Wednesday, March 4, 2009

Cinta 3 Musim

Tak tahu la macam mana Aqasya ngan Amy survive sampai 3 musim. 1 musim ni pun aku dah tak larat dah. Mana tak nya, kalau buat nak kuat-kuat. Eh aku nak tidur pun tak senang tahu. Mengganggu ketenteraman awam. Mungkin patut di letak signboard yang dilarang ehem ehem...

Oleh kerana perilaku tidak senonoh yang semakin berleluasa ini, aku rasa mungkin aku patut membawa kes ini kepada ADUN. Supaya boleh mengambil tindakan. Mana tak nya, penat lelah aku mengayuh basikal tua ku untuk pergi memangkah Dr Halimah, begini pula balasannya. Rakyat yang mengundi tidak diendahkan begitu saja.

Pergi jumpa Ketua Kampung pun tidak dilayan juga akan permintaan aku yang satu ini. Bila aku suruh Zakiah Anas serbu, baru dia lari terkontang kanting bagai budak nak kena sunat.

Jadi, aku yang kerdil ini terpaksa pasrah. Musim mengawan ni pun dah nak habis dah. Lepas ni mungkin mereka akan berhenti mengiaw kuat kuat sampai mengganggu tidur aku. Namun begitu, yang menyakitkan hati tentulah kucing Loser aku, Si Teleng yang sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Tak tahu lah sampai bila nak bertenggek kat rumah ni, abang abang dia semua sudah beranak cucu.

Kes kecil begini pun tak dapat nak selesaikan. Mungkin lepas ni aku boleh berubah arah dan join Puteri UMNO pula, dapat duit woohoo!

2 comments:

  1. huhuhu. dpt duet eh join puteri umno? klau join putera umno dpt x? igt nk join jgk lah. hihi.

    ReplyDelete
  2. hee.join putera umno dpt kain pelikat je la.haha

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang