Tuesday, March 24, 2009

Makeover

Dulu aku ingat nak jadi pramugari atau peragawati sahaja yang susah sangat. Almaklumlah, IQ body kena tinggi melampai. Appearance pun kena glitter glitter ala Beyonce. Bila kelip mata, bulu mata yang sejengkal panjang menyepak nyepak angin dan nyamuk nyamuk yang lalu lalang.

Jadi aku putuskan untuk tidak mengambil jalan itu. Sebab aku tahu mereka tengok je bulu mata terbantut aku mesti mereka terus reject.

Namun begitu, persepsi aku berubah sejak weekend lepas lepas haritu. Apabila kawan aku yang lebih kurang seinchi tinggi daripada kitaorang di datangi oleh mamat amboi, amboi, amboi.

Mamat AAA: Eh dik minat tak nak jadi nurse?
Adelin: Eh una, dia tanya ko minat nasyid tak?
Husna: Apa?
Adelin: Eh bang, saya pun musician.
Mamat AAA: Ketinggian adik ni sesuwayy taw untuk jadi nurrse.

Lebih kurang macam tu la perbualan mereka.

Aku terasa di diskriminasi. Nasib baik, aku memang tak nak jadi nurse pun. Nak jadi dokter tak de requirement apa apa kan. Senang sikit.

Namun begitu, kerabat keluarga masih lagi meragui kredibiliti aku.

"Boleh ke aa jadi dokter?"
"Tak takut nak kena bedah mayat nanti?"

Soalan-soalan retorik tersebut telah mereka jawab sendiri.

"Bukan aa yang takut kat mayat. Mayat tu yang takut kat aa. Nanti mayat tu pikir, entah macam mana la dia nak potong aku ni"

Aku sekadar tersengih dipersendakan sebegitu.

Tidak sangka, cita cita aku nak jedi dokter sahaja pun boleh menimbulkan begitu banyak kontroversi.

Apabila aku pulang ke rumah pula, umi aku datang ke bilik TV.
Lalu di nak potong rambut aku, suruh belah tepi, sapu minyak dekat hidung dan tukar spek mata warna pink atau coklat.

Dia kata, baru patient tengok nampak macam dokter.

Aku pelik la, mayat tu boleh nampak ke muka aku?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang