Monday, April 20, 2009

Ayah (pula)

Hari ini hari lahir ayah tapi so far hanya dapat tengok muka ayah tak sampai sejam pun lagi. Semoga ayah dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan bertambah tambah pemurah kepada anak anak nya (sahaja).

Sebenarnya hari ini hari kesedihan ayah sebab zaman muda nya iaitu semalam ketika dia masih lagi berumur 44 tahun sedangkan umi menginjak 45 tahun sudah berakhir.

Jangan risau walaupun ayah sudah sebaya dengan umi ayah tetap maintain macho, semoga pujian ini berbaloi untuk sebuah laptop baru. Ayah juga tetap maintain rock walaupun rambut dah setengah putih dan setengah lagi oren (akibat menginaikan lagi setengah uban). Suatu lagi yang tidak berubah ialah ayah tetap maintain menjadi my personal ATM, ayah suka kan? hehehe.

Ok dah lah penat cakap pasal ayah kalau dapat kereta ke tak pe jugak kan. Ehehe.

Secara am nya, hari ini hari yang membosankan kecuali hari lahir ayah (happy bday ayah, again) dan Datin Zalina menghadiahkan beg Loius Vuitton monogram yang lawa gila (btw, thanks Auntie Ina) dan makan kek ais krim hari lahir umi yang sangat sedap (thanks to her students).

Memandangkan hari ini ialah hari yang bosan dalam sejarah dan aku sudah kering idea hendak blogging pasal apa, aku yang membosankan ini akan menjawab beberapa soalan rawak yang tidak seberapa.

Kalau anda jadi orang kaya?
seronok sangat

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
lagi seronok sangat

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
tak mahu

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
memang betul pun

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?
lagi bagus, tak payah susah2 nak kena cari sendiri lelaki kaya yang beriman

6. Kalau tiada lagi hari esok?
beribadat

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
berdiam diri

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
tak mahu kalau bagi duit pun tak mahu, oh mmg bagi duit pun. tak mahu juga.

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
mereka pergi johor mungkin

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?
lihat rupa sebenar mereka dengan teliti

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
pemberi lesen membunuh

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
terima kasih, ciptaan Allah memang begitu

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
beribadat banyak2 dan menunggu masa

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
bosan

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
kalau dah terpaksa nak buat mcm mana

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
mungkin anugerah tersebut merupakan pelajar kuat tidur yang saya tak inginkan

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
lebih suka bangsa sendiri

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
kalau dah terpaksa nak buat apa

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
nak buat macam mana, asam garam org fofular.agaga

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
dena, kawan sekolah lama yg comel

21. Tag ;
fifi, jue, neem, dll.

8 comments:

  1. ehehe terima kasih (= kirim salam umi awk ye

    ReplyDelete
  2. ehehe.sama2.insyaAllah
    thx eh fer the tag.ngee

    ReplyDelete
  3. serius. saya suka blog kamu. ada gaya. best. :D

    ReplyDelete
  4. oooo mengata ayah yaa... muhahaaaaaa.. tunjuk sat hbag LV tuuu..nak tengok

    ReplyDelete
  5. mana ushu jumpa blog aa?hehehe
    nnt blk klang tgk la.hehehe

    ReplyDelete
  6. Adakah sy di'tag'??
    Hohoo..
    Lwk ar syarah nih..
    pasan jew lebey..
    Agaga~

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang