Tuesday, February 17, 2009

Cuba Cakap

Sejak awal pagi aku bangun tidur aku mengalami hari yang bosan. Bagi mengisi masa bosan aku, umi aku bagi list of chores yang panjang berjela supaya aku dapat berseronok sepanjang hari ini.
Umi aku suruh:

1. Sapu
2. Mop
3. Tukar sarung bantal
4. Tukar cadar katil


Atas katil ada 2 cadar. Satu yang melekat kat katil, satu lagi ialah sehelai kain bersegi empat yang diletakkan di atas cadar katil. Aku tak faham fungsi kain yang konon nya cadar itu. Sedangkan nama nya sahaja aku tak tahu. Jadi aku salin cadar katil.

Umi aku balik.

Hidung aku dah kembang sebab aku dah salin cadar katil. Umi cakap,

"Kan umi tidur atas cadar ni, yang awak salin cadar tu buat apa? Habistu kuman kuman umi tidur tu penetrate sampai ke cadar bawah pulak? Hei, macam mana lah awak fikir?"

Oh, ye kan. Tapi umi aku tak kisah sangat sebab insiden macam ni sering berlaku. Dia sedar ini salah dia sebab tak bagi specific instruction.

Insiden lagi satu. Cerita zaman dahulu kala sewaktu tahap ke-bendul-an aku lebih tebal dari kamus Oxford Fajar.

Suatu insiden pada suatu masa di suatu tempat. Sewaktu chores menyidai kain masih asing di kamus aku.

Umi: Syarah, sidai kain

Syarah ambil kain baju yang di dalam bakul dan pergi menyidai kain.
Syarah kembali dangan harapan effort nya akan di hadiahi dengan ucapan penghargaan.
Tetapi tidak.

Umi: Syarah, kenapa tak habiskan sidai baju ni?
Syarah: Umi kata sidai kain je. Tak kata pun baju.

Walaupun situasi sebegini selalu dibuat menjadi bahan lawak yang klise tetapi situasi tersebut benar benar berlaku kepada aku. Aku tidak cuba menjadi lawyer buruk.

Tapi aku bersyukur kerana insiden insiden seperti berikut sudah jarang berlaku. Semakin aku besar semakin aku belajar untuk serkap jarang.

Contohnya dulu kalau umi aku suruh masak nasi, aku akan basuh beras dan letak kan periuk nasi di dalam rice cooker.

Sekarang bila aku masak nasi aku dah turn on suis rice cooker.

Next step, aku perlu ingat untuk tekan kepada butang 'rice cooking'.

2 comments:

  1. Salam... Jemput add & exchange link my blog : www.myadha.com

    ReplyDelete
  2. Agaga~
    Ni pown lawak..
    Klakar arh!
    Takleh bla..
    Ngaa~

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang