Monday, January 19, 2009

Akhirnya, atau Awalnya.hee

Akhirnya I finally decided untuk buat blog jugak, setelah berfikir panjaang. Pagi tadi I bangun je tibe tibe rase mcm its my time.hahaha. Sebenarnya bukan ape, I excited because now I boleh membazirkan lebih banyak masa di depan laptop nih. Walaupun laptop ni motherboard dia rosak, takpe I sanggup jugak demi menulis blog yang lebih kurang biase macam blog blog lain ni.hee

Ye la, mana la tahu, if I share my ideas dekat semua semua nanti end up jadi fofular mcm Perez Hilton tu. Masyuk jugak kan. Boleh pakai rambut kaler pink.hehe. Tu lah, dunia sekarang ni semakin lama semakin menyanjung orang yang malas. Hee, mana lah tau nanti depa nak bagi award dekat org yang paling banyak tido ke. Confirm confirm saya mesti menang. haha.

Walaupun orang selalu cakap saya ni malas. Saya tak ambil hati pun sebab hakikatnya saya memang lah malas.haha. Tapi sebanarnye malas tu in the eye of the beholder. Orang yang spend masa blogging boleh di kata malas kerena tidak keluar dan melakukan sendiri apa yang ditulis di dlm blognya. In another word, people assume bloggers ni a man of word tapi bukan a man of action. Tapi orh lain ada juga beranggapan mrk ni rajin sebab sanggup duduk lamalama depan computer demi menyebarkan idea mereka yang tersendiri. Yela, menurut seorg kwn saya, blogging lamalama boleh menyebabkan sakit... (tak ingatlah, dia ckp apa, either belakang atau tangkuk). Anyhow kira hebat jugak lah bloggers ni sebab sanggup dealing with all the pain demi blog mrk.

As for me, blogging ni memang lah one step ahead sebab umi memang dah lama suruh saya memblog ni. Jadi selain mengikut cakap umi, dengan memblog I boleh lah mengurangkan masa tidur I yang seringkali membuatkan I pening kepala sebab banyak sangat tido. Selain itu, mungkin mak(nenek) dan atok akan kurang bengang dengan saya. Sebab everytime, I'm sleeping diaorg ckp asyik tidoo je. Walaupun sudah di explain bahawasanya saya tidur bukan kerana saya nak tidur teteapi sebaliknya kerena saya terpaksa tidur sebab boring sangat. bajet lah, duduk rumah dengan atok dan nenek sahaja. Kalau mereka tak gardening atau bakar sampah mereka akan tengok cerita sinetron. Oleh kerana itu, saya tak dapat lah nak bonding dengan mereka.

Ok lah, thats it for now, nak gi mandi. Sat lagi nak pegi rumah instructor driving tu utk mengambil ujian computer walaupun tak sure lg mcm mana nak pergi. Ini kerana, pagi tadi seperti pagi pagi yang biasa atok sedang membebel. Malangnya, hari ini bebelan nya lain sikit. Katanya kalau tak nak bangun tak payah lah pergi ambil test tu. Tidurlah sampai esok pagi. Saya pula dengan mamainya, menjawab "Iyelah". hehe. So tak tahu lah jadi pegi ke tak ni. Kesian atok, bermacam cara telah diguna bagi membuat saya bangun tido tapi tetap tidak berjaya. Anyway, kena mandi jugak kan. So bye for now.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang