Monday, March 9, 2009

Tipah Tertipu

Rasa malas membuak buak di dada. Namun begitu, terkenang akan blog yang sudah 2 hari di endahkan bagitu sahaja, serba salah pula dibuatnya. Hehe.

Setelah seminggu bertungkus lumus mencuba untuk kentalkan hati dengan hidup aku tanpa handphone, akhirnya semua itu berbaloi juga. Seiring dengan pembelian handphone baru Fifi, aku turut sama join the club. Kini aku pengguna handphone SonyEricsson setelah 2 kali aku curang dengan SonyEricsson kepada Samsung.

Rasa tertipu sedikit kerana sewaktu aku menghidupkan handphone itu terdapat nama nama yang tidak dikenali di dalam contacts. Aku jadi syak wasangka ada sama handphone itu baru atau tidak, tapi kelihatan zahir nya sempurna tanpa cacat cela aku cepat cepat matikan perasaan resah aku.

Kawan aku pula ditipu dengan kamera tampalan di hadapan. Apabila di tanya ke tauke Cina itu, "kat depan pun ada kamera ke?", dia menyangkal dan katakan itu hanya untuk style bagi nampak sejuk (cool).

Walaupun terlintas difikiran aku untuk menyaman mereka tetapi apabila difikirkan balik, mungkin peluang aku untuk memenangi kes sebegini tipis. Ini kerana penipuan sebegitu rupa mungkin boleh disangkal dengan alasan salah faham.

Sebagaimana aku salah faham terhadap papan tanda Duke.

Kalau terdapat sesuatu yang tulis lebih kurang macam,

"Ke Damansara dalam masa 9 minit"

Apa yang akan kamu fikir? Yang berlegar di otak aku hanyalah kapal terbang atau mungkin bullet train.

Lalu aku tanya lah ayah aku,

"Ayah, Duke tu apa? Macam keretapi ke?"

Sekeluarga tanpa segan silu menggelakkan aku.

Ayah : Ha, yelah Syarah, keretapi.
Umi : *sambil tergelak* highway la. Ada ke keretapi.

Aku rasa sungguh tertipu. Papan tanda sebegitu telah memberi penghinaan awam terhadap aku. Tambahan lagi, aku turut tertanya tanya,

Kenapa highway pun nak kena advertise?


Tapi aku tak tanya takut kena gelakkan lagi.

1 comment:

  1. sekarang fon aku dah tinggal satu kameraje akibat benda alah pink, leopard print yang aku beli kat mid haritu.
    agaga.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang