Sunday, April 19, 2009

Umi (lagi)

Aku terpaksa menulis entri ini walaupun aku pening kepala memandangkan banyak sangat orang yang lahir pada hari ini. Besar betul jasa dan pengorbanan aku untuk umi.

Boring kan asyik tulis entri pasal umi? Agaga. Bak kata Fifi, kami telah mengalami retardation akibat jarang keluar sangat.

Sebenarnya pagi ini aku terlupa hari ini hari jadi Umi. Aku ingat kan hari ini hari jadi Ayah. Aku hampir-hampir nak tanya Umi birthday ayah nak buat apa, lepas tu baru aku teringat Umi yang tua sehari dari Ayah.

Walaubagaimanapun, selamat hari lahir kepada umi yang .... (sila rujuk entri ini, malas nak tulis semua sekali lagi).

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada,
Nur Izdihar Zaidi
Ustazah Faizah
Mustaqim anak Auntie Sofia
dll.

Tidak kira berapa tahun anda meningkat hari ini saya tetap tidak akan memberi hadiah. Agaga. Harap maklum dah lama tak pergi shopping. Sigh.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang