Wednesday, March 11, 2009

Gadis Gedik Gila (3G)

Bila umi aku beli phone baru, amoi tu ye ye la cakap kat dia,

"phone ni boleh 3G."

Balik rumah tu baru lah dia tanya kami 3G tu apa. Aku jawab, Ganyang, Geram, Gaduh. Haha.

Itu umi aku yang tak tahu menahu langsung tentang IT segala ni.
Ayah aku pula melampau batak kepada 3G. Sampai waktu dekat UK dulu, kalau kat uni 24/7 dia akan video call umi aku. Dah tu bila call, cakap 'saje je nak call. rindu'

Mungkin dia melampau teruja dengan kecanggihan masa kini. Almaklumlah, dulu nak tengok muka buah hati pun kena meredah hujan air liur mak bapak membebel, kini hanya dengan satu klik sahaja.

Tadi sedang kami dalam perjalanan balik ke Klang, agak jam di Bkt Raja. Kereta kami terhenti di sebelah sebuah kenari putih.

Aku pun menoleh ke arah kereta tersebut. Di malam yang gelap gelita itu, yang bercahaya hanya lah dari kereta tersebut. Kerana si gadis sedang melihat muka sendiri menggunakan kamera yang bertempat di depan handphone nya.

Sedang aku merenung gadis itu ber-syok sendiri, ayah aku sampuk;

"Eh, dia pakai 3G eh?"
"Taklah, dia tengah tengok muka sendiri"

Lalu kami berdua pun ketawa terbahak bahak melihat gelagat gadis itu berangan.

Tiba tiba, gadis itu memandang ke arah aku sambil merenung tajam dan stick out her middle finger.

Ok lah aku tipu, gadis itu hanya toleh dan senyum sinis kepada aku. Aku pun cepat cepat berlakon seperti tak tahu apa apa sejurus kemudian lampu hijau dan kereta aku terus memecut laju meninggalkan gadis tersebut.

Ok la, kereta tu yang memecut laju sebab dah malu. Haha.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang