Monday, October 12, 2009

Sakit Lagi

Kekeringan idea membuat aku curi tajuk post auntie aku. Hee.

Di kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan nak minta maaf dah lama tak update blog dan insyaAllah bulan ini aktiviti meng update blog akan bergiat lebih aktif berbanding bulan lepas sebab sibuk dengan raya dan exam. Walaupun aku takde lah belajar sangat, tapi kalau update blog nampak sangat lah aku tak belajar. Kalau aku diam membisu macam bulan lepas, semua orang pun akan terharu dan buat muka terkejut betapa sibuk aku study sampai tak sempat nak update blog. Terutamanya auntie-auntie aku yang suka baca blog aku, sangat terharu sampai rasa aku patut take a break dengan bawa aku pergi OU. Hee =B

Walaupun aku curi tajuk entri auntie aku, tidak bermakna aku meng copy cat dan meniru semua segala isi-isi sebab aku dah takde idea nak tulis apa tapi nak tulis juga sebab ramai sangat orang suruh aku update blog *perasan* hee.

Perbezaan entri aku dan auntie aku;

1. Auntie aku atau nama glamer nya ushu mengalami demam panas tapi aku tak, malahan aku sakit gigi.

2. Ushu sakit sangat sampai telan air liur pun sakit, aku tak de lah parah sampai macam tu.

3. Ushu demam sejak minggu lepas. Aku sakit gigi sejak azali.

4. Ushu demam boleh bagi alasan nak pergi urut. Aku sakit gigi, adik aku bagi alasan tak nak kongsi sikit rocky.

5. Ushu rasa malas nak berjumpa dengan doktor. Aku berasa malu nak jumpa dengan doktor gigi tersebut sebab doktor gigi itu berdendam dengan aku sebab ayah aku bising pergi berdengkur kuat-kuat semasa menunggu giliran dan semasa aku dirawat.

Penyakit siapa lebih parah? Huehehe.

4 comments:

  1. Semoga ushu cepat sembuh.
    Err ... mau join kontes? Mungkin nak calunkan Zahiril Adzim for Weblog Popular 1malaysia ker ...? Boleh menang handbag! Jom!!
    Tenkiu!

    ReplyDelete
  2. kau pergi ou????????
    syaitan betul.agagaga.
    tape, kau tak dapat beg chanel.

    ReplyDelete
  3. byk la kau aku g ou
    aku tau.benci kau.

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang