Monday, March 30, 2009

Disturbia

Sesuatu peristiwa telah terjadi. Yang mana meragui kredibiliti diri aku sendiri bagi bergelar doktor perubatan. Ya, memang betul bila sedara mara aku tanya 'tak takut ke kena bedah mayat?', aku jawab tak. Kerana hakikatnya aku memang tidak takut dengan benda yang tidak pasti. Bahkan menonton filem seram juga tidak pernah menggugat hati aku.

Aku bukan seperti sesetengah manusia lain yang terbayang bayang muka comel Ju-On setiap kali masuk tandas. Namun begitu, dari aspek yang lain aku pernah juga mengalami beberapa peristiwa yang disturbing.

Contohnya, dulu sewaktu aku sedang mengemas peti ais aku lihat ada satu tupperware kuah daging di dalam peti ais. Sungguh geli geleman aku melihatnya. Sudah kehijau hijauan dan sejurus itu aku rasa mual dan nak muntah.

Lalu aku pun berlari sambil teresak esak, menceritakan kepada umi aku.

"Umi, ada daging busuk. Geli gila tengok"
*sobs*

"Dah la, *sigh*, biar la nnt umi buang kan"

"Dah buang dah"

Lalu seisi keluarga mentertawakan aku. Entah mengapa tidak prihatin langsung terhadap situasi aku sewaktu itu.

Semalam, aku menghadapi lagi sesuatu yang sangat disturbing bila aku masuk tandas. Tidak, bukan muka Ju-On. Tetapi ini sesuatu yang pasti.

Di tempat letak syampu ada satu bekas kecil. Di dalamnya kelihatan seperti kulit mati.

Benda tersebut terngiang ngiang di kepala otak aku. Lalu aku pun lari dengan wajah yang berkerut kepada umi aku.

"Umi, dalam toilet tu ada connect Talhah"
"HAH?!, connect Talha kan melekat kat dia"
"Betul. Geli sangat"

Lalu umi aku pun memanggil kakak aku untuk menyelesaikan perihal connect anak nya.

"Along, kenapa syarah kata ada connect Talha dalam toilet?"
"Bukan la."

Lalu along pun mengambil benda tersebut kepada umi aku.

"Ni bukan connect la. Ni tali pusat entah awak punye ke sape."
"Oooh."

Makanya baru aku sedar betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku tentang tubuh badan manusia. Di masa hadapan nanti, kamu doa lah agar tidak di check up oleh aku.
Amin. Aku pun doa kan korang sekali.

2 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang