Friday, April 10, 2009

Sakit

Jangan risau, tidak kronik. Sakit STD sahaja, seperti kata Hadi, Sakit Tekak dan Demam.

Punca demam mungkin kerana drive kereta kancil pada tengahari buta tanpa membuka air cond, punca sakit tekak pula mungkin kerana makan cendol.

Jangan la nak ingat aku ni takde kerja dan saja saja nak cari penyakit. Sebenarnya sewaktu aku belajar memandu dengan seorang mak cik yang busuk hati ni, dia saja nak torture aku. Literally, aku bermandi peluh sebab cuaca pada tengah tengahari itu memang suhu mendidih. Cendol tu pulak...err. Ok, cendol tu aku yang memang mengada-ngada tiba tiba mengidam nak makan, akhirnya sakit tekak.

Jangan risau, aku sedang beransur pulih. Namun begitu, aku tidak begitu menggemari fasa apabila aku sakit. Ini kerana, kalau aku sakit, otak aku berjalan agak lambat. Mungkin ada kaitan STD dengan tahap IQ, aku tak tahu, belum buat research lagi.

Kalau nak carry out experiment, inference nya boleh di buat berdasarkan tahap kelajuan otak aku berfungsi malam tadi.

Apabila aku mendapat Mesej Pesanan Ringkas (SMS) daripada 15888 yang aku hampir-hampir delete. Ini kerana biasanya Maxis yang agak bebal ini suka memporomot junk tak guna tambahan aku tak suka sebab Maxis cekik darah dan sebenarnya hendak switch celcom tapi kalau switch kena pakai postpaid so terpakse stay dengan maxis.

Balik kepada cerita tadi. Rupa-rupanya anggapan aku salah, 15888 tiada kena mengena dengan free caller ringtone atau free ringtone atau free caller. Sebaliknya, 15888 telah menghantar mesej teretera sebegini;

"RM0.00 UiTM mempelawa SITI.... ke program terpilih sesi Julai 09. Sahkan data anda di www.selangkah.uitm.edu.my sebelum 12/4/09. No Pin: XXXXXX"

Lalu bagai KJ dirasuah seringgit, aku pun akur mengikut perintah mesej tersebut. Sewaktu aku melayari laman web itu dan telah selesai mengisikan nombor pin aku, tertera sebuah skrin untuk memastikan maklumat peribadi.

Cepat sahaja aku isikan hingga lah ke suatu segmen. Di mana di tanya keturunan dan warganegara bapa, ibu dan calon.

BAPA: MELAYU WARGANEGARA
IBU: MELAYU WARGANEGARA
CALON: - -

CALON? Calon apa? Calon suami? Aku sudah hairan. Apa mungkin UiTM mahu pelajarnya bersedia, keluar UiTM terus kahwin? Oh, aku takde calon lagi, macam mana ni? Sah lah aku masih tidak bersedia untuk ke universiti. Bagaimana lah hidup aku di universiti nanti. Oh, banyak betul yang aku tak tahu.

Aku pun panggil ayah beberapa kali. Tetapi waktu itu dia tengah baca Qur'an jadi dia malas nak bangun. Aku terus menggaru garu kepala kerana gatal sambil berfikir selama setengah jam. Kamudian baru lah aku figured,

"OH, CALON."

CALON YANG MEMOHON.

Menyusahkan betul, cubalah tulis pemohon ke hape.

2 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang