Wednesday, February 18, 2009

Sabun Tekan Tekan

Satu lagi proof menunjukkan tahap IQ aku melampau cetek. Hehe.

Scene berlaku di dining, sedang breakfast.

Syarah: Ayah, sabun dah habis
Ayah: Sabun baju?
Syarah: Tak tak. Sabun badan, kat bilik air kitaorang dah habis
Ayah: Oh ok. Pakai la sabun kat bilik ayah dulu
Syarah: Oh, bilik air ayah ada 2 sabun ye?
Ayah: Tak. Ayah ada tempat sabun yang tekan tekan tu. Kalau awak amik sabun tu ayah boleh pakai sabun dari tempat sabun tu
Syarah: Huh. Tak paham
Ayah: Tempat sabun tu, ayah ada. Tempat untuk isi sabun tu, yang tekan tekan tu, ada dalam bilik air ayah
Syarah: oh. Dalam bilik air kitaorang pun ada sabun tekan tekan tu
Ayah: Huh. Mana awak dapat?
Syarah: Memang ada dalam bilik air tu. Sabun tekan tekan tu memang ada dalam bilik air tu
Ayah: Oh bukan. Awak tahu kan sabun, tempat untuk isi sabun tu. Bekas sabun. Awak faham tak?
Syarah: Hmmm.... Faham (walaupun tak)

Ayah explain sekali lagi. Syarah masih tak faham tapi buat buat faham sebab malas nak dengar ayah explain lagi.

Tak lama kemudian.

Aku masuk bilik air ayah ambil sabun. Baru la aku faham apa yang ayah maksud kan pagi tadi.

Mari kita lihat semula;



Ini ialah gambaran sabun tekan tekan dalam minda aku. Ye lah, benda tu kan bekas dan dalam tu kan ada sabun.

Bila ayah aku kata bekas untuk sabun aku imagine la bekas untuk benda di atas tu. Tapi macam tak logik je benda tu ada bekas.

Bila aku masuk bilik air ayah aku, aku nampak ni,



Aku pun baru lah cakap

"Ohh. Yang ni rupanya."

Aku tak tahu lah siapa yang lagi pandai, aku yang tak faham faham maksud ayah aku atau ayah aku yang tak cakap je soap dispenser.

Al maklumlah, ayah aku dah tua. Ataupun yang dia selalu refer kat umi aku, 'nak menopause'.

Ataupun mungkin aku yang kena start makan Mamil Gold.

3 comments:

  1. haha ngan ayah pasal hal kecik pun nak ade konflik.

    ReplyDelete
  2. hahaha
    lawak deyh!
    tgelak sowg² naz baca..
    Gagaga~

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang