Thursday, April 16, 2009

Masalah

Hari Rabu, Khamis dan jumaat adalah hari bermasalah kerana Talhah the Monster akan datang buat tsunami dekat rumah. Sebagai konklusi, untuk mengelak daripada menjadi mangsa tsunami aku terpaksa pergi sekolah pada hari-hari tersebut supaya sakit hati kurang.

Namun begitu, umi aku tak kejut pula dengan alasan yang dia ingatkan aku demam lagi. Jadi sehari itu aku terpaksa berhadapan dengan makhluk Allah yang satu ini dengan pekikan dan amukan besar yang datang dari badan ceneot nya.

Memandangkan hari ini aku terpaksa menghadap muka budak kecik, aku terpaksa menggunakan daya kreativiti untuk menghiburkan hati sendiri. Antaranya dengan berborak dengan kakak aku.

Malangnya, kakak aku suka tanya soalan soalan yang me-require penggunaan otak secara kritis untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Contohnya bila dia tanya,

"Awak pernah tak benci sangat kat orang tu awak tengok muka dia awak rasa nak terajang dia?"

Aku pun mula berfikir. Aku memang suka benci orang, banyak orang yang aku benci. Benci sampai nak terajang dia? Kalau aku pukul adik aku sekuat hati pun dia kata tak sakit in fact, aku yang sakit jadi aku rasa aku tak berupaya nak terajang orang yang aku benci.

Walaubagaimanapun, aku selalu benci orang sangat sangat tapi bukan lah sampai nak terajang muka dia. Paling paling aku suka cakap ialah, kentut dekat muka dia atau kalau dah benci tahap parah sangat aku akan cakap aku nak lumurkan tahi atas muka dia. Tidak seteruk terajang kan?

Jadi, setelah lama berfikir aku jawablah tak dan tanya kenapa. Tapi dia enggan beritahu dan aku pun tak berapa nak angkat kisah sebab aku memang tak suka dengar masalah orang pun.

Namun begitu, kadang kala aku berkorban jua dan sanggup menadahkan telinga keropok aku ini dengan masalah orang lain. Contohnya, aku mendengar masalah umi tentang perihal jiran.

Dulu umi suka komplen sebab jiran kami biasanya terdiri daripada Melayu-Melayu tidak bertauliah. Selepas kami pulang balik daripada UK, baru kami pindah masuk jiran Korea kami pindah keluar.

Pun begitu, sudah tiada jiran di sebelah rumah masalah umi tetap berlarutan. Umi kata nyamuk daripada rumah sebelah datang rumah kita pula.

Tetapi, alhamdulillah baru 2 hari lepas sekeluarga India telah pindah masuk di rumah sebelah. Mungkin tidak menyelesaikan masalah umi tapi aku tetap nak ucapkan selamat kepada jiran baru.

Semoga jiran baru tidur lena jadi senang sikit nyamuk nak gigit anda semua. Hee.

2 comments:

  1. wlubgimnpun,
    aku akn ttp lumurkan kau dgn semua masalah aku fasl haziq.
    agaga.

    ReplyDelete
  2. yang itu telinga keropok ak sudah immune.agaga

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang