Sunday, March 1, 2009

Aisah 20 Sen

Aku sangat bangga dengan diri aku sebab telah berjaya memboikot McD walaupun ais krim di situ cukup menggoyahkan iman. Tapi takpe la, boleh makan ais krim nenek aku.

Ais krim nenek aku memang tip top. Customers selalunya terdiri daripada toyol dan makhluk halus a.k.a orang orang kecil yang bersuara halus.

Sebagai cucu yang baik dan berbudi, aku sering sahaja memikirkn berbagai cara bagi menggiatkan sales ais krim nenek aku ni. Lalu aku come up dengan lagu ini;

Tak cukup lima tapi enam pula,
Makin mencair di mulut di kalangan mereka,
Jika masih ragu,
Lima puluh - lima puluh,
Dah haus dahaga kau tak mungkin meragu.

Bilang saja berapa orang akan datang,
Melangkah ke rumahku,
Itu pun baru sahaja,
Jiran dan tetangga,
Menunggu ais krim anggur.

Oh jangan kau buang masa,
Memilih kedai runcit yang tauke nya berbulu,
Usah runsingkan fikiran,
Pilihlah Aisah saja pakar jurusan ais krim Malaysia,

Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa,
Kepuasan dijamin,
Seratus peratus produk Malaysia,
Dapatkan segera sementara masih ada,
Ais krim rebutan,
Lebih hangat dari Azwan

Ku bisa ubati segala hausmu,
Merialisasi semua impian hirup,
Ku rasa,
Semua perisa.

Henti henti panggilan,
dan ketukan kuat di pintu rumahku,
Belum kira barisan yang beratur,
Dari depan rumah ku jauh hingga ke Meru.

Ramai tauke mengaku tak dapat tandingi,
Hanya Ais krim potong,
Lainlah ais krim yang panjang,
Susuk tubuh telanjang,
Kau beli aku kan beruntung.

Ooh..ooh..
Ku tak sampai hati
Melihat kau pergi menggigit lidah,
Kerna jika kau lepas peluang berharga
Bagai ais krim perisa merah lidah kau berdarah,

Ayuh lekas-lekas,
Sementara masih sejuk,
Beilah ais krim ku makan lah tanpa was-was,
Tawaran ditutup bila ku dah mengantuk,
Pastinya ku calon buat gigi kau berkarung.


Tapi aku masih tak jumpa artis berbakat yang layak untuk menyanyikan lagu ini. Jadi, setelah berfikir, aku hendak cadangkan kepada nenek aku untuk menggunakan loceng je lah instead.

Namun begitu, sesuatu peristiwa membuktikan kepada aku cadangan tersebut bukanlah idea yang bernas.

Kejadian tengahari tadi di ruang tamu,

Atok sedang membaca NST,
Syarah sedang membaca Kesihatan,
Nenek sedang membaca Panca Indera.
Sedang kami semua membaca surat khabar masing-masing,
berbunyi,

"Ting! Ting!",
Motor ais krim lalu depan rumah berbunyi

Nenek pun lantas berkata memecah kesepian seketika,

"Eh bunyi telefon tu pergi angkat cepat".

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang