Wednesday, March 11, 2009

Mimpi yang Sempurna

Dalam masa kurang daripada 24 jam, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang aku telah duduki tahun lepas bakal keluar. Sehelai kertas yang menentukan segalanya. Di situlah titik kejayaan atau kemusnahan akan terbina.

Detik tersebut bukan sahaja dinanti nanti kan dengan penuh katakutan oleh aku sahaja. Malahan, umi, ibu, mak, andak dan semua jenis penyibuk di dalam hidup aku turut resah gelisah sekali menyertai geng gatal buntut, tak boleh duduk diam selagi tak dapat results.

Sewaktu kakak aku menunggu keputusan SPM nya, dia kata dia dapat mimpi. Dalam mimpi dia, results dia straight A's. Jadi umi aku pun sibuk sibuk lah tanya aku dapat mimpi tak. Walaupun mimpi kakak aku mendapat straight A's bertukar menjadi satu A.

Aku pun cakap tak. Tpi aku ada mimpi pasal Australia. Itu pun sebab abang yang tanya pasal Aussia sampai pukul 3 pagi. Memanglah aku mimpi begitu. Kerana hakikatnya, aku tidak percaya kepada mimpi. Bagi aku, mimpi itu tidak lebih daripada permainan tidur. Lagi lagi kalau sebelum mimpi tak basuh kaki. Ok, la part basuh kaki tu pun aku tak percaya.

Kamu tahu kenapa aku tak percaya pada mimpi?

Dahulu kala, waktu kecil dulu, aku pernah mimpi aku sedang main hujan dengan penuh gembira. Tapi bila terbangun, rupanya bibik aku sedang spray muka aku. Tambahan lagi bila aku buka mata, air termasuk mata. Perasaan gembira tadi terus bertukar kepada perasaan amarah.

Lagi satu, aku memang convince yang mimpi itu permainan tidur kerana dulu aku pernah mimpi;

Ayah kejut aku bangun tidur suruh solat subuh. Lalu aku ke singki dan mengangkat whudu'. Tapi, ayah datang dari belakang aku, seraya berkata,

"Bangun lah. Solat!"
"Dah bangun la ni. Tengah angkat whudu' ni, tak nampak ke?"

Dalam hati aku, aku menyumpah seranah kerana geram di ganggu sewaktu angkat wudhu'.

Sejurus selepas itu mata aku terbuka dan kelihatan muka bengis ayah. Cepat cepat aku bangun dan lari menuju ke singki untuk angkat wudhu'.

Walaupun aku tak percaya kepada mimpi dan ritual basuh kaki nanti mengigau, aku percaya bila atok aku cakap jangan tidur maghrib maghrib.

Mula mula memang aku tak percaya. Sehingga suatu insiden berlaku.

Aku sedang nyenyak tidur petang petang nak ke maghrib itu. Lantas aku terbangun dan melihat jam,

"7.20"

Ya Allah! Nak pergi sekolah dah lambat. Nanti mati kena marah!

Aku cepat cepat berlari ke bilik air belakang. Tambahan pula sewaktu aku lalu di sebelah meja makan, kelihatan sekeluarga sedang menjamah sarpan.

Di bilik air yang terletak di belakang meja makan itu pun, aku menjerit sambil mengetuk ngetuk pintu bilik air kuat kuat;

"CEPAT LAH! NAK PERGI SEKOLAH DAH LAMBAT NI!"

Lalu sekeluarga pun gelak kan aku. Baru aku sedar mereka sedang makan malam bukan nya sarapan.

Sejak hari itu, aku dah tak tidur petang. Namun begitu, sampai sekarang aku tak percaya pada mimpi.

Kamu tahu kenapa? Kerana sedang semua orang bercerita mimpi tentang Prince Charming mereka, kamu tahu siapa yang aku mimpi semalam. Amboi amboi amboi, Azwan Ali.

Tapi dalam mimpi tu dia nampak sungguh maskulin. Sah lah mimpi tidak boleh dipercayai, sebab dia bukan prince charming aku. Kalau tambah '-ess' di belakang itu mungkin logik sikit. Hehe. Sorry ye dik nun.

3 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang