Saturday, March 7, 2009

Define Free

Semakin hari apabila aku menonton Buletin Utama, sering sahaja aku dengar khabar khabar mengatakan tentang kemelesetan ekonomi. Aku juga risau dengan masalah yang membelenggu kita ini. Namun begitu, oleh kerena aku masih tidak bekerja maka aku masih lagi tidak merasakan nilai Satu Ringgit di mata dunia.

Sedang aku di dalam misi menjenguk harga barang barang bagi membuktikan kesahihan berita tersebut (ataupun dalam perkataan lain; shopping), aku mendapati perkara perkara tersebut tidak lah terlalu sahih.

Percaya atau tidak, mitos yang sering disebut orang orang tua iaitu,

"Sekarang ni mana ada yang bercuma, nak berak pun kena bayar."

Tidak begitu betul. Sudah terbukti kerana hari ini aku sendiri mendapat banyak barang barang percuma.

Tambahan lagi, sewaktu kecil lagi aku sering melihat barang di berikan secara percuma. Hingga kan ada yang memberi minuman keras percuma. Menyangkalkan lagi kepercayaan aku terhadap mitos tersebut.

Semuanya bermula apabila aku melihat umi aku pakai wet tissue Anakku yang tertulis di depan nya alcohol free. Terbeliak biji mata aku membaca. Maka aku pun bertanya;

"Umi, alcohol free tu maksud nya dia bagi free alcohol ke?"

Umi menyangkal dan beritahu aku maksud sebenar alcohol free. Kini baru lah aku mengerti.

Namun begitu, terdapat banyak juga benda lain yang diberi secara percuma. Terutamanya hari ini, kami mendapat air, berus dan surat khabar percuma.

Bagi mendapat makanan dan minuman percuma, sila lah masuk ke dalam pasar raya. Terdapat banyak contoh percuma yang boleh dirasa di situ. Terbukti kerana hari ini, aku dapat air Twister percuma.

Bagi mendapat kan berus mekap percuma, sila lah ke promosi M.A.C Hello Kitty kerana kakak yang bekerja disitu baik belaka dan beri kan berus percuma. Terbukti kerana kawan aku mendapat 4 berus percuma setelah membeli eyeliner yang berharga RM62.

Bagi mendapatkan tranquil percuma, sila lah ke promosi M.A.C Hello Kitty atas sebab seperti yang dinyatakan diatas. Terbukti kerana aku dapat tranquil secara percuma.

Bagi mendapat kan surat khabar percuma, kamu boleh baca muka depan surat khabar yang sedang dibaca oleh seseorang. Terbukti kerana hari ini orang tersebut memberikan aku surat khabar Metro secara percuma.

Macam macam lagi lah percuma yang kamu boleh dapat di dunia ini.

Bagi mendapat kan penampar percuma sila lah memberi komentar yang celupar. Belum terbukti lagi kesahihanannya.

1 comment:

  1. terima kasih kepada gel eyeliner dan brush free, abang farid telah meminta number fonku dan menagmbil gambar denganku.
    agaga.

    btw, aku baru sahaja kencing secara free di caltex.

    takpayah bayar.
    c, kalaupun berak kena baya.
    kencing tapaya.

    agaga.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang