Thursday, February 26, 2009

Invoice

Dahulu kala, invoice (inner voice) aku sering menjadi masalah. Ini kerana aku sering sahaja gagal untuk keep invoice aku to myself. Aku selalu end up tercakap invoice aku ataupun menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan bunyi.

Suatu masa tak lama dahulu,

Raya, perjalanan dalam kereta. Dari rumah makcik saya di K.Lipis ke rumah atok di Raub.

Syarah sedang berfikir seperti biasa. Membiarkan imaginasi nya terbang tinggi. Tanpa menyedari Syarah menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan bunyi.

Tiba di rumah atok,

Umi: Syarah, sini kejap
Syarah: Kenapa?
Umi: Tadi dekat dalam kereta awak buat apa? Awak cakap sorang sorang ke?
Syarah: Eh manada, tadi orang fikir la
Umi: Fikir apa?
Syarah: Ada lah. Nape?
Umi: Ish menakutkan Umi je. Dulu Pakcik pernah drive kat highway tu sorang sorang dan nampak nampak benda. Ingat kan awak nampak makhluk apa tadi, borak borak dengan dia.
Syarah: Hehe. Manade la.

Dan memandangkan situasi sebegitu sering saja mengundang masalah, aku sekarang sedang mencuba sedaya upaya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Berikutan kejadian hari ini, aku bersyukur aku tak ter say out loud invoice aku.

Kejadian hari ini,

Syarah sedang makan sorang sorang sebab baru bangun tido, pukul 11.50 lunch terhidang, terus makan lunch.

Sedang asyiknya Syarah makan, Syarah memandang ke tempeh goreng kesukaanya dan berkata,

"Nape jauh sangat? Meh sini sayang."

Kepada tempeh yang kacak bergaya across the table.

Aku tak pasti kenapa aku panggil tempeh tu sayang, walaupun kekacakan tempeh itu tidak dapat menandingi kulit tegang dan anjal Khir Toyo.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang