Selain daripada view yang kurang cantik kelihatan di rumah hari-hari. Kini, aku berhadapan dengan sound pollution. Sebab kalau dulu, bibik Sinas yang tak reti cakap Bahasa Melayu hanya bercakap dalam bahasa isyarat, sekurang-kurangnya aku boleh angkat kening dan senyum. Mungkin senyuman aku telah disalah tafsirkan dan dia ingat aku faham. Apa-apa pun tanggapan dia, asal kan dia diam aku suka hati.
Masalahnya sekarang, bibik sudah semakin pandai. Sedikit demi sedikit bibik pick up BM dan boleh bercakap sikit-sikit. Macam daripada baby pergi ke toddler dalam masa kurang dari setahun. Mula-mula tak boleh cakap langsung sekarang boleh cakap pelat-pelat. Dan bilamana kita bercakap dengan seseorang yang pelat-pelat, kita akan rasa sangat sakit hati.
Macam bila aku fail driving test, aku call BFF dan teresak-esak cerita yang aku fail. Memang tak faham yang bermakna memang sakit hati macam tengok cerita Pinokio dan Beri-Beri Biru ataupun Anakku Bukan Anakku. Macam nak faham tapi tak faham. Ataupun bila aku bercakap dengan adik aku yang agak gagap. Aku tak faham jadi sakit hati jadi aku malas nak dengar apa dia cakap.
Ataupun macam korang yang baca entri ni, macam nak faham apa aku tulis tapi tak faham. Sakit hati kan?
Seperti itu lah aku agak sakit hati dengan bibik bila dia cuba bercakap dengan aku. Mengikut Hakim, bibik tu dah lah cakap macam kucing. Dan disebabkan aku tak suka kucing dan mungkin juga sebab aku
Konklusinya, Siti Nor Affifah sila lah datang ke rumah aku lagi sebab kau sorang je yang memahami aku. Tolong lah jangan tinggal kan aku bersendirian untuk berborak-borak dengan atok tidak berbaju dan tidak memakai gigi palsu atau dengan nenek aku atau dengan bibik yang bercakap macam kucing.
Ataupun selepas umi aku baca entri ni dia akan suruh aku balik Ampang. Jadi awal-awal lagi aku nak bagi alasan kenapa kalau duduk di mana-mana pun tidak memberi kesan sebab kalau borak dengan umi, perborakan akan bertukar menjadi ceramah free. Sampai banyak sangat mesej yang umi cuba nak sampaikan, lepas 10 minit, otak aku shrink jadi otak Homer Simpson. Atau attempt nak bercakap dengan ayah aku yang hanya akan,
a. tidur
ataupun
b. loyar buruk dan buat lawak pasal nak kahwin lagi satu tak habis-habis lagi
ataupun aku kena dengar apa adik aku cakap yang sangat lambat dan menyakitkan hati. Ataupun aku akan berborak dengan Umar dan gelakkan dia sebab vocabulary BM dia yang sangat cetek ataupun direct translation yang sangat merepek.
oke okeh, nanti cik siti nor affifah datang ye cik siti wan syarah
ReplyDelete