Friday, March 13, 2009

Kencing Dalam Botol

Tidak, entri ini bukan berkisar tentang reviu filem baharu arahan Permaisuri Azmi ye. Bukan juga babak dalam filem komedi-tak-jadi Senario.

Pagi tadi aku dibawa ke Klinik Kg Pandan. Bagai lembu ditarik hidung, aku akur sahaja tanpa soal. Sampai sahaja diklinik, kelihatan ramai umat manusia membanjiri tempat menunggu di klinik tersebut. Makanya, andaian aku tentunya giliran aku akan tiba lambat lagi.

Namun ternyata salah kerana hanya beberapa minit selepas tiba, pak cik itu sudah panggil aku tanya macam macam. Ketika itu pula, aku seorang diri terkontang kanting sedang umi aku pergi ke tandas kerana sakit perut. Auntie Ina pula sedang cari parkir. Aku agak ketakutan kerana kekok mengendalikan situasi sebegini tanpa pengawasan orang dewasa.

Tapi aku putuskan untuk mengendalikan situasi tersebut sebagai seorang dewasa yang sofistikated. Aku baru tersedar yang aku kini sudah officially meninggalkan sekolah dan bakal menghadapi dunia luar seorang diri. Might as well aku berlatih dari sekarang. Baginilah dialog perbualan kami;

Pakcik: Dik, kat sini untuk PLKN kan?
Syarah: Ha.
Pakcik: Ok, bagi borang *tak ingat apa dia cakap*
Syarah: Hmmmm....Apa?
Pakcik: Borang blablabla

Syarah menyelak dokumen dokumen yang diberi oleh Umi sebelum dia ke tandas tadi.

Syarah: Hmmm....
Pakcik: Dik, bagi borang kuning.
Syarah: *sambil menyelak nyelak* Hmmm....

Lalu Syarah menyerahkan semua dokumen yang dipegang kepada pakcik.

Pakcik: Ha yang ni...Warne putih pulak. Download dari internet ke?
Syarah: Hmm...Entah.
Pakcik: Ok dah tu je.
Syarah: Hmmm k.

Tak lama lepas tu, aku disuruh masuk ke bilik 5. Memandangkan aku sehingga kini tak pernah masuk hospital dan jarang sakit, aku berasa sangat kekok apabila aku di suruh itu ini oleh misi itu.

Mula mula dia suruh kencing. Aku cakap yang aku tak rasa macam nak kencing. Kemudian beri air dan suruh aku kencing dalam bekas. Itu ialah benda yang paling gross pernah aku buat. Aku terasa seperti peminum pula, perlu diperiksa kandungan alkohol dalam kencing aku. Kemudian kena timbang berat.

Sementara aku menunggu misi itu buat apa entah, dua lagi misi lain serentak tanya kepada aku tentang results. Lepas tu sewaktu kena cek darah dan pernafasan pun di ajukan soalan yang sama.

Tak lama kemudian aku dipanggil masuk bilik Doktor. Tapi umi aku tak nak jumpa dia pasal doktor tu tak lawa, jadi umi cakap dia nak jumpa doktor sebelah. Jadi kitaorang pun duduk. Buntut tak sempat warm up lagi kami dah dipanggil masuk.

Doktor yang mengecek aku tu pun mengaju soalan yang sama. Tapi aku tak kisah sebab doktor tu comel. Aku suka cara dia cakap. Mulut dia tak lekang menyebut alhamdulillah. Selesai sudah. Kini kena tunggu keputusan samada aku layak tak masuk PLKN. Doktor tu kata tak tahu lagi tapi dia kata dia risau sebab tekanan darah aku rendah. Almaklumlah, orang penyabar memang begitu.

Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada pagi tadi aku berasa sangat mengantuk dan penat atas sebab musabab ambil results.

Kini aku sibuk menguruskan PLKN pula. Nampaknya aku memang tak boleh lari daripada ini. Kebetulan aku memang tak nak pergi PLKN dan tambahan aku suka berborak waktu perhimpunan, aku memang lah tidak dengar apabila cikgu menyebut nama aku untuk isi borang PLKN. Jadi, hingga akhir masa nak deadline, Penguin panggil aku ke pejabat dan suruh aku isi borang there and then.

Memandangkan aku memang tak pernah hafal apa apa yang tidak dicatat di dalam buku biologi atau sejarah, aku memang tidak tahu langsung alamat rumah aku. Jadi aku pakai hentam tulis. Sebenarnya aku ada simpan dalam phone tapi tak de kejadahnya aku nak keluarkan phone kat bilik pengetua tu.

Semua orang andaikan aku buat begitu sebab aku tak nak masuk PLKN walaupun aku telah jelaskan beribu kali alasan yang sebenarnya. Kalau kamu tergolong daripada umat manusia yang tak mempercayai aku, hari ini aku akan kukuhkan lagi bukti kesahihan kata-kata aku.

Sewaktu ayah aku bersemangat isi borang online memohon ke Cyberjaya Medical College, ayah mengisi alamat kami. Dulu, alamat kami Taman Ampang Hilir tapi kini dah di tukar. Itu lah alamat consequence nya bile jalan takde signboard.

Seingat aku alamat yang seperti tertulis di Google,
M663 Fawina Court,
Ada Putra dan Sulaiman tak ingat sangat.

Tapi sewaktu aku baca alamat yang ayah aku tulis tu aku rasa macam tak betul. Tapi memandangkan aku sendiri tak hafal alamat rumah aku malas lahnak tegur.

Sudah di hantar borang tersebut, ayah aku apply kan untuk MSU pula. Sewaktu dia mengisi alamat itu baru dia ter confuse dan berkata;

"Eh, Jln Sulaiman Putra ke Putra Sulaiman?"

"Ha tu la. Tadi aa dah syak dah macam salah je. Putra Sulaiman la"

"Oh ye?"

"Ayaaaah"

"Takpe, dia tahu lah tu. Fawina Court."

"Posmen tu bukan nya rajin sangat pun"

Kini baru lah aku berasa lega kerana kejadian ini telah membuktikan bahawa kesalahan alamat yang pernah aku berikan bukan atas dasar ketidak pandaian aku sendiri tapi atas dasar gene ayah aku. Maka aku boleh lah blame gene dia sepertimana ayah aku selalu cakap kat siapa siapa yang tak pandai matematik dapat gene umi aku.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang