Thursday, April 23, 2009

Employed

Aku yang memang selalu bernasib malang dalam hal-hal mancari kerja ni akhirnya sudah berjaya mendapat kerja. Bak kata orang, jangan cari kerja biar kerja cari kita. Eh silap, itu cinta. Haha.

Kerja aku yang dulu yang tak macam kerja tapi di panggil kerja sebab kawan umi aku yang kasihan melihat muka kesian tiada kerja aku akhirnya tak jadi kerja. Kerja yang tak macam kerja tu pun akhirnya tak layak pun di panggil macam kerja sebab tak pernah kerja pun. Tak apa, tak perlu faham tak masuk SPM. Kalau masuk pun tak perlu faham juga, korang dah lepas.

Akhirnya aku pun dah macam dapat kerja setelah countless bulan lepak lepak di rumah menggemukkan badan. Walaupun orang selalu cakap,

"Wah, duduk rumah je dah berapa bulan dah, senang la hati. Tapi tak gemuk gemuk juga ye."

Sebab duduk di rumah tiada siapa nak masakkan jadi duduk rumah bertambah kurus bukannya gemuk. Sesiapa yang malas, sila duduk rumah nanti boleh kurus.

Disebabkan duduk rumah tiada makanan dan boleh mengancam kesihatan seperti atas sebab gastrik, umi aku mengajak aku untuk lepak di sekolah pula. Akhirnya aku sudah berpusat di sekolah.

Masih juga tiada kerja. Aku pernah juga bertanya kenapa tiada siapa nak bagi aku kerja, umi aku jawab kerana mereka kurang yakin terhadap aku. Aku sendiri tak faham kualiti apa yang aku tak ada. Makanya, aku datang sekolah dengan duduk menghadap komputer dan menggunakan internet dengan rakus ataupun menghabiskan hari-hari aku dengan membaca buku di perpustakaan.

Hinggalah satu hari sedang aku duduk duduk di dalam bilik lembaga, lembaga-lembaga pun berbual.

"Eh, we need orang to jaga the library la"
"You know, someone yang free to look after the budak-budak coming in and out"
"Boleh la tengok-tengok kan if the kids nak pinjam buku ke apa"
"Maybe the teachers la, Teacher M boleh jaga kan?"
"No, she got classes. Morning only she's free"
"What about Teacher S?"
"She's part time, if we use her kena bayar la"


Aku masih duduk membatu di situ. Mereka sambung lagi perbualan mereka.

"You know what, we need like a nenek-nenek who don't have anything to do at home, have no cucu to play with and is free all day"
"Like Bibi?"
"Yes, but she's garang. Someone like her yang tak garang"
....
"Syarah? Can you do it?"

-___-", tidak cukup menjadi ke mak cikan, sekarang aku ke nenekan pula. Aku sekadar tersenyum sinis.

"Boleh la, kita bayar gaji kerani, Syarah duduk situ tengok after the kids, tu je, boleh kan?"


Aku sekadar tersenyum lagi. Senyuman seribu makna. Oh, kerja pertama aku. Tak sabar nak cerita dekat anak cucu aku bila aku dah betul betul jadi nenek garang yang bosan nanti.

P.S. Fifi, jangan nak italicize Sere is busy with her job ok, aku dah betul betul ada kerja. Strangely, hari ini hari ke dua tapi aku masih tidak menjalankan kerja aku lagi. Haha.

7 comments:

  1. oh, rakan ku dah ade pekerjaan sebenar.
    i'm so proud of you babe!
    agaga.

    brp payment??
    ngeeeeee.

    ReplyDelete
  2. hahaha.terima kasih
    gaji kerani, x tahu lah aku berapa
    oh ya, in advance gaji berharga satu beg LV
    ngeeeeee

    ReplyDelete
  3. zaman skrg, kerani pun pki beg LV.
    ea, babe,
    what are we doing? sibuk nak jadi doctor, cari husband kaya?
    jadi kerani pun dapat beg LV apa?
    agaga

    ReplyDelete
  4. haha.jd kerani kat mana syg
    kat sekolah mak aku, yg pemberi gaji semua asyik sibuk pergi ke new york dan london mmg la mendpt gaji berharga bag lv
    cuba ko cri ada x lagi sekolah mcm tu.hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha. duduk rumah berbulan2 tanpa buat apa memang boleh bikin daging bertambah banyak. macam sy lah. aha.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang