Thursday, March 5, 2009

Invisible Man

Kini, aku sedang menghitung hari bagi menanti penghijrahan aku ke Ampang. Bukan sahaja aku berhijrah tempat tinggal, cara kehidupan aku juga bakal berhijrah dan aku berharap semua hijrah yang bakal berlaku akan mendorong ke arah yang lebih baik. Supaya aku boleh dapat gelaran Tokoh Maal Hijrah.

Tambahan lagi, aku sudah bosan melalui hari hari aku yang kosong dan mendatar. Yang hanya dipenuhi dengan fiil lagha. Hari hari aku menjadi mangsa media massa yang bertuankan Yahudi laknatullah.

Hingga kan sedang semua umat manusia menuntut ilmu dan mengembangkan otak, aku pula hanya duduk korek hidung baca surat khabar The Star. Lalu Hakim mencelah,

Hakim : Eh teringin pulak nak minum susu strawberry. Syarah, pergi beli kan
Syarah : Ahh. Blaa.
Hakim : Eh pegi la beli. Hakim bagi duit.
Syarah : ...
Hakim : Alaa, pegi la beli jap
Syarah : Pergh, macam la orang takde kerja lain
Hakim : Memang awak takde kerja lain pun.
Syarah : Haah la, betul jugak.

Syarah tersengih tanda menggelakkan diri sendiri. Tapi tentulah Syarah tak pergi beli kan juga.

Oleh kerana kebosanan yang sudah sebati dengan diari harian aku, kini perlahan-lahan aku sudah memupuk tabiaat atok dan nenek aku. Almaklumlah, mereka juga takde kerja seperti aku. Banyak juga perkara-perkara yang aku belajar daripada mereka. Tabiat mereka, kepercayaan mereka dan macam macam lagi. Begitulah orang tua kan, makin tua makin banyak garam.

Contohnya hari ini, aku diberi pendedahan tentang kepercayaan orang orang tua tentang makhluk halus.

Hari ini dimeja makan;

Nenek : Bila jadi benda tu?
Atok : Dah lama dah
Nenek : *cakap something aku tak faham*
Atok : *mumble juga, aku tak faham*....toyol....Haji X....
Syarah : Ha, duit dia kena curi dengan toyol?
Atok : Bukan toyol, makhluk halus

Aku andaikan maksud halus dalam konteks ini ialah halimunan. Bertubi tubi soalan yang muncul di kotak fikiran ku. Kenapa ya makhluk yang hijau, botak dan comel itu dituduh mencuri?

Kalau aku pergi jumpa orang tu lepastu dia cakap makhluk halus yang curi duit aku, memang dah kena pelangkung la.

"Kerek lu curik duit aku pastu tak pasal pasal nak fitnah makhluk halus pulak ye. Bajet makhluk tebal tak reti nak mencuri?"

Namun begitu tiada satu pun soalan yang aku ajukan kepada atok nenek aku. Nanti panjang lebar pula debat ini. Aku pun bukan nak duduk kat meja makan tu lama lama, balik bilik pakai internet lagi best.

Takpe lah mungkin ini sesuatu yang aku tak faham. Sepertimana nenek aku bila tengok squasy akan berkata;

"Apa la game ni, mak (nenek) tak faham langsung. Pukul pukul dinding takde kerja lain ke, bodoh betul. Otak kena curi dengan toyol lah tu."

Ok la part pukul pukul onwards tu aku exaggerate. Tapi aku tahu, bagaimana aku tertanya tanya tentang makhluk halus tentu sebegitu juga dia tertanya tanya tentang makhluk ganas itu juga.

Mungkin keraguan aku boleh diselesaikan oleh Jeeves. Manakala nenek aku pula boleh rujuk kepada Prefessor Serba Tahu.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang