Monday, April 6, 2009

Fakta

Umi aku sering mengeluarkan nasihat yang tidak kool yang mengakibatkan aku mengendahkan nasihat nya. Dia juga suka meng assume perkara yang tidak baik akan berlaku dengan alasan itu ialah dia punya mothers instinct.

Seperti pagi tadi sewaktu membuat IC, ayah aku kata kalau lambat dia nak suruh aku ambil teksi balik. Lalu aku jawab, nak kena sembelih dengan umi?.

Setiba aku di rumah pula, umi menelefon dan tanya ada sama aku sudah selamat pulang. Apabila aku mengiakan, hatinya terus gembira lalu berkata;

"Huh, nasib baik. Umi risau je dari tadi, mana lah tahu ayah suruh awak naik teksi."

Lalu ayah aku sekadar mengeluh konon nya mengatakan yang umi tidak seharusnya meng assume ayah akan bertindak begitu walaupun pada mulanya dia memang berniat sebegitu.

Selain itu, akibat kadar ke blur an yang semakin menjadi mengakibatkan muka aku melahirkan ekpresi wajah yang kurang menarik. Biasa nya, apabila aku duduk dan otak aku blank, mata aku akan mengecil dan dagu aku terjatuh lalu mulut aku terbuka sedikit.

Biasanya aku tak rasa apa apa kerana tiada siapa pernah tegur aku kecuali umi aku. Seperti biasa, umi aku tentu sahaja betul lantaran ekspresi muka blur aku telah di immortalize dalam gambar IC aku.

Hari ini, terbuktilah segalanya sahih kerana apabila pak cik tersebut hendak mengambil gambar aku, dia suruh duduk betul betul dan senyum. Lantaran itu, dia menatap gambar IC lama aku dan tanya,

"Apesal muke ngko macam ni? Byk sangat makan keropok ke?"

Heh. Apa kena mengena aku tak faham. Tapi kini baru lah aku sedar, segala yang umi aku cakap itu sahih. Aku kena berlatih untuk tutup mulut dan tidak ternganga.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang