Wednesday, April 15, 2009

Genetic Disease

Kehadapan sahabat handai yang sudah 2 hari diabaikan. Bukan sengaja saya tidak online berhari-hari (tipu) atau tidak mengupdate blog setelah sekian lama (tipu lagi).

Yang sebenarnya, saya sakit (tak tipu dah). Sakit STD telah kembali. Setelah dilanda wabak tersebut selema 2 hari pada hari khamis dan jumaat yang lepas, saya sudah sembuh. Namun begitu, pada hari keeseokannya iaitu hari sabtu saya telah menjamu selera di kedai makcik bawah pokok yang telah membenarkan saya order teh ais walaupun saya baru saja baik sakit tekak.

Hasilnya, hari isnin lepas sakit tekak telah datang kembali dan belum sempat sembuh lagi, semalam saya terpaksa makan cereal dan susu (susu itu sejuk) menambahkan lagi sakit tekak. Hari ini pula, saya terpaksa minum air coke sejuk sebab kakak saya telah membawa pulang air tersebut.

Tapi takpe, saya tabah menghadapi segala penyakit dan wabak yang sedang rakus melanda.

Walaupun saya sering merungut dan membuat ekspresi muka berkerut, itu tidak bermakna saya mengada-ngada sebab saya sakit. Sebab definisi mengada-ngada ketika sakit sangat berlainan dalam keluarga saya.

Contohnya,

Kalau umi saya sakit dia tak boleh bangun dari katil langsung. Penyakit umi juga sering berlarutan selama sekurang-kurang nya seminggu. Bila umi sakit, bukan umi sahaja tak boleh bangun, saya juga tak boleh bangun sebab seseorang harus berada di sisinya selagi dia belum sihat.

Kalau ayah saya sakit pun dia tak boleh bangun dari katil langsung kecuali apabila kawan dia call dan ajak minum teh tarik ataupun codeword dia; cuci kereta. Contohnya,

"UHUK UHUK UHUK UHUK UHUK"
*ring*
"WAHAHAHAH, OK DAH SIHAT"
"Syg, I nak kena pergi cuci kereta."


Kalau nenek saya sakit pula, dia tak boleh bangun langsung dari katil kecuali kalau di ajak pergi shopping atau disebut perihal duit. Nenek juga suka pergi jumpa doktor walaupun atok menghalang kerana alasan atok, doktor nak duit kita je.

Tapi kalau atok sakit pula dia suka buat buat tak sakit, konon macho. Atok juga gemar pergi berjumpa dukun. Antara dukun di dalam speed dial atok ialah Tiger dan Wak Saring.

Saya pula kalau sakit tidak semengada-ngada ahli keluarga saya yang lain. Saya boleh saja bangun dari katil bila bila masa kecuali kalau umi suruh buat kerja, tiba-tiba saya tak boleh bangun langsung dari katil.

Inilah penyakit keluarga saya, iaitu apabila sakit tiba tiba mereka akan transform menjadi gedik, ataupun menurut adik saya, gediKK, ada K.

2 comments:

  1. mase aku keciKK,
    aku penah purapura demam selama seminggu,
    ble mak aku suruh aku pegi skola aku nanges.
    tp ble aku start f4,
    aku just ckp kt mak aku,
    "fifi tanak pegi skola harini.boringla."
    agagaa.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang