suara dia kuat macam tertelan speaker, rasa-rasa kalau tak datang kelas pun boleh dengar lecture dia dari rumah. Tapi nak jugak datang kelas sebab lambat macam mana pun datang beliau hanya pandang dan waktu on the way nak duduk tiba-tiba kena marah eh silap tu lecturer dulu, lecturer ni dia buat tak tahu dan terus mengajar.

Jadi sekarang lebih berminat untuk belajar subjek tersebut. Jadi, bila malam-malam lepas tidur petang terus buka laptop dengan niat nak belajar lepastu buka FB banyak notifications buka semua dekat tab baru lepas tu laptop jadi lembab lepas tu mencarut kat laptop dan terus picit Ctrl+Alt+Del dan start task manager lepas tu terus tutup semua chrome dan akhirnya buka notes hemo....




Ok nampak macam biasa kan? Tapi macam mana aku nak hafal segala jadah factor tu kalau aku tak reti baca Roman numbers? Grrrr

Wednesday, January 26, 2011

The Girl Who Cried Pimple

Pernah dengar tak cerita The Boy Who Cried Wolf? Ala cerita pasal budak yang suka menipu tu, kalau orang Melayu panggil Sang Kancil. Tapi dalam versi omputeh pengajaran dia jangan menipu nanti orang tak percaya kat kita dah. Kalau dalam Sang Kancil pula, pangajaran dia rajin-rajin lah menipu supaya kita terlepas daripada bahaya dan disebabkan aku Melayu tulen walaupun tak makan budu dan belacan tapi tetap mengambil Sang Kancil sebagai contoh.

Sebab tu la aku suka tipu adik aku cakap dia anak angkat la, lahir keluar ikut bontot la, mak aku jumpa dia dekat depan rumah la jadi bila aku cakap yang waktu lahir mak aku nak namakan dia Mak Jun pun dia tak percaya. Ok fine memang la aku menipu, tapi dia tak tahu pun kan? Kenapa terus assume aku tipu ni? Entah-entah betul ke, boleh jadi kan? Logik kan tipuan aku? kan kan kan?

Ok la tipuan tu tak logik sangat, but thats not the point. The point is, jangan dengar pengajaran dari cerita Sang Kancil sebab nanti bila ikut jejak langkah menipu cakap nama adik sebenarnya Mak Jun lepastu dia menangis lepastu terus kena marah dengan mak. Ceh, cakap tak percaya tapi menangis jugak, cuak la tu mak aku nak letak nama dia Mak Jun. -,-

Jadi kesimpulannya, kalau orang tu dah menipu sekali dia takkan dipercayai lagi dah. Betul tak? Orang kata trust is like a paper, once it is crumbled it can never be perfect again. Ok tak kisah lah macam apa pun tapi yang sekarang ni aku dah berdepan dengan karma dan aku pula ditipu bertubi-tubi.

Kalau dulu aku suka menipu diri sendiri dengan mengatakan yang kulit muka yang konon-kononnya meletup-letup dengan jerawat batu jerawat air jerawat api sebab stress. Waktu exam alasan tu boleh dipakai. Lepastu jerawat tak hilang-hilang jugak, tipu diri sendiri dengan cakap semua tu hasil kerja period. Sekarang apa semua dah tak dah alasan apa nak tipu diri sendiri lagi ada jerawat niiiii? Tsk ;'(

Monday, January 24, 2011

PMS Rantings

Walaupun setengah hari ini telah dihabiskan dengan tidur semata, tetapi masih terasa penat-penat dan sakit badan. Selain daripada otak sembab dan kekurangan daya untuk berfikir yang mungkin kesannya boleh dilihat esok hari bila mana waktu kuiz tersengih-sengih lepastu tiru orang sebelah lagi tapi rupa-rupanya jawapan kita yang dah kena padam tu betul, jawapan tiru tu salah lepastu baru menyesal dah tak nak tiru orang lagi tapi buat jugak dalam kuiz seterusnya.

Tetapi memandangkan esok kuiz Intro mungkin niat untuk meniru tidak dapat direalisasikan. Sebab Intro lecturer perempuan ajar, kalau lecturer perempuan memang kecoh sikit buat kuiz nak kena duduk jauh jauh la apa la, overrated betul macam ujian JPJ lak.

Sebab biasanya Doctor perempuan ni selalunya gemuk. Jadi diaorang macam banyak masalah sikit. Mana taknya, nak jalan pergi kelas pun dah termengah-mengah, sampai kelas je dah macam mandi. Lagi lagi yang stok pakai baju sampul nangka dah macam span nak kena perah. Lepastu bila orang tengok memang tak selera jadi memang meng-andartu sepanjang hayat la jawabnya lepastu nak lepaskan geram student pulak. Grrrr....

Tapi Doctor lelaki pun sama je sebenarnya. Walaupun diaorang tak gemuk tapi ada je masalah lain. Lecturer Musculo hensem sangat tak boleh nak concentrate. Lecturer Cardio hidung mancung sangat, distracted dengan hidung dia. Lecturer Endo baik sangat sampai tak dengar pun apa dia cakap. Lecturer Bio Ethics accent pekat sangat. Lecturer Hemo....alaaa, takde benda nak bahan la...

Tapi sebenarnya semua tu takde kena mengena pun dengan lecturer aku sebab dia tak gemuk dan dia bukan andartu dan dia bukan doctor pun. Tapi entah kenapa, dia strict jugak la. Ataupun dia tak strict pun sebenarnya tapi aku yang rasa macam tu. Ok dah terbukti aku hanya tulis entri ini sebab nak melembatkan masa untuk study kuiz esok.

Tiba-tiba rasa macam boleh lihat masa depan - esok mesti kantoi kuiz lagi. T_T

Sunday, January 23, 2011

Balik Kampung

Memandangkan kampung aku hanya lah sekangkang kera, memang jadi kebiasaan la balik setiap minggu sehingga layak dikenali sebagai PBSM (Pelajar Balik Setiap Minggu).

Entah kenapa, bila tiba hari Jumaat je terasa macam hari raya terus call ayah suruh ambil, lepastu bila sampai rumah baru rasa macam bosan la sungguh, sebab mak bapak tidur, adik adik main game, last-last duduk sorang-sorang dalam bilik dan online. Ceh, macam takde beza je balik ke tak ni. Lepastu bila nak call kawan ajak lepak baru buka purse dan akhirnya dah ingat sebab kenapa balik, takde duit rupanya. Adeh, terpaksa la tahan kebosanan duduk sorang-sorang.

Tapi percaya atau tidak rupa-rupanya dah hampir sebulan aku tak balik Ampang. Akhirnya malam tadi balik la juga mengikut ibu bapa tercinta balik ke kampung halaman.

Ketibaan yang disambut dengan bau muntah orang Korea, anak-anak Korea berlari-lari tengah jalan, anak-anak Korea berenang kat swimming pool eh eh ni pergi kat negara mana ni? Apa jadahlah kampung aku macam ni. Oh ya, kata nama Korean Town kan. Duhh -,-

Setelah sekian lama tak balik banyak juga perubahan yang telah berlaku seperti butik baru dibuka, kedai grocery Korea dibuka, atas kedai grocery Korea ada restoran BBQ Korea baru dibuka, ok dah dah nanti kena tukar tajuk jadi Fly to Seoul pulak.

Tapi hakikatnya begitu lah kampung aku yang aku membesar kat situ. Walaupun telah banyak perubahan berlaku dalam masa yang singkat tapi sesetengah perkara tetap sama...

Seperti rutin di pagi hari makan nasi lemak bawah pokok. Baru lah terasa damai keindahan balik kampung gitu. Umi menghirup kuah sup dia dan ayah mengunyah timun dia. Ngap...satu timun...ngap...satu lagi timun...Nikmat.

Tiba-tiba ayah bersuara....

"EH, MAKCIK NI TAK LETAK TIMUN KE?"

Some things never change. Home sweet home.