Sunday, April 5, 2009

L dan P

Sudah beberapa kali aku menukar sekolah memandu. Tidak, bukan kerana terlalu bodoh. Sebelum ini, hingga mendapat L tiada kemusykilan. Namun dalam proses untuk medapatkan lesen P, Umi aku suruh cari instructor perempuan. Malangnya, agak susah untuk mencari instuctor perempuan.

Hinggalah satu hari, umi aku kata dekat Institut Memandu Saza ada instructor perempuan. Lalu aku pun pergi ke sana. Dekat sahaja, lebih kurang 10 minit naik kereta dari rumah aku. Tetapi malangnya, instructor perempuan kat situ dah sibuk dan tak ambil pelajar dah.

Akhirnya, dengan hati yang hiba aku dan ayah menuju kembali ke kereta. Tiba-tiba ayah mempelawa untuk makan roti canai lantaran kereta kami parkir betul-betul bertentangan dengan sebuah kedai mamak. Aku pun mengangkat kening tanda setuju.

Restoran tersebut agak lengang, hanya kelihatan beberapa customers lelaki. Mereka semua sedang menonton ragbi yang sedang disiarkan. Ayah aku turut sama menonton nya.

Beberapa minit selepas itu, tiba tiba ayah aku tanya,

"Eh, dia tu dah meninggal kan?"

Lalu aku toleh dan lihat ke skrin TV tersebut. Kelihatan, seorang budak perempuan sedang menyanyi riang. Aku pelik, kenapa semua lelaki ini nak tengok budak kecik annoying yang bajet comel melalak lalak tentang crap apa benda.

Berkerut muka aku. Lalu ayah aku bersuara lagi,

"Besarkan buaya itu?"

Woah. Aku gambarkan buaya ini,



Rupanya ayah aku bercakap tentang buaya yang betul betul. Waktu itu juga baru aku perasan yang rupa nya rancangan yang sedang disiarkan ialah Crocodile Hunter lantas menjelaskan segala kemusykilan aku tadi.



Dalam perjalanan pulang pula, sedang stuck di traffic jam di jalan sebelah Hotel De Palma itu, kelihatan sesorang sedang berjalan kaki. Rambut nya pendek, berbaju kemeja, berseluar jeans dan muka nya kelihatan agak feminin.

Lalu ayah aku tanya,

"Tu perempuan ke laki?"

Aku pun jawab perempuan. Tapi dia menafikan dan cakap lelaki. Aku menyangkal dan membantah jawapan nya tetapi dia insist cakap yang manusia itu lelaki.

Kalau kamu, mana satu kamu percaya, dumb or dumber?

Oleh kerana terlalu memikirkan persoalan tersebut, sewaktu di kampung, aku duduk disebelah adik saudara aku, lalu ter keluar dari mulut aku (lantaran sindrom invoice aku),

"Awak perempuan ke lelaki?"

Untuk meng-cover malu, aku pun cepat cepat tanya tentang benda lain.

"Eh, Balqis mana?"

Almaklumlah, sepupu belah ayah aku memang ramai. Aku tak berapa nak kenal semua. Dia hanya terdiam. Tak lama kemudian aku bersuara lagi,

"Eh awak kan Balqis?"

Lalu dia mengangguk sambil tersenyum simpul. Haha.
Ok lah, aku dumber. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang