Thursday, January 29, 2009

Petua Meraban

Haha. Ok, Ok petua ponteng sebenarnya. But tak nak tulis dekat title sebab takut nanti ada orang google "Petua Ponteng", jumpa article ni pulak. Tak Nak, Tak Nak. Ini hanya sekadar menceritakan experience semata-mata, tidak berniat untuk memudaratkan mana-mana pihak lain. Hehe.

First of all, saya hanya suka ponteng pada subject yang cikgu dia crappy sahaja. Harap maklum. Maksudnya, kalau cikgu itu tidak memberi effort dalam mengajar kitaorg saya pun tak ada effort untuk belajar lalu ponteng. Hee.

i.e. Sewaktu pelajaran Add Math, walaupun saya tak benci subject tu (berikutan saya suka modern math), jadi saya takde lah tak suka add math BUT because cikgu yang ..... (tak tahu lah nak ckp apa), saya jadi malas nak belajar lalu ponteng almost every lesson. But then, dekat luar saya menebus balik dengan mer-rajin kan diri saya belajar add math. hehe.

i.e. #2 Sewaktu pelajaran Sejarah. Walaupun saya clueless (sebab tak penah belajar sejarah dari form 1 - 4) dan saya tak berminat pun nak belajar sejarah (sebab saya rasa sejarah tu tak diperlukan pun) tetapi disebabkan Cikgu Mai yang sangat passionate mengajar sejarah saya menjadi berminat terhadap pelajaran Sejarah. Lantas, tidak pernah terlintas pun di fikiran saya untuk memonteng kelas sejarah.Hee.

Saya ponteng pelajaran yang saya malas nak belajar

i.e. Pelajaran seperti EST, English, Fizik, etc. (tapi 3 ni favourite lah) hehe.

Jangan lah ponteng pelajaran yang kedatangan nya direkodkan.

i.e. PJ dan Agama (sebab nanti kantoi la)

Jangan lah ponteng sesuatu pelajaran secara konsisten

Bermakna (selain add math), saya hanya ponteng subjek subjek secara berselang-seli. Hehe. i.e. Saya sekali-sekala dalam seminggu saya ponteng EST, minggu depan tak pula. Instead, ponteng Biologi. dan seterusnya.

Ponteng lah dengan org yang lebih teruk

i.e. Sekali itu, sewaktu pra-spm, saya dan seorang sahabat ponteng kelas lalu kami lepak di pondok. Di pondok lagi sebelah pula terdapat sekumpulan pelajar Cina yang turut sama memonteng. Lalu, (jeng jeng jeng), Penguin lalu dekat tepi tuh dan terus menjerit-jerit dengan suaranya yang menjengkelkan itu,
"Pelajar!"
Saya buat-buat tak dengar
"Pelajar, kamu pekak ke?"
Lalu saya toleh
"Kamu form berapa?"
Saya diam
"Pelajar! Kamu pekak ke?"
Lalu saya jawab "form 5" dan terus beredar dari kawasan itu.
Manakala, sekumpulan pelajar Cina itu masih berlengar-lengar di pondok dengan selamba badaknya.
Lalu, Penguin pun bengang dan pergi ke arah pelajar-pelajar Cina tersebut lalu kami off the hook lah.
Kemudian Kami naik ke kelas yang kosong dan menjumpai lagi 2 pelajar lelaki yang turut sama ponteng. Hehe.

Jangan lah terserempak dengan cikgu subjek yang korang bakal ponteng

Sebab nanti dia ada potensi teringat yang korang terserempak dengan mereka tetapi tiada pula dalam kelasnya.

Gunakan masa ponteng sebaik mungkin

i.e. Sewaktu ponteng, biasanya saya akan terrserampak dengan mana mana cikgu lalu mengoffer kan pertolongan terhadap cikgu tersebut. Antara pertolong yang pernah saya berikan termasuklah, mangambil kan payung di bilik guru, menghantar kertas soalan sejarah pada kelas S4, etc. Jadi sekurang-kurang nya masa ponteng itu terisi dengan perkara yang baik.

Gunakanlah masa ponteng untuk belajar

i.e. Kami menggunakan masa ponteng untuk belajar atau buat homework tuition.Ngehehe.

Hotspot Ponteng

1. Surau. Sangat ideal, sebab orang tak ramai datang di sini. Cuma sekali sekala kalau ada cikgu datang solat. Itu pun biasanya mereka tidak menghiraukan pelajar di situ. Chances of kena kantoi amatlah tipis. Hee.

2. Kantin. Tak berapa strategik sebab cikgu selalu lalu-lalang di situ. So memang senang gila kena kantoi. Selain itu, di deretan sebalah kantin terdapat pula kelas-kelas.

3. Bilik Kaunseling. Ini gila ideal sebab bilik ini selesa dan mempunyai entertainment. Bilik kaunseling ni rasa mcm balik rumah, lepak lepak atas sofa sambil mendengar radio dan makan. Haha. Walaupun begitu, bilik kaunseling jarang di target kerena kadang kadang ianya tutup apabila tiada guru kaunseling yang menjaga.

4. Pondok. Sangat tak ideal sebab senang gila kantoi. Haha. Tapi selalu je lepak sini, pengawas boleh sahaja assume kita duduk situ sebab tangah rehat, etc.

5. Tandas. Tak pernah try. Kalau nak tahu best ke tak try lah sendiri.

Warning: Try at your own risk. Haha.

3 comments:

  1. oooit..

    kalo nak ponteng kat kantin bole sangat lol..

    aku sllu wat..

    tapi ade syarat laa..

    1.pastikn korang ade ngn budak2 sesi petang..(so cikgu xde laa perasan sgt kehadiran korang kat cane)

    2.ko diam jee kat kantin tuh..jangan wat kecoh lak..nanti kompem2 cikgu nampak..

    3.kuar pada hari rabu..(sbb kita kan pakai baju t-shirt koko,so cikgu mcm x kisah sgt)

    4.korang duduk laa kat bahagian tepi yang berdekatan ngn toilet tuh..compem cikgu x perasan..yang mungkin perasan pown cikgu2 lelaki yang sempoi2..huhu

    5.ape ag,try k..dah try,reply kat komen nie pulak k..citerkan pengalaman korang..gud luck babe..

    petua dari
    neem
    (ex starian):P

    ReplyDelete
  2. n yeah..

    pn mai is da besh!!!
    aku benci gile sejarah,n setiap kali cikgu2 mengajar,aku terpakse menyumbatkn earphone dekat telinge..
    but,ngn cikgu mai..smue tuh dah x jadi..n aku pulak yang x sabar2 nak tunggu die masuk kelas tok mengajar..
    PN MAIZURAH..i miss ur type of teaching..humble,sempoi n full of pride..sangat2 bermaruah babe..respeck!!..kan bagus kalo semua cikgu kat Malaysia cam die..
    n im proud dat i can truely said dat i love u Pn mai..!!! :)

    dari,
    neem
    ex 5s4(2008)

    ReplyDelete
  3. oh haah. hari rabu memang paling best nak lepak kantin.hehe.

    yes cg Mai mmg best gilaa!! Rindu nak belajar sej lagi. XD ngee

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang