Setelah sudah lama tak balik kampung (lama lah sangat, baru 2 minggu) semuanya kelihatan seperti yang ditinggalkan,
Atok bercakap tanpa memakai gigi palsu, mak tak dengar
Atok bercakap lagi, mak tak dengar lagi
Atok cakap lagi, mak tak dengar lagi
Atok nak pergi ambil gigi di dalam bilik air, perjalanan mengambil masa setengah jam dari ruang tamu ke bilik air.
Atok kembali semula, mak dah tertidur.
Atok masih berbau seperti biasa. Seperti biasa ialah seperti bau satu lori bedak Safi terjatuh atas atok. Atok suka pakai bedak Safi. Normal. Cek.
Atok masih pakai boxer putih sahaja. Normal. Cek.
Atok suka sikat rambut, walaupun atok botak. Normal. Cek.
(Masih living in denial walaupun sudah berabad lamanya hilang rambut)
Atok membongkok dan mengahalakan kepala nya ke kipas (atok keringkan rambut). Tidak normal.
Pergi ke sudut lain, oh rupanya atok sedang membaiki sesuatu yang kebetulan bertempat disitu.
Ingat kan atok sudah nyanyuk.
Walaupun ternyata atok tidak nyanyuk, aku masih tidak berpuas hati. Memandangkan atok sudah meningkat 70 tahun, aku bertekad hendak find out samada atok sudah nyanyuk atau belum.
Sewaktu balik, atok hulurkan duit. Normal. Cek.
Tak nyanyuk lagi.
Keluar dari rumah atok lalu terpaksa balik semula, Umar nak kencing.
Oh ini bagus, boleh salam atok lagi dia bagi duit lagi.
Pergi masuk salam atok balik. Minta duit, atok tak bagi duit lagi. Atok tak nyanyuk. Hampa.
Hikmah
7 years ago
haha..nak taw nyanyok ke tak,kene tengok dapat duit ke tak ek?
ReplyDeletehebat punya cucu :P
hehehe.mesti la,itu pling penting.ngee
ReplyDeletewahahaha~
ReplyDeletesenget la syarah nih..
Dush!
sindrom materialisme thp melampau ni.
ReplyDeleteagaga.
ngee.tahu tape XD
ReplyDelete