Tuesday, March 17, 2009

Que Sera Sera

Kebetulan petang itu, rahmat hujan melimpah ruah menimpa bumi Ampang. Bertemankan si angin yang bertiup kencang, mendodoikan aku. Mataku semakin berat. Syaitan yang bertenggek di mata aku menarik narik bulu mata ku. Akhirnya aku kalah jua. Terlelap sebentar setelah seharian di sekolah menemani umi aku.

Seperti yang telah termaktub dalam Lauhul Mahfuz, sedang aku tidur itu terdengar pula lagu Jat Da Da, nada dering telefon aku. Lantas aku cepat cepat bangun dan menjawabnya.

"Hello. Ni Cik Siti ke?"
"Hmm. Ha"
"Ok, ni Puan R dari MSU,..."
"Oh ok."
"Kalau jadi masuk, dalam minggu ni sampai surat tawaran"
"Oh ok. Admission bila?"
"6/4"
"Oh ok. Terima kasih"

Adrenalin menari nari di dalam urat saraf ku. Entah mungkin kerana gembira mungkin juga kerana sedih. Terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik aku bakal masuk univeriti.

Kini aku masih menunggu surat tawaran. InsyaAllah Sabtu ini ayah aku dan aku akan ke MSU men join BFF ku, Fifi dengan ayah dia.

Entah bagaimana aku boleh dapat MSU. Sedang selama ini tidak pernah terlintas pun dalam fikiran aku. Moga moga ini ialah pilihan yang terbaik. Kerana waku kecil kecil dulu cita cita aku agak berlainan...

Mula mula aku nak jadi


seorang muslim dan seorang angkasa

Walaupun impian tersebut mungkin tak kesampaian, aku redha sahaja. Yang pasti, insyaAllah aku akan berubah apabila masuk IPT ni.


janji tidak bising di kelas

Namun begitu, walau apa pun cita cita aku, satu yang aku tetap berharap ialah


Saya akan berubah. Mati didalam iman

InsyaAllah.

Siapa tahu apa yang telah tertulis untuk kita di masa hadapan kan. Que Sera Sera.

P/S; kredit untuk pelajar lelaki darjah 2 sekolah Dar al-Hikmah kerana menulis azam mereka di atas helaian kertas tersebut.

2 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang