Tuesday, April 28, 2009

In Her Shoes

Harap maaf entri hari ini berbaur emosi benci yang membuak-buak. Tidak lain tidak bukan disebab kan mak cik evil di belakang stereng.

Mengapa aku tidak gemar memandu dengan mak cik driving,

1. Mak cik suka marah marah dan cakap dalam nada yang kasar
2. Mak cik tidak memahami yang aku memang selalu confuse kiri dan kanan dan apabila aku terconfuse dia akan marah-marah lagi
3. Mak cik tidak memahami bahawa aku mengalami malnutrition maka aku sangat lemah dan memusing kan stereng kereta kancil itu memang memerlukan seluruh tenaga aku
4. Mak cik tidak faham yang aku memang cepat lupa kalau tidak revise apa yang di ajar
5. Mak cik tak nak buka air cond kereta

Walaupun begitu, apa yang aku belajar di dalam literature mengikut novel To Kill a Mockingbird mengajar aku untuk cuba melihat dari sudut pandangan orang lain. Jadi hari ini aku akan cuba memainkan watak mak cik.

Aku sampai di bangunan buruk Fawina Court pada jam kira-kira aku patut sampai. Lepas tu aku terpasa membazirkan kredit aku dengan memberikan sistem pesanan ringkas kepada pelajar yang kurang pandai satu ini mengatakan aku telah tiba.

Masuk sahaja kereta, pelajar dah terlupa segala yang aku ajar semalam, angkat clutch nak laju laju je. Aku cakap bagi signal kanan dia bagi kiri. Nak pusing kat round about dah lah lembab lepastu kena pusing macam setengah mati, macam la stereng tu berat sangat. Nak angkat hand break pun tak larat. Tak cukup zat agaknya.


Sekarang baru aku faham kenapa mak cik suka marah marah dan balas dendam kat aku. Ok cukup lah mengajuk mak cik driving, bukan nya dapat pahala pun.

Tapi sekali sekala mengajuk orang seronok juga. Aku nak try ajuk ayah pulak la.

Hari ini aku dapat MC sebab mata bengkak, Jadi aku nak call kawan ofis, Zaid MIMOS memberitahu yang hari ini aku tak datang.

Aku pun menekan jari aku di talifon bimbit Nokia N-apa benda entah dan menalifon rakan ku yang bernama Zaid.

.....
"Hello."

Eh kenapa macam lain suara Zaid ni. Eh, ini bukan Zaid MIMOS, ini Zaid UK.

"Eh, assalamualaikum ko ape khabar?"
"Waalaikumsalam. Baik je, nape ko call?"
"Eh, saje je nak tanye khabar. Anak ko SPM kan, macam mana result?"


Hee. Ayah aku sangat pandai, seronok lah jadi dia. Hehe.

2 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang