Monday, January 24, 2011

PMS Rantings

Walaupun setengah hari ini telah dihabiskan dengan tidur semata, tetapi masih terasa penat-penat dan sakit badan. Selain daripada otak sembab dan kekurangan daya untuk berfikir yang mungkin kesannya boleh dilihat esok hari bila mana waktu kuiz tersengih-sengih lepastu tiru orang sebelah lagi tapi rupa-rupanya jawapan kita yang dah kena padam tu betul, jawapan tiru tu salah lepastu baru menyesal dah tak nak tiru orang lagi tapi buat jugak dalam kuiz seterusnya.

Tetapi memandangkan esok kuiz Intro mungkin niat untuk meniru tidak dapat direalisasikan. Sebab Intro lecturer perempuan ajar, kalau lecturer perempuan memang kecoh sikit buat kuiz nak kena duduk jauh jauh la apa la, overrated betul macam ujian JPJ lak.

Sebab biasanya Doctor perempuan ni selalunya gemuk. Jadi diaorang macam banyak masalah sikit. Mana taknya, nak jalan pergi kelas pun dah termengah-mengah, sampai kelas je dah macam mandi. Lagi lagi yang stok pakai baju sampul nangka dah macam span nak kena perah. Lepastu bila orang tengok memang tak selera jadi memang meng-andartu sepanjang hayat la jawabnya lepastu nak lepaskan geram student pulak. Grrrr....

Tapi Doctor lelaki pun sama je sebenarnya. Walaupun diaorang tak gemuk tapi ada je masalah lain. Lecturer Musculo hensem sangat tak boleh nak concentrate. Lecturer Cardio hidung mancung sangat, distracted dengan hidung dia. Lecturer Endo baik sangat sampai tak dengar pun apa dia cakap. Lecturer Bio Ethics accent pekat sangat. Lecturer Hemo....alaaa, takde benda nak bahan la...

Tapi sebenarnya semua tu takde kena mengena pun dengan lecturer aku sebab dia tak gemuk dan dia bukan andartu dan dia bukan doctor pun. Tapi entah kenapa, dia strict jugak la. Ataupun dia tak strict pun sebenarnya tapi aku yang rasa macam tu. Ok dah terbukti aku hanya tulis entri ini sebab nak melembatkan masa untuk study kuiz esok.

Tiba-tiba rasa macam boleh lihat masa depan - esok mesti kantoi kuiz lagi. T_T

2 comments:

  1. lecturer chemy (perempuan): "awak yg datang lambat tu. jawab soalan nombor dua kat depan!"

    lecturer physics (lelaki): "saya ada kelas rabu dan jumaat. awk boleh dtg salah satu SAHAJA. Lab saya tak buat, sy bg assignment nnt ye?"

    ReplyDelete
  2. hahaha....lect perempuan tu gemuk x? lg 1, die da kawen blom?hhahah

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang