Wednesday, January 12, 2011

Studying the Simpsons way

Selepas dua hari berturut-turut exam pukul 5-7, akhirnya hari ni dapatlah merasa exam pukul 1 di Chancellor Hall. Akhirnya tak perlu lagi berlari dalam baju kurung dan pumps dari Persanda ke MSU lepastu setiap kali ternampak orang je terus slow down dan akhirnya bila sampai ke bilik exam terpaksa pause kejap untuk tarik nafas panjang-pajang dan senyum kambing untuk menyembunyikan kepenatan marathon dan kemaluan sebab datang lambat.

Nasib baik esok pun exam pukul 1 jugak, tak payah dah lah berlari macam kena kejar kucing lagi. Namun begitu, semua benda pun ada pros and cons nya. Pros nye, eh silap cons ye, eh eh mane-mane yang buruk la, tak dapat dah lah study sampai petang jadi terpaksa la stay up malam ni.

Kerana selagi tak terasa bahang nak exam selagi tu belum ada kesedaran untuk study. Bila dah pukul 11.55 malam baru perasan eh rupanya ada exam esok, lepastu baru terkial-kial nak study dan untuk pertama kalinya buka nota dan past year. Oleh sebab terpaksa belajar dari chapter 1 sampai la chapter 5 dalam masa 1 malam memang berkawan dengan burung hantu la jawabnya.

Lepas tu keesokan harinya terus terasa nak demam dan selesema jadi dah siap sedia bawa tisu masuk exam room tapi kena surrender dekat invigilator.

Yesss! memang terbaik la, aku memang saje bawa tisu tu nak bagi kat invigilator tu walaupun tak dapat 20 sen in return kan. Lepastu bila tanya macam mana kalau hingus saya terkeluar? Awak nak hisap ke? Eh eh kalau tambah yang tu terus kena lempang pulak kang. Terus dia jawab, "itu lain cerita".

Err, takkan nak angkat tangan setiap kali nak pakai tisu? Sebab hidung aku ni bocor dan sentiasa mengalir air jadi sentiasa perlu kan tisu. Memang kejang la tangan nak dibiarkan terangkat sepanjang masa tambahan lagi dengan aroma ketiak aku yang memang wangi gila bila berpeluh-peluh habis marathon nak ke dewan exam kan. Terbaik la, sedekah air refreshment dekat rakan-rakan seperjuangan. Oleh sebab aku baik hati dan considerate aku biarkan je la walaupun terpaksa melencunkan exam paper tu.

Tapi tu kes hari pertama exam. Lepas keluar dari exam hall dan terus patah hati sebab memang takde jodoh nak berjumpa dengan A dalam result mid term terus dua paper berturut-turut hilang motivasi nak study.

Bak kata Homer Simpson,
"Kids you tried your best, and failed miserably. The lesson is, never try,"

Macam best je nasihat dia.
Tapi bila search gambar Homer di Google...

Err rasa nya tak boleh pakai kot nasihat tu.
*Sigh*

6 comments:

  1. agagagaga,
    tulah, org dh kte, jgn tgk the simpsons.
    tgk the family guy.

    tisu pun tk boleh bwk, melampau sial msu.

    ReplyDelete
  2. haaa, tau xpe sakit hati gile.mentang2 campus dah lawa, bajet nak bawa rules ketat2.gedik btol -,-

    ReplyDelete
  3. syar syar rupanyaaaa. ingatkan sapalah :) hehe
    alamak, homer the family guy. dia tu selalu buad kerja ngokngek doh. ikutlah ajaran simpson kalau nak jadi family simpsos. HAHAHHAHA

    ReplyDelete
  4. yer la syg, sape lg.hee
    haha tu la psl.kalau ikut mmg tros jd mcm homer la...nnt otak pun shrink jd besar tu.hee

    ReplyDelete
  5. HAHAHA. baraibarai. kau punya otak tak cukup besar ke ? HAHAHA :P

    ReplyDelete
  6. hahaha...ckp besar tp x digunakan je...agaga

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang