Monday, March 9, 2009

Tipah Tertipu Lagi

Kepala pula pening, mata pula berat. Walhal baru pukul 10. Hari ini, sepanjang hari aku berasa mengantuk. Terima kasih kepada abang yang pukul 3 pagi pergi message tanya pasal Aus, sampai aku termimpi mimpi pergi Aussie.

Makanya bila aku tidur lambat, aku bangun lebih lambat. Sewaktu aku bangun lagi kepala aku berputar putar. Cuaca pula sejuk. Tambahan lagi di luar pula hujan. Namun begitu, terkenangkan rambut yang kusut aku mandi juga berjam lamanya menggunakan syampu dan conditioner Herbal Essence.

Walaupun setelah mangharungi semua itu, rambut aku tetap tidak bersinar dan cantik seperti orang Jamaica dalam iklan tersebut. Rasa terkilan juga, rambut seperti dia tidak dapat malahan warna kulit sahaja yang dapat persamaan.

Begitu lah lagak orang hendak berniaga. Macam macam saja helahnya untuk menarik pengguna. Aku yang senang ditipu ini pula akur sahaja dengan taktik yang digunakan.

Setelah selesai mandi, aku rasa lebih pening. Kebetulan hari ini pula umi aku masak. Jadi aku pun tolong itu ini di dapur.

Seperti biasa, kerja aku tidak cekap lalu di bebel oleh umi. Ayat ayat bebelan yang tidak pernah lapuk seperti, topik mak mertua yang jahat dan suka makan orang.

Sedang umi membebel sikit sikit, aku biarkan imaginasi ku melayang. Zahirnya aku di dapur tetapi hakikatnya, aku telah berulang kembali 5 tahun yang lepas. Di mana aku baru sahaja suam suam kuku di dapur ini.

Seperti sewaktu kakak aku sedang masak kuah lemak. Lalu naik ke atas dan berkata;

"Gaul je tau. Nanti bertahi minyak."

Setelah 10 minit, kakak aku turun kembali. Aku pun berkata;

"Cepat lah sambung. Lenguh la tangan ayik gaul je"
"La, awak gaul tak berhenti-henti ke?"
"Awak yang suruh gaul je"

Begitulah aku 5 tahun yang dulu. Semua yang orang kata aku percaya bulat bulat.

Sepertimana apabila ayah aku suruh panaskan minyak.

Aku lantas bertanya;

"Macam mana nak tahu dah panas?"
"Celup la jari awak"

Seperti yang kamu ramalkan bakal terjadi. Kecuali perbuatan tersebut dihalang oleh umi aku.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang