Friday, May 15, 2009

Romantika (juga)

Selain daripada pesta taste bud dan menyumbat perut yang sedia buncit dengan makanan yang kurang menyihatkan seperti ini,



kami juga turut menggunakan masa untuk membuat benda berfaedah yang reproduktif selain makan.

Sempena hari guru, kami berpesta dengan rakusnya. Bermanja-manja dan membodek guru sudah pastinya rutin pelajar-pelajar. Namun begitu setelah seharian bergelak ketawa bergumbira, telah tiba masanya murid-murid memberi hadiah kepada guru barulah suasana bertukar menjadi banjiran perkataan "Aww", Terima Kasih dan sebagainya.

Namun begitu, yang lebih mengharu birukan aku ialah apabila aku juga turut menerima sekuntum ros. Aku terasa sangat terharu dan sangat terbiru.



Tentulah apabila menerima bunga ros yang sangat lawa sebegini, aku terasa seperti hendak membuat bunyi jeritan high-pitched teruja melampau yang menjengkelkan.

Menjadi seseorang yang blur, amat susah untuk aku berhubung dengan emotional side aku. Selalunya aku akan terfikir bahawa ianya amat menggelikan untuk mendapat sekuntum bunga ros tetapi rupa-rupanya tidak. Terutamanya apabila keikhlasan pemberian boleh dihidu daripada bunga tersebut. Aku bukan sedang berjiwang ye, aku sedang beromantika mengikut penjelasan entri ini. Hee.

Selain daripada peristiwa comel tersebut yang berlaku, terdapat satu lagi peristiwa comel yang berlaku yang tidak ada kena mengena dengan hari guru. Peristiwa ini berlaku sempena seseorang yang ketinggalan zaman yang hendak meraikan hari umi. Walaubagaimanapun, orang tersebut tidak berjaya menegepos kad hari uminya pada tarikh jatuhnya hari ibu.

Aku tak nak lah cerita dekat semua orang apa yang telah di buat oleh adik aku yang aku tak nak gebang kan nama dia. Walaupun hakikatnya aku memang akan memberitahu semua orang apa yang adik aku buat dan tentu sudah semua orang tahu adik yang mana satu.

Adik aku telah membuat kad buatan sendiri yang diisi oleh ayat-ayat klise (hehe, jealous) dan dramatik yang mungkin menyayat hati yang mungkin di tiru-tampal (copy-paste) daripada internet. Ini hikayat kejiwangan bukan keromantisan seperti aku. Namun begitu, aku tetap terasa yang peristiwa tersebut sangat comel dan mengharu birukan.

Apabila aku sampai rumah aku pun terfikir. Peristiwa-peristiwa comel yang berlaku hari ini telah membuat aku sedar bahawasanya aku tidak pernah lagi berkelakuan comel. Atas dasar fitrah suka berlumba dan psikologi yang membuatkan manusia mudah terpengaruh dengan perbuatan orang sekeliling, akhirnya aku telah putuskan untuk turut membuat sesuatu yang comel.

Aku pun membuat sesuatu yang sungguh klise dan drama minggu ini dan mengharu birukan. Aku mencium pipi umi aku sewaktu dia sedang tidur atas dasar penat. Sungguh comel bukan? Kalau aku dicat putih dan berubah rupa menjadi pelakon Melayu tipikal yang dianggap lawa tetapi tidak mempunyai bakat seperti Diana Danielle, makanya orang yang menyaksikan itu akan terasa seperti menonton scene drama TV3.

Mungkin juga aku boleh rakam scene tersebut dan hantarkan kepada program realiti TV terbaru, Anak Tayang Wayang. Ataupun tidak, sebab sebenarnya rancangan itu telah terbantut (bukan rancangan Anak Wayang, rancangan hendak mencium umiku). Niat aku untuk membuat perkara comel tersebut telah tergendala.

Bukan sengaja sengaja aku tak jadi cium umi aku. Semuanya berlaku apabila aku membongkok kan diri 80 darjah dan muncung mulut aku tinggal hanya seinci jauh daripada pipi gebu umiku sehinggakan ianya logik untuk umi aku mendengar rentak pernafasanku. Tiba-tiba,

"KHORRRKHORRROOHHHHKKKKKK"

Astaghfirullah alazim. Terkejut aku mendengar dengkuran umi setibanya aku hendak mencium pipinya. Seandainya seperti dia sedang berkata, "Jangan cium umi, mulut awak busuk."

Makanya aku pun tak jadi hendak mencium umi. Kemudian aku putuskan untuk mendakap umi tetapi aku takut tindakan itu bakal mengejutkan umi dari tidurnya. Akhirnya aku end up bermain-main dengan rambut umi. Comel juga kan? Ehehe.

3 comments:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang