Thursday, April 2, 2009

Mari Memasak

Dahulu kala semasa di bangku sekolah rendah, aku beritahu kawan aku yang aku nak jadi Chef Wan. Lepastu dia betul kan aku dan cakap,

"Kalau perempuan Chef Win lah."

Sejak dari situ aku sedar bahawa serba serbi memasak ini bukanlah bidang aku.

Namun begitu, aku tetap tidak patah semangat dan tegar untuk belajar memasak. Jadi hari ini aku belajar memasak masak lemak cili api. Semua orang pun dengan kerek nya cakap aku yang masak walaupun sebenarnya aku tolong menengok Auntie Bibi masak sahaja.

Auntie Bibi letak daging. Mungkin sebab ikan sekarang terlalu mahal.



Mungkin di masa hadapan, aku boleh cuba memasak pula dan bukan hanya menengok orang memasak.

Namun begitu, aku masih ragu ragu. Ini kerana sebelum ini aku pernah juga masak masakan lain tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan, atau mungkin mereka yang cerewet sangat. Contohnya,

Aku pernah masak karipap hangus dan di sebab kan sayang kan aku teramat sangat, kawan aku Adelin tetap makan karipap hangus tersebut.

Aku juga pernah buat kek pahit kerana lupa nak letak gula, tetapi di sebabkan aku comel sangat mak cik itu memaksa anak dia menelan kek aku walaupun jelas kelihatan muka anak dia macam dihimpap hantu.

Aku juga pernah ter hangus kan roti bakar tetapi kerana aku cucu kesayangan, atok aku sanggup makan roti tersebut.

Yang paling teruk sekali, aku pernah masak telur mata hangus dan oleh kerana aku melampau sayang akan diri aku, aku terpaksa makan telur yang sudah penat lelah aku goreng itu.

Oh ya, aku juga pernah masak nasi goreng menggunakan perencah instant lalu hangus dan kerana aku sayang sangat kat semua orang, aku buang lah nasi goreng tu sebelum orang lain makan dan dapat food poisoning.

Jadi, sebagai langkah bijak untuk menghalang orang lain daripada cerek berit, mungkin aku kena pakai stiker ni,

2 comments:

  1. don't eat eraser?
    mane jadah haram kau jumpe sign tu?
    bodo gle.
    agaga.

    ReplyDelete
  2. haha.
    kat skola ak
    sbb eraser tu bentuk makanan,takut la kan,bdk2 termkn kan.hahaha

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang