Saturday, January 31, 2009

Kisah Aku dan Bas

Ye, bas. Bas lah. Giant steel yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk bergerak ke sana ke mari. Dan ini kisah aku dan bas. Kenapa kisah aku menarik? Sebab aku ni jenis manusia yang sangat dependent. Lebih lebih lagi dengan overprotective mum, aku bertambah tambah dependent kepada semua orang sekeliling aku. Dan ini lah kisah aku dan bas.

Sesat Barat

Ye, literally. Aku tersesat di Negara Barat. Semuanya bermula sewaktu aku pulang dari sekolah. Dan seperti hari-hari biasa, aku akan menunggu Hakim keluar dari kelasnya untuk pulang bersama-sama menaiki bas. Namun begitu, pada hari keramat tersebut, Hakim keluar kelas lambat. Aku pula menunggunya dari luar sekolah dengan gelisah. Berbagai-bagai idea yang berlari difikaran aku. Kenapa agaknya dia lambat? Mungkin dia dah pergi kot. Lalu, dengan hati yang resah gelisah, aku pun terus pergi ke bus stop. Kemudian mengambil bas yang berhenti di ditu.

Ye, sewaktu naik lagi hati aku masih resah. Lebih-lebih lagi bas yang aku naiki itu kelihatan agak berbeza dari bas-bas yang biasa aku naiki. Tapi aku lupakan sahaja perasaan aku itu. Mungkin hanya syaitan yang mahu menakut-nakut kan aku dan menimbulkan was-was di kotak fikiran aku. Lalu bas pun terus bergerak. Tetapi, anehnya jalan yang dilalui berbeza dengan jalan yang biasa dilaluainya. Kebimbangan pun meruap ruap di hati aku.

Namun begitu, aku tunggu sahaja. Cekalkan hati dan meyakinkan diri aku yang aku tidak menaiki bas yang salah.

Bas pun bergerak lagi. Menuju dari satu stesyen ke stesyan yang lain. Satu satu stesyan aku perhatikan entah entah ada yang berdekatan dengan rumah aku. Tapi tidak. Hingga akhirnya, bas itu berhenti dan kesemua penunggang pun turun dari bas tersebut. Hati aku bertambah resah. Lalu driver itu pun memberitahu aku perkara yang paling tidak ingin aku dengar, "This is the last stop". Hati aku gugup. Mata aku berkaca. Aku sebatang kara ber bekalan 1 Pound Sterling di tanah orang.

Aku pun turun dari bas. Bas itu berhenti di sebuah dewan. Di dewan tersebut terdapat berbagai manusia yang kebanyakan nya membawa beg beg luggage. Aku pun tertanya tanya. Di mana aku ini. Aku terlalu takut. Lalu aku hanya berdiri dan menangis. Menangis bagaikan a little girl lost. Ok, memang patut aku menangis aku was a little girl lost.

Kemudian, aku didekati oleh 3 orang wanita. Mereka bertiga ternampak aku berdiri menangis di dalam uniform biru pekat aku. Salah seorang deripada mereka, seorang wanita Negro yang tinggi dan cantik menanya kepada aku "Are you okay?". Lalu aku bilang kepada mereka bahawa aku sesat dan perlu kembali ke rumah ku di BD7. Lalu seorang kawan nya mencelah. Wanita British itu mencadangkan agar aku pergi ke kaunter dan beli tiket bas ke BD7.

"Kring!". (Ok, aku tipu, phone aku tak bunyi "kring"). Aku memandang di skrin telefon bimbit aku, tertera "Hse". Aku sudah cuak. Apa agaknya aku nak beritahu kepada mak aku ni. Lalu aku jawab dengan nada yang teresak-esak. Mak aku pun dengan nada nya yang terlampau risau, meninggikan suaranya dan tanya mana aku dan Hakim. Aku pun menjawab tak tahu. Dan lagi satu yang aku jawab yang tak boleh blah gila, "Aa rasa Aa dekat airport kot". Memandangkan terdapat banyak orang membawa beg luggage bersama mereka. Itu sahaja yang terlintas di fikiran aku. Airport.

Kerana ketakutan yang meruap-ruap, aku kemudiannya mematikan telefon bimbit aku. Aku pun berjalan ke kaunter dan beli tiket kembali ke rumah aku.

Oleh kerana ini ialah pengalaman pertama aku menaiki bas seorang diri, aku tidak tahu langsung yang kita perlu memicit loceng apabila tiba di destinasi. Sebalikanya aku menganggap bas itu akan berhenti di setiap stesyen. Tetapi, alhamdulillah sewaktu aku balik ada orang yang menunggu di stesyen tersebut lalu bas itu berhenti.

Dengan nafas lega, aku pulang ke rumah. Setiba di rumah, aku ceritakan segala-galanya. Ye dan seperti yang aku sangka, mereka gelak. Dan pada hri itu bertambah lah pengtahuan aku kerana pada hari tersebut baru aku ketahui itu BUKAN airport tetapi terminal bas. Ok, fine gelak lah sekuat mana yang kamu mahu. Gelak lah. Aku pun tersenyum dan terfikir "Comel jugak aku ni." Hahahahaha.

Tidak Sesat dan Tidak Barat

Oleh kerana pengalaman aku yang menakutkan tetapi menggelikan hati orang ramai, aku menjadi agak takut menaiki bas. Dan sejak hari itu, aku vow untuk tidak lagi menaiki bas berseorangan.

Hinggalah pada suatu hari. Hari Jumaat. Aku merancang untuk berjumpa dengan teman teman aku di AEON Bukit Tinggi. Tetapi Hakim object kerana dia kata dia perlu solat Jumaat. Aku pun mencadangkan agar dia pergi solat di Masjid Bukit Tinggi.

Kami pun menaiki bas menghala ke Bandar Bukit Tinggi. Di fikiran aku, dia akan menghantar aku ke Bukit Tinggi lalu ke masjid. Tetapi tidak yang seperti aku sangka. Sebaiknya Hakim turun di Masjid dan tingglkan aku berseorangan. Sewaktu itu, walaupun aku cuak tetapi aku tabahkan hati dan fikir "Tak apa, dekat saja". Lagi 2-3 stop sampai ke AEON.

Tetapi, tidak pula. Selepas stop kedai Aladdin, bas itu menghala ke jalan lain. Hati aku sudah gelisah. Mata aku sudah berkaca. Tembahan lagi pada hari Jumaat jadi tidak ramai penumpang Melayu. Aku cuak. Cuak yang meruap-ruap. Di kotak fikiran aku, aku teringat perisitiwa aku dengan bas sebalum ini.

Bas iru terus bergerak berhanti dari datu stop ke stop yang lain. Semua nya tempat tempat yang begitu ganjil di mata aku. Aku gelisah. Hingga apabila bas itu berhenti di satu stop ini, kelihatan begitu ramai-ramai pemuda pemuda yang macam muka Melayu berpusu pusu menghala ka bes. Aku terlalu cuak lalu aku ke tempat duduk belakang kerana disitu terdapat 2 orang pelajar sekolah.

Aku gagahkan diri aku dan bertanya "Ni nak pergi JJ Bkt Tinggi ke?". Selepas aku mendengar jawapan yang aku ingini. Hati aku terasa begitu lega. Aku hembus nafas kuat-kuat.

Tak lama lepas itu, bas itu pun tibalah ke AEON. Ye, bas itu mengikut jalan lain. Hati aku begitu lega. Aku pun bergagas turun dari bas dan pergi mendapatkan teman aku. Aku jumpa mereka dan aku peluk mereka kuat kuat. Alhamdulillah bisik hati aku.

Dan tersebut ialah kisah aku dan bas. Moga moga aku tidak akan menghadapi situasi seperti itu lagi. Amin.

1 comment:

  1. hahaha...ok laa tuh..

    pengalaman mahal tuh.. :)

    aku pulak terlajak KTM kat KL..

    mungkin aku ptut tulis gak kot kat blog..

    hahaha..

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang