Monday, January 17, 2011

Niat yang tak kesampaian

Seperti yang dijangkakan, memang ramai yang announce public holiday sendiri hari ni. Tahniah kepada rakan-rakan yang tidak hadir kerana telah berjaya menjayakan niat aku yang tak kesampaian. Tiba-tiba bila datang setengah jam lambat pun lecturer masih mampu senyum.

Tiba-tiba rasa macam pelajar contoh pula. Pergi toilet cepat, muntah dalam jamban.

Kembali sahaja dari kampus, masa dihabiskan dengan melentang di atas sofa dan menggenggam remote. Satu ke satu saluran aku tukar, entah apa yang aku cari aku pun tak tahu. Nafas aku semakin perlahan kadarnya tapi bunyinya makin kuat pula.

Apa lah yang mereka siarkan ni, semuanya tak menarik dan berinformasi langsung, *hak tuih!*. Akhirnya aku end up tengok Dora the Explorer disambung dengan Wonderpets la CatDog la Spongebob Squarepants la dan akhirnya Cinta dan Anugerah. Cis, spoil mood aku betul la. Aku bayar bil astro untuk tengok cerita macam ni ke? Apa jadah la ni....Eh TV9 bukan freeview ke.

Takpe, sabar sekejap, sejam je cerita ni lepas tu ada 'Adik dan al-Quran'.

Aku teruskan bersabar mendengar Ashraf Sinclair cakap Indon macam Mat Saleh celup, bersabar tengok pelakon perempuan yang pakai baju nak terkeluar nyok, teruskan bersabar lagi 5 minit je....

Zzzzzzzzzzzz

Bangun-bangun je dah pukul 7. Arrrrrrgggggggghhhh! Asyik terlepas je nak tengok adik sendiri.

2 comments:

  1. haa? siapakah adik kau?
    cerita ape ashraf sinclair ade? marshanda tu dah start ke babe?

    ReplyDelete
  2. cerita cinta dan anugerah tu la...umar la...

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang