Tuesday, February 15, 2011

Iklan

Dalam mencapai impian untuk mengubah diri sendiri daripada anak dara pemalas menghabiskan duit mak bapak kepada anak dara tak malas sangat dah tapi masih emnghabiskan duit mak bapak secara tak langsung, kita kena lah mengorak langkah perlahan-lahan dengan mangambil langkah bijak untuk mendapat side income seperti dengan menjalankan sebuah blog shop.

Walaupun terpaksa memerah air mata nak kejut ayah bangun tidur bila dia berdegil tak nak bangun dan hantar ke GM Mall, semuanya berbaloi (lah kot) walaupun tak sangat sebenarnya sebab tak beli apa sangat pun di sana.

Apa-apa pun, the main point is, sekarang aku dah membuat sebuah blog shop menjual pakaian-pakaian comel dalam usaha untuk menjana pendapatan sendiri.

Jadi kalau tak nak tengok Malaysia banjir air mata Syarah, sila lah rajin-rajin kan diri ke blog ini.

3 comments:

  1. ini sudah bagus..satu inisiatif yg perlu dicontohi.
    haha

    ReplyDelete
  2. farah - hehe, time kaseh...jgn lupe shopping byk2 ;p

    fifi - beli skirt je, dissapointed gile tugung2 x lawa, nak buat seniri laa

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang