Thursday, May 7, 2009

Idiot Box

Oleh kerana merajuk dengan spacebar laptop ini, malam ini aku beralih arah kepada TV pula. Internet pun sudah tidak dapat mengubati kebosanan aku.

Aku pun mencapai controller dan menekan butang 615. Kelihatan si pengotor Encik Bean. Lalu aku tukar ke hadapan ke AXN ke Hallmark hinggalah ke 8TV. Bosan. Tidak ada cerita best.

Lalu aku tukar Kirana. Tersiar filem Hum Tum apa entah. Aku pun berhenti sebentar untuk mengenal pasti samada filem tersebut filem Hindustan atau Tamil. Aku perhati dengan teliti. Menatap pelakon-pelakonnya. Mendengar perbualan-perbualan mereka. Eh apa aku buat, aku bukannya faham pun. Dah lah subtitle tak on. Ok, pass.

Aku tukar lagi ke Aruna ke @15 hingga ke TV9. Tersiar drama Merah Puteh. Aku terkejut melihat pelakonnya. Macam muka mak nyah. Aku perhati lagi dengan teliti. Tidak dapat juga dikenali lelaki atau perempuan. Lagi satu, kalau korang pernah kenal orang yang hidup pada tahun 2009 bernama Puteh, Merah atau Anggun sila beritahu. Aku belum pernah dengar lagi, jakun seketika.

Aku tukar lagi hingga ke TV3. Tersiar program 999. Aku berminat lantaran teruskan menonton. Dibincangkan isu jenayah terhadap kaum wanita. Lalu di lakonkan semula satu babak wanita dipukul di dalam teksi. Yang peliknya, belum sempat dipukul wanita itu sudah berlakon terkena, macam tahu tahu je nak kena pukul. Ini ialah jenayah lakonan. Tidak bolehkah hire pelakon yang pandai berlakon lagi sikit?

Selepas isu itu slesai, 999 menyiarkan sudut yang bakal ditayangkan selepas iklan komersial. Kelihatan berguni-guni Gula Tebu ataupun Refined Cane Sugar disertakan latar muzik saspen. Aku sangat curious, ingin tahu apakah Gula Tebu juga diharamkan di Malaysia. Namun begitu, sementara iklan aku kebosanan dan tukar lagi siaran.

Ke Discovery channel hingga ke Animal Planet. Kemudian tukar pula KBS. Tukar pula AXN. Tukar balik KBS. Tukar balik Disney, masih kelihatan Encik Bean yang tidak kelakar. Bak kata umi aku cerita British memang semua boring-boring sama seperti EastEnders atau Big Brothers.

Akhirnya aku tukar semula TV3, hendak menonton sambungan program 999. Lalu dengan selambanya, Zakiah Anas mengumumkan "Sekian 999, terima kasih kerana menonton", labih kurang sebegitu. Tak sempat tonton lagi sudah ucapkan terima kasih. Aku sekadar mengeluh.

Aku tukar lagi dari satu channel ke channel yang lain. Akhirnya apabila tukar 615, Wizards of Waverly Place sudah mula. Aku pun teruja seketika. Akhirnya, program yang best lah juga disiarkan. Dukacitanya, episod itu sudah aku tonton. Akhirnya aku mengalah.

Aku memang tak ada jodoh dengan TV. Kini, aku merujuk semula kepada internet.

3 comments:

  1. Hahaa~
    internet tetap tak boleh diabaikan..
    Macam mana pun, internet juga....
    =p

    ReplyDelete
  2. curious yg nak tahu? oh. secret of rahsia tuu.. manalah i dont know. hehee.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang