Friday, July 8, 2011

Jangan Tegur

Dalam komuniti Malaysia atau lebih spesifiknya Melayu hari ini, walaupun dah konon-konon moden tapi mereka masih lagi percaya kepada perkara-perkara tahyul dan khurafat. Antaranya ialah percaya manusia boleh jadi malaikat. Err ada ke yang rasa macam tu? Jawapannya, ya ada sebab tu aku cakap macam tu.

Perasan tak, bila kita tegur orang je nanti mesti orang tu balas "kau tu bukannya baik sangat pun". Aku agak confuse di situ, aku memang tak baik sangat pun dan aku takkan jadi baik gila tanpa dosa sebab aku bukan malaikat dan aku takkan jadi malaikat. So, adakah kau bermaksud yang manusia tak boleh tegur kau? Malaikat je boleh? Kalau macam tu, sila tunggu Malaikat Izrail datang, waktu dia tegur kau tu kau boleh transfer ke alam lain.

Jawapan klise yang lagi satu kita selalu dengar ialah, "kubur lain-lain". Ye, memang kubur lain-lain sebab tu aku kena tegur kau sebab nanti Allah akan tanya aku sama ada aku tegur tak saudara seIslam, tak pernah dengar ke hadis...

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah is mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklan dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)

Tapi aku faham juga kenapa ramai orang melenting bila kena tegur. Lagi-lagi bila kena tegur perkara sensitif. Jadi, cara menegur pun perlu dititik beratkan juga. Memang la ramai orang melenting bila kena tegur sebab cara kau tegur tu macam mencabar orang. Aku sendiri pun kadang-kadang susah nak terima bila orang tegur aku.

Macam bila mak aku marah aku, nanti aku marah mak aku sebab marah aku lepas tu mak aku marah aku balik sebab aku marah dia sebab marah aku. Lepastu mak aku menangis sebab dia emo aku marah dia, lepas tu aku menangis sebab tengok mak aku menangis. Last-last bila bapa aku keluar bilik air, confuse dia tengok semua orang tengah menangis.

Jadi, waktu nak tegur orang tolong lah jaga suara. Kalau boleh jangan tinggikan suara. Gunakan suara mendatar atau lebih elok lagi suara lembut. Pasti kan niat menegur tu betul, bukan sebab kita nak sabotaj dia.

Kemudian, bila tegur tu kalau boleh cakap straight to the point. Tak payah nak berbunga-bunga sangat. Make it short and direct. Nak nya dah aku kata tegur dengan suara lembut, kau tegur dengan suara lemah gemalai, lepas tu cakap berbunga-bunga panjang berjela, kalau dapat ke bapa aku confirm dia dah tidur half way kau cakap tu.

Bila aku kata direct, maksudnya direct ye. Bukan dengan cara sinis atau sarkastik. Semua orang pun mesti lah hot kalau kau setakat nak tegur dia jangan bising je tapi kau cakap, "tahu lah mulut kau lagi besar dari Julia Roberts, tapi nak kena tunggu aku stapler mulut ke baru reti nak diam?". Aku rasa takde siapa suka kena tegur macam tu.

Dan yang paling penting sekali dalam menegur orang, pastikan korang memakai gigi palsu. Ini mungkin agak tak relevan sekarang tetapi lagi 30-40 tahun nanti bila korang dah hilang gigi baru korang faham.

Sebab waktu tu korang nak marah cucu tapi tak pakai gigi palsu, jadi dia tak faham. Jadi dia hanya mampu duduk ternganga dan cuba figure out apa yang korang cakapkan. Lepastu, korang marah lagi sebab dia ternganga. Urgh, tension.

1 comment:

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang