Sunday, February 15, 2009

Challenge Uchan dan Nachan

Lewat malam semalam baru aku tahu bahawa atok aku nak balik klang esok pagi sebab nak tengok kucing.

Nama kucing kami Teleng. Dia tak comel dan tak manja dan suka curi ikan dan roti canai tapi atok aku tetap sayang dia lebih dari aku. Aku tak paham kenapa.

Jadi aku boleh la pegi TS but aku keep calling Eyqa but tak dapat. Apparently salah number satu je nombor terbalik ke apa ntah. So keresahan mula melanda dihati aku. Lebih labih lagi Hakim suruh aku pergi KTM terus. Kali pertamanya aku melalui jalan singkat ke KTM dari rumah aku sorang sorang dan believe it or not I am very very skeptical. Sepanjang perjalanan aku ke KTM hati aku dilanda gundah gulana. Huhu.

Apabila tiba di KTM aku sangat lega. Alhamdulillah perjalanan 2 minit aku ke KTM tidak mengharungi apa apa musibah.

Sampai KTM terjumpa Eyqa bersama Mirul, hati aku menghembus nafas tanda lega. Lepastu terus beli tiket bla bla bla sampai TS.

Di TS pula semua orang diberi kan ais krim Cornetto FREE! Thanks to Shila! Yay! Everyone dapat satu vanilla and chocolate, Jue got away with 3 ice creams! Hee. Then we were like, ala tak aci gila. Hehe.

Anyway, lepas selesai beratur untuk memungut ais krim percuma tersebut, Shila memanggil 6 orang volunteer (3 lelaki, 3 perempuan) untuk participate di dalam competition. Aku memang suka buat benda benda ni walaupun aku tahu aku tak mahir dalam apa apa dan most likely to lose dalam apa jua competition. Tapi aku tak kisah, aku tak pernah berasa malu apabila aku lose, sebaliknya aku rasa proud sebab aku berani ambil part.

Eyqa masih teragak-agak.
"Jom la", ajak aku.
So akhirnya kami putus kan untuk mengambil bahagian di dalam competition tersebut.

Dan secara tidak disangka-sangka competition nya ialah:

MAKAN ICE CREAM PALING CEPAT COMPETITION

Ok, mari sini saya mahu imbas kembali sejarah makan saya:

Pada suatu masa dahulu, sewaktu usia saya kira kira 7-8 tahun kot. Saya sedang menikmati juadah bersama keluarga saya di meja makan.

Semua orang makan.

Semua orang habis

kecuali saya.

Kakak saya menyinga. Marah marah sebab saya makan lembab sangat.

Saya menangis.

Mak saya pujuk. Cakap;

"Biarlah, apa salahnya kalau dia makan lambat. Ada Makcik dot dot dot tu pun makan lambat. Tak ada apa apa pun".

Hmm...Salah la, kalau masuk competition makan ice cream paling cepat mesti kalah.

Ahha. Betul la. Aku memang paling teruk. Aku yang sedang mencuba sedaya upaya untuk makan ais krim pun masih lambat dibandingkan dengan adik aku yang menonton aku diatas pentas pun makan ais krim lagi cepat dari aku. Lepas tu orang tu cakap;

"Dik, ni pertandingan makan ais krim paling cepat, bukan paling lambat."

Cis.

Aku balik rumah cerita kat mak aku. Mak aku pun ketawa besar.

Walaupun aku kecewa sebab tak menang, tapi aku gembira sebab pengalaman aku menggembirakan hati orang lain. Hee.

4 comments:

  1. eh i txt you la.x reply pun :(

    ReplyDelete
  2. Heh..
    Jgn jealous Jue dpt 3..
    Haks!
    (=

    Best oww time tuh..
    Tringat plak..

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang