Friday, January 14, 2011

Punca Penumbuhan Jerawat

Peraturan memang dibuat untuk diikut. Eh silap, lebih tepat lagi untuk menyusahkan hidup orang. Terutamanya kalau peraturan yang di buat melampau sampai memudaratkan hidup orang dan bukan nya menyenangkan lagi, macam yang aku ceritakan tentang nasib hidung aku dalam entri ini. Sesuatu yang di buat dengan niat untuk menyenangkan tapi sifatnya menyusahkan itu tidak layak dipanggil peraturan.

Tambahan lagi dengan peraturan dari pihak yang lain-lain tentang perkasa yang sama. Bagaimana pula kalau kita tersepit di antara dua peraturan? Tentulah kita memilih untuk melanggar peraturan yang kurang memudaratkan.

Contohnya, kalau kita tidur di rumah kawan kita sebab esok kelas pagi subuh sebelum terbang lalat lagi dan kena parking juga kat rumah dia sebab kalau parking kat luar kena saman dan mengikut peraturan parking pelawat kena keluar sebelum pukul 12. Jadi, kita memilih untuk parking di lot sendiri yang terang tang tang nya memang tak dipakai langsung sebab penghuni rumah semuanya tidak memandu kereta.

Tapi kalau anda seorang lifeless guard yang menghabiskan masa lapang tengok dangdut Kelantan (amaran: klik link tersebut boleh menyebabkan mata anda berdarah-darah dan buta), lepastu tak cukup duit untuk melanggan call girl, anda akan end up cari duit dengan source-source yang akan menyusahkan hidup orang seperti clamp kereta orang yang tak sepatutnya.

Kerana bagi Pak Guard pemikiran cetek macam tu, mereka menganggap bahawa bagi penghuni-penghuni pangsapuri ini, duit itu memanglah macam tahi, lepas makan keluar kat bontot. Jadi dengan rela hatinya kami akan serahkan duit untuk membuka clamp kereta.

Ok dah la, penat beremosi terlebih di blog tambahan lagi dengan penat aku bergaduh dengan guard tadi sampai kawan-kawan dah cuak sebab aku bajet gangster padahal kena kejar dengan kucing pun lari lintang pukang. Huehehe.

Perkara-perkara macam ni lah yang membuat otak aku berserabut lagi stress tambahan lagi dengan exam Musculoskeletal System yang bakal diduduki esok hari. Lagi stress bila memikirkan yang minggu depan dan tak exam dan tak perlu bertapa di rumah lagi.

Eh kenapa stress pulak? Oh ya, sebab jerawat tak hilang-hilang lagi. Jadi, untuk mencari konklusi mari kita pergi ke punca masalahnya...

Memandangkan jerawat tumbuh sebab stress study, jadi untuk menghilangkan jerawat kita perlu la kurang kan study, eh silap kurangkan stress. Eh tak sama ke?

4 comments:

  1. kalau kurangkan study, maka kurang stress.
    ( format jwb hipotesis mase skolah rndh sbb blaja dlm bm)

    hak hak. aku takboleh imagine kau budget gangster.
    takut ke guard tu? ;p

    ReplyDelete
  2. hee btol2

    hahaha, serious do, x takut sgt sbb die pendek dan muke caam jawa mane ntah...tp still die x takut, menjawab ak lg ade la..perang mulut je.hahaha

    ReplyDelete
  3. mitchelle : HAHAHA. ahpalahh :)) relek sudahh :P

    ReplyDelete
  4. hahaha..tesnion kot...x psl2 melayan duit ak...grrr

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang