Monday, February 9, 2009

Aku Bukan Wonder Woman

Walaupun aku memang comel dan disukai ramai macam Wonder Woman.

*cough cough*

Comel Geram macam mana pun, aku memang tak boleh jadi Wonder Woman. Aku memang tak boleh nak memberi bantuan secara fizikal kepada saudara seIslam di Gaza. Aku juga bukan seorang yang bijak bermain dengan kata-kata. Jadi, mungkin aku juga tidak layak untuk mengarang puis-puisi tentang peristiwa hitam di Gaza. Aku pun perasan, tidak seperti bloggers lain ataupun myspacers yang lain, di profil aku tidak aku sebutkan pun tentang rasa simpati aku untuk saudara saudara di Gaza.

But action do speak louder than words.

Hari-hari aku lihat muda mudi bersemangat meletakkan di profil mereka tentang isu boikot produk Yahudi, tapi tidak juga melakukannya. Bila aku keluar, masih ramai kawan aku yang nak makan McD atau apa2 yang sejenisnya. Lebih kelakar yang boikot McD lepastu pergi KFC. Aku rasa macam nak gelak tapi rasa kesian jugak. Mungkin mereka memang benar benar tak tahu.

Sewaktu aku pergi ke birthday party, mereka semua sebutkan nak beli KFC. Aku pun membantah tapi mereka tetap beli jugak. Lepas tu makcik aku pun cakap kat aku,

"Ok, kitaorang beli awak jangan makan."

Aku tersentap. Ya, aku memang tergoda melihat ayam ayam itu. Tapi sewaktu itu aku tahu aku sedang berperang juga. Mungkin aku tidak berperang dengan senjata di tanah Palestin, tapi aku berperang dengan nafsu aku sendiri. Dan aku menang. Mungkin kamu fikir, what's the point? Duit sudah di sumbangkan pun ke Yahudi Laknatullah. Tapi kalau aku tidak memulakan mungkin tiada siapa juga yang akan ikut. Sekurang-kurang nya apabila aku ada semangat boikot aku boleh lah percaya mungkin ada juga manusia yang lain yang actually boikot bukan sekadar memampang sahaja tulisan boikot di profil mereka.

Makcik aku kata aku ada agenda. Dia cakap

"Dia kan nak jadi politician".

Seronok juga kalau aku memang betul betul ada agenda, mesti berjaya kan. Hee.

"You should enjoin right conduct on others but mend your own ways
first. Actions speak louder than words. You must first practice good
deeds yourself, then preach
.
"
[Quran:2/44]

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang