Monday, May 11, 2009

Pest

Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak diserang oleh serangga perosak. Mungkin yang terakhir sekali sewaktu aku berusia 14 tahun. Makanya, aku hampir-hampir terlupa langkah bijak yang perlu diambil untuk mengatasi situasi seperti itu.

Jadi aku sudah tekad mahu mengubah cara aku berhadapan dengan serangga perosak. Memandangkan aku sudah semakin besar dan matang mungkin kini aku boleh mula kurangkan menjerit dan berlari tidak tentu hala apabila diserang serangga perosak.

Oleh kerana kebelakangan ini aku sering terserempak dengan serangga perosak maka langkah bijak yang new dan improvise yang aku lakukan ialah dengan menjerit seperti nampak hantu raya kemudian berlari-lari anak untuk mencari benda berat untuk membunuh serangga tersebut namun begitu setelah serangga tersebut terdengar jeritan suara aku dan kecut perut melihat ekspresi wajah aku, serangga tersebut akan lari lintang pukang terutamanya lipas akan berlari lebih laju seperti lipas kudung.

Makanya, sudah beberapa hari lipas itu berjaya menghantui aku. Saban hari jugalah aku menakutkan lipas itu dengan jeritan dan ekspresi muka gerun aku. Sepertimana aku takut akan lipas, mungkin seperti itulah lipas itu takutkan aku.

Walaubagaimanapun, sepandai-pandai lipas belari laju akhirnya ditangkap juga. Pada satu hari yang ditakdirkan, lipas itu datang menghendap aku di kamar mandi.

Seperti biasa, aku pun terus menjerit dan kebetulan malam itu umi aku tidak ke sekolah, umi aku dengan pantas berlari ke arah aku dan seperti biasa memberi reaksi menggulingkan mata dan mengucapkan dialog, "MasyaAllah, macam lah nampak hantu raya."

Sejurus itu juga umi aku ke dapur untuk mengambil spray nyamuk, kerana rumah kami tiada spray lipas dan walaupun umi cuba berlagak sejuk (cool) berhadapan dengan lipas tersebut, umi tetap ended up menjadi lebih menggelabah daripada aku.

Akhirnya umi sembur lipas itu berkali-kali hingga lipas itu terbaring secara terbalik seperti orang mabuk minum brandi.

Oleh kerana ketakutan yang masih belum berakhir, aku menggesa umi untuk membuang lipas itu tetapi umi enggan berbuat demikian. Sehinggalah apabila aku terdengar bunyi grill menandakan ayah sudah pulang dari masjid, aku menggesanya untuk membuang lipas tersebut.

Seperti dahulu kala, ayah kemudiannya menakut-nakutkan aku dengan poke aku dengan lipas itu dengan buat-buat membaling lipas itu ke arah aku.

"Hello ayah, aa dah besar tak nampak ke? Takkan lah takut lagi dengan joke lipas ayah tu," hati kecilku berkata. Aku sangat bangga dengan diri aku, aku sudah mempunyai insiatif untuk membunuh serangga yang berkenaan. Kini aku sudah jauh daripada hari-hari yang mana semangatku boleh dipatahkan hanya oleh serangan daripada serangga perosak.

1 comment:

  1. aku buat bangang je kot nampak lipas.
    yg buat aku geligeleman cumelah tikusss.
    hee

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang