Wednesday, January 19, 2011

Sinetron

Ingat tak dulu ada siaran bernama


Saluran yang menayangkan sinetron-sinetron terbaik dari ladang seberang. Tapi sekarang saluran tu dah takde lagi dah. Mungkin sebab tak banyak rating kot ataupun sebab penonton dah beredar ke saluran KBS. Almaklumlah rakyat Malaysia kan suka mengikut perkembangan semasa. Dulu demam Indonesia semua tengok Sinetron, sekarang demam Korea semua tengok drama Korea. Nanti demam influenza H1N1, semua tengok burung. Eh eh jangan...

Tapi most likely maybe sebab majikan complain bibik semua dah tak nak buat kerja duk melekat depan TV je. Sampai gaduh-gaduh berebut remote control dengan cucu majikan *tutup muka*.

Err aku bukannya apa, tapi aku memang tak suka bibik tu. Jadi semua benda dia buat pun aku tak suka. Lagi-lagi bila berebut nak tengok TV. Aku nak tengok TV je dia tengah mengadap Sinetron, dia mengadap Sinetron je aku nak tengok TV. Hahaha, busuk hati betul.

Aku bukannya tak minat Sinetron segala ni tapi dah memang tak best kan nak buat macam mana....

Jalan cerita tak payah cakap la. Kadang-kadang cerita tu dah best dah tapi episod memang tak nak kalah lah sampai beribu-ribu episod sampai bepuluh-puluh season. Daripada dia lahir sampai anak dia lahir sampai anak dia punya cucu lahir pun dia tak mati-mati lagi. Haish.

Lepastu barisan pelakon pula pakai baju tak nak kalah. Semua stok nak terkeluar itu ini. Aku bukannya apa, cuma bila aku ternampak benda yang tak sepatutnya mula la aku komen....Kecik la, macam cekodok basi la, macam roti canai kena giling la, tak cukup hormon la.....Eh apa kena mengena pulak, aku cakap pasal hidung....Buat tambah dosa je...

Tapi ada juga yang bagus-bagus. Menyelitkan pengajaran dalam cerita tu. Masalahnya, sinetron yang bajet-bajet alim pun pakai baju nak terkeluar biji mata jugak. Bercakap bukan main, tapi rambut still colour hijau la biru la coklat taik la. Aku tak tau la diaorang memang stok macam tu ataupun nak perli ke ataupun diaorang memang ignorant ke ataupun make up artis diaorang terconfuse dengan Sinetron lain.

Tapi confuse-confuse diaorang pun still pandai make up kan pelakon diaorang. Semua pun cun-cun belaka membuat aku tertipu rasa macam semua Indonesian pun muka macam tu. Tiba-tiba bibik duduk kat dapur pun aku rasa macam cun jugak kan kalau make up. Eh eh apa aku cakap ni, bukan aku benci dia ke...

Tapi yang paling aku tak suka sebab ada subtitle. Kalau tengok cite omputeh ada subtitle standard la kan. Tapi bila tengok Sinetron ada subtitle macam menyakitkan hati gila. Tahu tak bahasanya sama saja, yang lain hanyalah pronunciation? Rasa macam retarded pula bila kena baca walaupun kita boleh dengar benda tu. Sebab nak tak nak mesti terbaca juga subtitle. Argggh, orang tengok TV sebab nak merehatkan minda ni minda nak kena bekerja lagi. Adeh....

Tapi sebenarnya takdelah teruk sangat Sinetron tu. Mungkin aku hanya tak suka sebab aku saja nak menyakitkan hati bibik tu. Ye, tak lah teruk mana sebab sekarang ni aku tengah tengok....


2 comments:

  1. oh cerita ni lah ade ashraf sinclair ckp indon mcm mat salleh celup. aku nk g tgk marshanda lah.
    ade ashraf sinclair jugak. ;p

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang